Ini adalah entry ringkas. Pada 26 Mac 2012 baru-baru ini, satu perhimpunan khas warga KPKK dengan Perdana Menteri iaitu YAB Dato' Sri Najib Razak telah diadakan di PICC. Berikut adalah antara gambar yang sempat dirakam sebelum dan selepas ketibaan beliau.
Wednesday, March 28, 2012
Tuesday, March 27, 2012
Hotel Perkasa di Kundasang, Sabah
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia. Blog picisan poyographer ni kini dikenali sebagai blog onggon travelgraphy. Ekceli sekda papa yang berubah pun sekadar nukar nama pakei tempek rah gambar ya jak. Alamat blog tuk pun masih agik "sukatimesen.blogspot.com". Mun andaikata suatu hati kelak onggon.com ya nyau-parai-mati dah sekda agik, nama sukatimesen ya masih ada.
Setakat tuk ajak doloklah. Gambar tuk dirakam di Kinabalu Heritage Park di Hotel Perkasa, Kundasang, Sabah. Oleh kerana kerja rah KK masa ya lom abis, terpaksa kmkorg kensel diam otel tuk sedeh na atiku masa ya. Cun juak hari ujan kakya tempat/pelantar pakei nangga gunong Kinablu ditutup jadi sikpat nak ngambik gambar. Lagikpun masa ya cun juak ujan dan berkabus tebal sik guna juak mun dapat masok sia nak? Okehlah ya jaklah untuk diari kalio tuk :P
Wednesday, March 21, 2012
OST Atas Nama Cinta - Slot Akasia TV3
Errr.. Malu-malu kucing pulak.. Dulu suka gitu-gitu drama Nora Elena dan sekarang aku "tersuka" dengan drama terbaru iaitu Atas Nama Cinta. Dengar tajuk je dah best. Memula citer ni disiarkan, aku dah bagitau siap-siap dengan "dorang" tapi dorang cakap eleh citer tak mencabar langsunglah, ape yang best sangatlah dan sekarang dorang adalah orang-orang yang akan sentiasa terpacak di depan tv setiap tepat jam 7 petang. First episode pun aku dah agak citer ni akan best walaupun ade part-part tertentu macam tak lojik dek akal.
Tak lama lagi drama ini bakal mengakhiri zaman bujangnya siarannya dan aku sungguh sedih sebab tak tau nak tengok ape dah lepas ni. Hopefully pengganti drama ni pun best-best jugak. Aku pun pelik, lately drama-drama Melayu ni semakin best adakah kerana cinematographynya atau jalan ceritanya atau pelakon-pelakonnya yang hebat-hebat? Adakah ini menunjukkan peningkatan kualiti dalam drama-drama Melayu? Kalau nak dikatakan cinematography, drama Nur Kasih memang ya kot. Kalau Atas Nama Cinta ni rasanya taklah hebat sangat. Mungkin skrip dia power kot ditambahkan tajuk yang kebaboom.. Saudara Wan Shade, mintak maaflah, watak anda menjadi profesor serba tau tak berapa nak menjadilah. Itu hanyalah pendapat aku, orang lain aku tak tau lah.
Apa-apa pun sebelum aku merepek lebih lagi, lagu tema drama ni memang best. Memula dengar tu ade macam lain sket dan bile lama-lama dengar barulah terasa lagu ni ada "roh". Terpulanglah pada yang mendengar samada nak mengaitkan cinta masing-masing pada manusia atau Tuhan Yang Maha Pencipta.. Arghhhh... tak pasal-pasal aku pun dah "tenggelam" dalam drama melayu ni.. Lagi *skrip yang sepatutnya dsiarkan tapi dikeluarkan dari drama ini last minute seperti yang diberitahu oleh sumber yang tidak boleh dipercayai:
Cinta: Awak.. awak.. saya rindukan awak sampai termimpi-mimpikan awak malam tadi..
Epul: Saya tau, kita bahagiakan? Awak lentokkan kepala awak kat bahu saya..
Cinta: Eh.. macamane awak tau?
Epul: Rahsia...
Cinta: Alahhhh.. Bagitaulah..
Epul: Errrrr... sebab.. sebab.. awak sekarang ni pun sedang lentokkan kepala awak kat bahu saya...??
Cinta: Errkk... Im sorry.. saya tak sengaja.. *lalu bangkit membetulkan badan dan kepala*
*rekaan semata-mata hahaha
Lirik Lagu Atas Nama Cinta – Iskandar Shah, Fiza Elite dan Shahz Jaszle (OST Atas Nama Cinta)
Haruskah aku sesali
Atas apa yang terjadi
Pada kisah cinta ini
Haruskah aku bertahan
Walau apa pun dugaan
Cinta ku tetap dihati
Dengarkanlah usikan hati ini sayangku
Dengarkanlah rinduku yang mendamba
Bicara oh kasih mu sayang
Menyintai mu seluruh jiwaku
Mekar bersemi indahnya duniaku
Kau dihatiku hingga akhir waktu
Aku berjanji atas nama cinta
Ku serahkan padamu segala-segalanya
Percayalah kasihku untuk mu selamanya
Menyintai mu seluruh jiwaku
Mekar bersemi indahnya duniaku
Kau dihatiku hingga akhir waktu
Aku berjanji atas nama cinta
Monday, March 19, 2012
Kundasang War Memorial Park, Sabah
Salam sejahtera. Entry kali tuk adalah dalam bahasa Sarawak. Kenak? Sebab berjangkit dari entry Enchek Amrie tuk. So, mun berjalan-jalan makan angin keluar asap di Kundasang, Ranau.. eboh lupak singgah di Kundasang War Memorial Park tuk. Taman Peringatan Perang Kundasang tuk dipolah untuk menghormati dan memperingati sidak tawanan perang dunia ke-2. Rega tiket masok situk hanyalah RM2 ajak. Di sia sekda papa juaklah sebenarnya tapi pemandangan di sia kedak rah obersea lah tek. Kachak jak asa mun bergambar dengan gerek sia koh. Mun urang nangga gambar dirik tek alu ingat rah obersea lah kononnya tek hehehe..
Masa ku datang sia hari dah nak petang, mok ujan bah. Badan pun dah rasa kepak jadi yalah tek alasan ku kenak gambar diambikku kali tuk sik kachak hehehe... Oklah ya ajak lah kali tuk. Dengan peluang yang ada tuk, aku nyeruk supaya blogger-blogger Sarawak nulis dalam bahsa Sarawak atleast hari Isnin kah, seminggu sekali boklah best.. Pakata kita merik nama Black Monday kah.. eh sik.. sik.. Sarawak Monday kah.. Okeh.. Ku mok chow lok.. Fuhh.. Jumpa gik.. :)
Entry sebelum ini: Cameron Highlands - Part 5
Entry sebelum ini: Cameron Highlands - Part 5
Sunday, March 18, 2012
Cameron Highlands Part 5
Salam sejahtera. Kalau dah pergi ke Cameron Highlands, jangan lupa jalan-jalan ke Brinchang. Jaraknya hanyalah 5km dari Tanah Rata. Untuk info, Brinchang ialah sebuah bandar terbesar di daerah Cameron Highlands di negeri Pahang. Ia merupakan bandar pelancongan kedua selepas Tanah Rata. Salah satu daya tarikannya ialah pasar malam yang diadakan semasa hujung minggu dan cuti sekolah Malaysia, di mana banyak gerai sayur-sayuran dan makanan terdapat di sini. Bahkan gerai-gerai cenderamata dan bunga-bungaan juga banyak dijual dengan harga yang murah dan menarik. Lepas ni entry terakhir tentang Cameron Highlands.. Ade lah sikit gambar kat Ladang Teh kot.. InsyaAllah.. :)
* Gambar masih lagi diambil menggunakan kamera Sony NEX-5 + lens 16mm f2.8
* Gambar masih lagi diambil menggunakan kamera Sony NEX-5 + lens 16mm f2.8
Friday, March 16, 2012
Ketaq Lutut Aku kat Bukit Gambang Resort City
Pada 13 hingga 15 Mac 2012 baru-baru ini aku seorang lagi kawan aku iaitu si Felix secara sukarela menawarkan diri untuk menggantikan orang lain yang tidak dapat hadir berkursus. Kursus kali ini ialah Kursus Asas Bahasa Inggeris yang diadakan di Bukit Gambang Resort City, Kuantan lebih kurang 4-5 jam perjalanan dari Kuala Lumpur dan hanya 30 minit dari bandar Kuantan. Kursus kali ini dikendalikan oleh pakar dari Stoke Hill Management Master iaitu Puan Jamaliah Mohamed [(MBA (UK), G.CIM (UK), International Trainer, Dale Carnegie (US)] atau dipanggil dengan nama manja "Jam".. yesss.. thats the way we jam hehe.. Syarikat tersebut mempunyai wakil pejabat di UK dan Amerika Syarikat.
Apa yang menarik tentang kursus kali ini ialah cara pembelajaran agak berbeza dengan kursus-kursus bahasa Inggeris yang pernah aku pergi. Pembetulan, mungkin tak sesuai guna perkataan "pembelajaran", yang sepatutnya lebih tepat ialah cara "berseronok" dengan bahasa Inggeris. Terus-terang aku katakan bahawa sepanjang kursus ni berlangsung memang nebes giler.. Dup-dap dup-dap berdebar-debar dada.. Manakan tidaknya, asal start je kursus, mesti sorang-sorang wajibul-ghunnah ke depan. Tapi kan, memang berkesan.. Walaupun bahasa Inggeris aku masih tunggang-langgang, keyakinan tu bertambah ler jugak kan.
Disebalik semua keseronokan tadi, yang paling seronok dua ronok antara semua ronok-ronok itu ialah pasal makanan kat Bukit Gambang Resort City ni.. Saujana mata memandang dari hujung ke hujung luasnya makanan disediakan seluas setengah padang bola kot. Dari makanan tempatan hingga ke makanan barat pun ada. Udang, sotong, kambing, ayam, ikan, semuanya ada kucing je takde.. hehehe.. Makanan kat sini memang terbaik! Aku sendiri pun tak habis round nak makan. Orang Sarawak cakap "sik terkaber ku koh!" - tak larat nak makan semua.
Pasal benda lain macam funfair, taman tema, paint ball ape semua jangan tanya sebab aku memang tak berpeluang nak try semua tu masa berkursus kat Gambang. Lagipun asyik hujan je tu yang malas nak beraktiviti luar. So, sehingga berjumpa lagi. Adios amigos, carpe mana wassalam!
P/s: Semua gambar diambil menggunakan Sony NEX-5 dengan lens 16mm f2.8 dan flash tak bawak. NEX kali ini agak mengecewakan. Adakah sebab aku yang nebes masa ambik gambar atau?? Mungkin abang dia a57 nak datang kot.. Larikkk!!
P/s: Semua gambar diambil menggunakan Sony NEX-5 dengan lens 16mm f2.8 dan flash tak bawak. NEX kali ini agak mengecewakan. Adakah sebab aku yang nebes masa ambik gambar atau?? Mungkin abang dia a57 nak datang kot.. Larikkk!!
Tuesday, March 13, 2012
Cameron Highlands Part 4
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia. Sambungan gambar macro di Heritage Hotel, Tanah Rata, Tanah Tinggi Cameron, Pahang. Gambar-gambar diambil menggunakan kamera Sony NEX-5 dengan lens Sony 30mm f2.8 macro. Semakin hari semakin sayang dengan kamera cinonet ni. Kamera NEX menggunakan sensor yang sama seperti kamera DSLR/DSLT. Cuma badannya sahaja dikecilkan dan menjadikannya ringan dan mudah untuk dibawa ke mana-mana. Kadang-kadang aku tak suka sebab focusing dia tak sehebat kamera DSLT. Tapi tak apa.. Kamera ini adalah untuk orang-orang yang penyabar macam aku.. hehehe..
Ok, itu sahaja untuk kali ini. Semasa entry ini dibuat, aku sedang dalam perjalanan ke Bukit Gambang Resort City di Kuantan Pahang untuk menghadiri kursus selama 3 hari. Harap-harap ada gambar yang menarik yang boleh aku kongsikan bersama kelak. Adios amigo, carpe manana. Wassalam.
Thursday, March 8, 2012
Najib Umum Batal SBPA dan Kembali ke SSM
Hari ini YAB PM telah mengumumkan bahawa SBPA telah dimansuhkan dan kembali menggunapakai SSM. Di bawah SSM juga banyak penambahbaikan akan dilakukan. Penjawat awam yang sudah "terikat" dengan SBPA kini pasti merasa lega dengan pengumuman itu tadi. Terima kasih kepada PM dan terima kasih kepada presiden CUEPACS Dato' Haji Omar Osman di atas keprihatinan mereka.
Berhubung dengan pelarasan gaji , berikut adalah keputusan yang telah diumumkan:
1. Kenaikan 13 peratus bagi kumpulan pengurusan, profesional dan pelaksana dari gred 1 hingga 54.
2. Kenaikan 9 peratus untuk gred utama kumpulan JUSA C, B dan A.
3. Kenaikan 8 peratus untuk turus 3 dan 2.
4. Kenaikan 7 peratus untuk turus 1 dan ketua setiausaha.
Diharap semoga semua penjawat awam bekerja lebih gigih lagi bagi memacu sektor awam ke arah transformasi kerajaan untuk menjayakan wawasan 2020 cheewah!
Diharap semoga semua penjawat awam bekerja lebih gigih lagi bagi memacu sektor awam ke arah transformasi kerajaan untuk menjayakan wawasan 2020 cheewah!
"PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang sepatutnya berkuatkuasa pada 1 Jan 2012 dibatalkan dan mengekalkan Skim Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik.
Perdana Menteri juga mengumumkan penubuhan sebuah suruhanjaya untuk mengkaji secara komprehensif sistem saraan untuk penjawat pada masa depan.
Beliau juga mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54, bagi Kumpulan Gred Utama C,B,A (sembilan peratus), Gred Turus 3 dan 2 (lapan peratus) dan Gred Turus Satu dan Ketua Setiausaha Negara (tujuh peratus).
Najib juga mengumumkan jadual gaji matriks yang dilaksanakan sekarang diubahsuai kepada gaji minimum-maksimum dengan kadar kenaikan RM80-RM320 bagi Gred 1-54 manakala gred bagi Jusa kekal mengikut kenaikan tahunan SSM.
Bagi Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA), Najib mengumumkan kenaikan kepada RM250 sebulan dari RM200 bagi kawasan B manakala bagi kawasan C dinaikkan kepada RM150 daripada RM100.
Najib membuat pengumuman itu pada perhimpunan khas bersama penjawat awam di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini. – BERNAMA"
Subscribe to:
Posts (Atom)
{ My Popular Posts }
-
1. Assalamualaikum dan salam 1Malaysia. Jikalau berkunjung ke Kundasang jangan lupa untuk singgah ke ladang ternakan lembu tenusu yang te...
-
Pada 30 Mac 2012 yang lalu saya berkesempatan untuk singgah di Kampung Orang Asli Bumiputra Dalam yang terletak di Rengit, Batu Pahat, Jo...
-
Assalamualaikum kaki sekodeng kaki melungak kaki busy body ehekk.. Jangan marah gurau jer. Tetiba hari ni nak kecek standard BM plak. M...