Ini adalah entry ringkas. Pada 26 Mac 2012 baru-baru ini, satu perhimpunan khas warga KPKK dengan Perdana Menteri iaitu YAB Dato' Sri Najib Razak telah diadakan di PICC. Berikut adalah antara gambar yang sempat dirakam sebelum dan selepas ketibaan beliau.
Showing posts with label PICC. Show all posts
Showing posts with label PICC. Show all posts
Wednesday, March 28, 2012
Thursday, March 8, 2012
Najib Umum Batal SBPA dan Kembali ke SSM
Hari ini YAB PM telah mengumumkan bahawa SBPA telah dimansuhkan dan kembali menggunapakai SSM. Di bawah SSM juga banyak penambahbaikan akan dilakukan. Penjawat awam yang sudah "terikat" dengan SBPA kini pasti merasa lega dengan pengumuman itu tadi. Terima kasih kepada PM dan terima kasih kepada presiden CUEPACS Dato' Haji Omar Osman di atas keprihatinan mereka.
Berhubung dengan pelarasan gaji , berikut adalah keputusan yang telah diumumkan:
1. Kenaikan 13 peratus bagi kumpulan pengurusan, profesional dan pelaksana dari gred 1 hingga 54.
2. Kenaikan 9 peratus untuk gred utama kumpulan JUSA C, B dan A.
3. Kenaikan 8 peratus untuk turus 3 dan 2.
4. Kenaikan 7 peratus untuk turus 1 dan ketua setiausaha.
Diharap semoga semua penjawat awam bekerja lebih gigih lagi bagi memacu sektor awam ke arah transformasi kerajaan untuk menjayakan wawasan 2020 cheewah!
Diharap semoga semua penjawat awam bekerja lebih gigih lagi bagi memacu sektor awam ke arah transformasi kerajaan untuk menjayakan wawasan 2020 cheewah!
"PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang sepatutnya berkuatkuasa pada 1 Jan 2012 dibatalkan dan mengekalkan Skim Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik.
Perdana Menteri juga mengumumkan penubuhan sebuah suruhanjaya untuk mengkaji secara komprehensif sistem saraan untuk penjawat pada masa depan.
Beliau juga mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54, bagi Kumpulan Gred Utama C,B,A (sembilan peratus), Gred Turus 3 dan 2 (lapan peratus) dan Gred Turus Satu dan Ketua Setiausaha Negara (tujuh peratus).
Najib juga mengumumkan jadual gaji matriks yang dilaksanakan sekarang diubahsuai kepada gaji minimum-maksimum dengan kadar kenaikan RM80-RM320 bagi Gred 1-54 manakala gred bagi Jusa kekal mengikut kenaikan tahunan SSM.
Bagi Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA), Najib mengumumkan kenaikan kepada RM250 sebulan dari RM200 bagi kawasan B manakala bagi kawasan C dinaikkan kepada RM150 daripada RM100.
Najib membuat pengumuman itu pada perhimpunan khas bersama penjawat awam di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini. – BERNAMA"
Subscribe to:
Posts (Atom)
{ My Popular Posts }
-
1. Assalamualaikum dan salam 1Malaysia. Jikalau berkunjung ke Kundasang jangan lupa untuk singgah ke ladang ternakan lembu tenusu yang te...
-
Pada 30 Mac 2012 yang lalu saya berkesempatan untuk singgah di Kampung Orang Asli Bumiputra Dalam yang terletak di Rengit, Batu Pahat, Jo...
-
Assalamualaikum kaki sekodeng kaki melungak kaki busy body ehekk.. Jangan marah gurau jer. Tetiba hari ni nak kecek standard BM plak. M...