Ini adalah entry ringkas. Pada 26 Mac 2012 baru-baru ini, satu perhimpunan khas warga KPKK dengan Perdana Menteri iaitu YAB Dato' Sri Najib Razak telah diadakan di PICC. Berikut adalah antara gambar yang sempat dirakam sebelum dan selepas ketibaan beliau.
Showing posts with label Sony SLT-A77. Show all posts
Showing posts with label Sony SLT-A77. Show all posts
Wednesday, March 28, 2012
Tuesday, March 27, 2012
Hotel Perkasa di Kundasang, Sabah
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia. Blog picisan poyographer ni kini dikenali sebagai blog onggon travelgraphy. Ekceli sekda papa yang berubah pun sekadar nukar nama pakei tempek rah gambar ya jak. Alamat blog tuk pun masih agik "sukatimesen.blogspot.com". Mun andaikata suatu hati kelak onggon.com ya nyau-parai-mati dah sekda agik, nama sukatimesen ya masih ada.
Setakat tuk ajak doloklah. Gambar tuk dirakam di Kinabalu Heritage Park di Hotel Perkasa, Kundasang, Sabah. Oleh kerana kerja rah KK masa ya lom abis, terpaksa kmkorg kensel diam otel tuk sedeh na atiku masa ya. Cun juak hari ujan kakya tempat/pelantar pakei nangga gunong Kinablu ditutup jadi sikpat nak ngambik gambar. Lagikpun masa ya cun juak ujan dan berkabus tebal sik guna juak mun dapat masok sia nak? Okehlah ya jaklah untuk diari kalio tuk :P
Monday, March 19, 2012
Kundasang War Memorial Park, Sabah
Salam sejahtera. Entry kali tuk adalah dalam bahasa Sarawak. Kenak? Sebab berjangkit dari entry Enchek Amrie tuk. So, mun berjalan-jalan makan angin keluar asap di Kundasang, Ranau.. eboh lupak singgah di Kundasang War Memorial Park tuk. Taman Peringatan Perang Kundasang tuk dipolah untuk menghormati dan memperingati sidak tawanan perang dunia ke-2. Rega tiket masok situk hanyalah RM2 ajak. Di sia sekda papa juaklah sebenarnya tapi pemandangan di sia kedak rah obersea lah tek. Kachak jak asa mun bergambar dengan gerek sia koh. Mun urang nangga gambar dirik tek alu ingat rah obersea lah kononnya tek hehehe..
Masa ku datang sia hari dah nak petang, mok ujan bah. Badan pun dah rasa kepak jadi yalah tek alasan ku kenak gambar diambikku kali tuk sik kachak hehehe... Oklah ya ajak lah kali tuk. Dengan peluang yang ada tuk, aku nyeruk supaya blogger-blogger Sarawak nulis dalam bahsa Sarawak atleast hari Isnin kah, seminggu sekali boklah best.. Pakata kita merik nama Black Monday kah.. eh sik.. sik.. Sarawak Monday kah.. Okeh.. Ku mok chow lok.. Fuhh.. Jumpa gik.. :)
Entry sebelum ini: Cameron Highlands - Part 5
Entry sebelum ini: Cameron Highlands - Part 5
Friday, December 30, 2011
Pekan Nabalu dan Kampung Libang di Ranau, Sabah
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ini adalah entry ringkas je.. Pada 27 November 2011 yang lalu, aku and the gang bergerak ke Ranau untuk berjumpa dengan Komuniti 1Malaysia dibantu oleh Jabatan Penerangan Daerah Ranau. Sebelum ke Ranau singgah sebentar di tempat pemos-amos Pekan Nabalu. Kat sini, kita boleh mencuci mata melihat sendiri Gunung Kinabalu yang tersergam tinggi nan indah ececehh.. Ini kali ke berapa aku singgah sini aku pun tak ingat. Kali ni Gunung Kinabalu malu-malu kucing nak bergambar. Dia "bertapok" disebalik awan-awan tebal so dapat kaki dia pun jadilah, kaki kinabalu :P Dalam perjalanan ke Ranau, pilot kami si abang Awang memberhentikan kenderaan pacuan 4 roda di tepi jalan semata-mata mahu aku ambik shot waterfall yang aku tak ingat namanya hehe..
Setibanya di Ranau, kami singgah di pejabat Jabatan Penerangan dan berjumpa dengan PPD situ. Setelh habis bincang punya bincang kami pun ngeteh dulu. Lepas ngeteh kami ke Kampung Libang, Ranau bertemu dengan AJK Komuniti 1Malaysia untuk ditemuramah berkenaan dengan kajian yang dijalankan. Kebanyakan penduduk kampung situ adalah berketurunan Dusun dan beragama Islam. Kebetulan datang kat situ dorang sedang bergotong-royong mendirikan khemah kahwin ala-ala tradisional bukan khemah sewa punya daa..
Okeh.. tu je nak cerita pun. Semoga berjumpa lagi pada entry akan datang. Selamat berhari Jumaat dan selamat berhujung minggu. Adios amigos.. Carpe manana! ;)
Thursday, December 29, 2011
Sunrise di Mengkabong Sabah
Pada 29 November 2011 yang lalu, bergerak dari KingPark Hotel jam 3.30 pagi ke Jambatan Mengkabong di daerah Tuaran lebih kurang 20-30 minit perjalanan dari bandaraya Kota Kinabalu dengan seorang lagi kenalan dalam internet iaitu Cyril Riseng atau dikenali dengan nama panggilan Tubik. Dia adalah seorang blogger - klik sini - yang berasal dari Bau, Sarawak dah lama menetap di Kota Kinabalu dan dah jadi orang sana pun. Bertolak awal pagi sebab di Sabah jam 5 pagi lebih dah nak cerah dah. Sementara tunggu matahari muncul, aku sempat ambik gambar bintang.. Kalaulah aku main stratrail hari tu kan best :P
Di Mengkabong kami disertai oleh Tuan Haji Dzulbokhari Dzulkifli dan Srap. Keindahan pemandangan kat sini tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Jika anda seorang pecinta landscape photography, nahhh inilah tempatnya. Cuma masa aku datang kat sini time ni awan dia taklah secantik seperti kebiasaan. Biasalah, nak dapat shot yang lawa kenalah datang banyak kali barulah ok. Next time aku datang KK aku nak ambik lagilah shot kat Mengkabong ni hehe..
Kepada Tubik, terima kasih banyak daun keladi kerana sudi bawak aku JJCG (jalan-jalan cari gambar) di Mengkabong ni. Selama ni pun aku berkontek dengan Tubik pun melalui internet dan bila jumpa secara live barulah aku tau dia punya "belang" kekeke... Sebenarnya Tubik ni peramah orangnya dan kelakar memang senang bah nak masuk line.. Seperti biasa, selepas ambik2 gambar, kitaorang pun bergambar ramai2 untuk kenangan. Kredit gambar pada Tubik (Sony a77) untuk gambar kami. Tuan Haji (Sony a550) pun best mesra alam, Srap (Sony a850) pulak sekali pandang macam artis si Awie Wings tu bah kekeke...
* Foto special punyerrr Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim adalah ehsan dari blog Darul Ehsan Today Saje nak korang tengok Menteri Penerangan ni pakai kamera Sony a77.. Cayalah Datuk Seri hehehe..
* Foto special punyerrr Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim adalah ehsan dari blog Darul Ehsan Today Saje nak korang tengok Menteri Penerangan ni pakai kamera Sony a77.. Cayalah Datuk Seri hehehe..

Wednesday, December 28, 2011
Apa Yang Menarik di Kuala Kubu Bharu
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada 22-23 Disember 2011 baru-baru ini aku buat kali pertamanya menjejakkan kaki di Kuala Kubu Bharu, 70km daripada Putrajaya. Semasa dalam perjalanan singgah berehat di suatu tempat pemandangan lawa bernama Empangan Batu (rasanya lah) sebelum sampai ke KKB. Kat situ dengan memakai baju Sony Studio Zaloon aku pun keluarkan kamera dan ambik gambar panorama. Tiba-tiba aku kelihatan satu susuk tubuh juga memakai baju berlogo Sony Alpha. Aku pandang dia, dia pandang aku. Aku pun menuju ke arah mamat tersebut dan sambil bersalaman aku memperkenalkan diri. Rupa-rupanya mamat tu adalah Abam Shahrul Zaman yang juga dikenali sebagai Dewa PaiPaiJilo iaitu masta landscape photographer dikalangan pengguna kamera Sony hehe.. Selepas berkenalan dan berbual ringkas aku and the gang pun meneruskan perjalanan ke KKB.
Setelah selesai tugas rasmi, kami pusing satu KKB untuk cari hotel sampailah ke Rumah Rehat Kerajaan pun cak bo liau.. illek.. Takde kosong.. Last-last check in di Hotel Seri Melati. Hotel kena naik tangga aku ingat ada ler dalam 4-5 tingkat. TV rosak, lampu bilik air rosak, aircond plak remote control rosak. Towel pulak sebelah malam baru ada. Sepanjang hari masa kat situ hujan memanjang.. Bila malam, hanya ada beberapa kedai je yang bukak dan kedai makan kalau tak silap ada 3-4 yang bukak sampai larut malam.
Keesokan harinya setelah selesai tugasan rasmi, Tuan Haji Shaari ajak solat Jumaat di Darul Quran, 2km dari pekan KKB. Setelah habis solat, Tuan Haji dah set nak jumpa ngan Ustaz Muktasyaf Ibrahim yang juga masta photographer terkenal dalam dunia flickr dikenali dengan nama pena "AnNamir". Terima kasih banyak-banyak pada Ustaz AnNamir kerana mempelawa untuk ambik gambar Masjid Darul Quran berlatarbelakangkan alam semulajadi yang indah kat situ. Alhamdulillah, aku telah berjumpa dengan dua orang masta di KKB tanpa dirancang sebenarnya hehe.. Benarlah kata pepatah, "berkelanalah, bermusafirlah untuk melihat kebesaran Allah SWT.." Dah 2 tahun dah aku teringin nak jejak kaki di Darul Quran ni akhirnya tertunai jugak impian walaupun gambar yang aku ambik tidaklah sehebat mana, tidaklah sehandsome mana macam orang lain ambik.. Alhamdulillah.. Beruntunglah sape yang duk kat KKB ni.. KKB ni dianugerahkan Tuhan dengan tempat-tempat yang cantik dan mendamaikan. Hati rasa tenang je kepala pun tak serabut macam kat KL.. :)
Tuesday, December 27, 2011
Makan-Makan Kat Putrajaya Sambil Tengok View Lawa
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Rasa cam tak puas bercutikan? So cuti korang pergi mana? Aku just jalan-jalan kat Putrajaya je tu pun jalan-jalan carik makan sebenarnya. Memula singgah kat Putrajaya Seafood Restaurant ngam-ngam jam 2.30pm restoran tu nak tutup lah pulak. Tengok menu kat situ memang harga boleh pengsan. Nasik goreng pun dah rm15 belum lagi yang udang masak tepung sampai rm7/100gram. Sib baik dah nak tutup so bolehlah cover sikit aku nak blah dari situ haha..
Pastu pergi carik makan kat Kelab Tasik Putrajaya.. Alah tempat yang orang main kayak tu betul-betul kat belakang bangunan Pusat Pentadbiran Putrajaya. Situ makanan dia boleh tahan mahalnya tapi berbaloilah jugak dengan pemandangan yang lawa mengadap tasik. Kat situ ada kemudahan surau so sebab tu akhirnya aku memilih untuk makan kat situ. Hanya kerana nak jalan-jalan cari makanlah aku sempat ambik beberapa shot ni. Kalau tak, pergi Putrajaya jarang nak ambik-ambik gambar macam ni. Sekurang-kurangnya sape yang baca blog ni tau le port tang mana nak ambik shot yang lebih cantik dari shot yang aku ambik ni kan? So, itu sahaja dahulu untuk hari ini sebelum nak wat entry esok tentang gambar semasa di Darul Quran di Kuala Kubu Bharu minggu lepas. InsyaAllah. Adios amigos. Carpe manana! :)
Saturday, December 24, 2011
Pantai Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Gambar berikut diambil semasa bekerja luar di Kota Kinabalu Sabah pada 22-30 November 2011. Al-maklumlah bila dah letih dengan kerja sesekali lepaking kat tepi pantai syiok jugak kan.. Setidak-tidaknya dapat jugak menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan.. Kalau dah ke Kota Kinabalu, kenalah datang kat Pantai Tangjung Aru ni. Di sini dikatakan antara port menarik untuk ambik gambar sunset tapi masa aku datang ni hari hujan.. Takde rezekilah.. Ok entry ringkas je ni. Salam kejauhan dari Rawang, Selangor.. Jauh ke? Selamat berhujung minggu..
Photos were taken on November 25, 2011 using a Sony SLT-A77V
Labels:
cuti-cuti sabah,
kota kinabalu,
Pantai Tanjung Aru,
sabah,
sony,
sony a77,
Sony SLT-A77,
travel photography
Location:
Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Subscribe to:
Posts (Atom)
{ My Popular Posts }
-
1. Assalamualaikum dan salam 1Malaysia. Jikalau berkunjung ke Kundasang jangan lupa untuk singgah ke ladang ternakan lembu tenusu yang te...
-
Pada 30 Mac 2012 yang lalu saya berkesempatan untuk singgah di Kampung Orang Asli Bumiputra Dalam yang terletak di Rengit, Batu Pahat, Jo...
-
Assalamualaikum kaki sekodeng kaki melungak kaki busy body ehekk.. Jangan marah gurau jer. Tetiba hari ni nak kecek standard BM plak. M...