Semalam sempat main slow shutter di Pantai Stulang Laut, Johor Bahru. Kali ini saya sedang outstation selama 2 minggu di Johor. Buat pertama kalinya saya mencuba kamera baru iaitu Sony NEX-5N. Kamera ini adalah kesinambungan siri sistem NEX (NEX-3, NEX-5, NEX-C3) dari Sony dengan ciri terbaru seperti skrin sesentuh, low light control yang sangat bagus pada waktu malam dan pengurusan noise yang lebih baik berbanding kamera "gigilasi" Sony A77 itu sendiri. Sensor kamera ini juga digunakan dalam kamera Sony yang lain dan juga kamera Nikon D7000 dan kamera jenama Pentax. Bercakap tentang sensor, semakin besar sensor seperti yang terdapat dalam dslr, maka semakin banyak cahaya yang boleh dirakam oleh kamera ini berbanding kamera yang menggunakan sensor kecil seperti yang ditawarkan oleh Nikon J1/V1, Panasonic Lumix dan Olympus.
Bayangkan kamera ini adalah sebuah kamera yang kecil dan ringan tetapi mempunyai keupayaan seperti dslr! Kualiti pengurusan noisenya lebih baik dari kamera "raja segala APS-C Sony" iaitu Sony A77! Dahsyat bukan? Kamera Sony NEX-5N ini juga adalah "barang panas" dalam dunia fotografi sekarang ini sehinggakan ramai pengguna dslr dari jenama lain seperti amatur hinggalah profesional pun juga ingin memilikinya. Ya, kamera ini boleh dipasangkan dengan apa jua jenama lens lain termasuklah Canon dan Nikon dengan menggunakan adaptor khas yang mudah didapati di pasaran.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kamera ini, sila lihat video Mat Salleh di bawah ini. 4 gambar yang kat belah bawah tu pula adalah gambar yang diambik kat Dataran Bandaraya JB time makan-makan semalam. Seriously, saya sangat teruja dengan kamera ini dan sanggup meninggalkan kamera "gigilasi" yang besar gedabak kat rumah semata-mata nak menggunakan kamera ni sepenuhnya semasa traveling.. Sony NEX-5N.. memang terbaek dan berbaloi-baloi!! :)