Assalamualaikum dan salam 1Malaysia. Sambungan gambar macro di Heritage Hotel, Tanah Rata, Tanah Tinggi Cameron, Pahang. Gambar-gambar diambil menggunakan kamera Sony NEX-5 dengan lens Sony 30mm f2.8 macro. Semakin hari semakin sayang dengan kamera cinonet ni. Kamera NEX menggunakan sensor yang sama seperti kamera DSLR/DSLT. Cuma badannya sahaja dikecilkan dan menjadikannya ringan dan mudah untuk dibawa ke mana-mana. Kadang-kadang aku tak suka sebab focusing dia tak sehebat kamera DSLT. Tapi tak apa.. Kamera ini adalah untuk orang-orang yang penyabar macam aku.. hehehe..
Ok, itu sahaja untuk kali ini. Semasa entry ini dibuat, aku sedang dalam perjalanan ke Bukit Gambang Resort City di Kuantan Pahang untuk menghadiri kursus selama 3 hari. Harap-harap ada gambar yang menarik yang boleh aku kongsikan bersama kelak. Adios amigo, carpe manana. Wassalam.