Showing posts with label Sony DT 30mm F/2.8 SAM Macro. Show all posts
Showing posts with label Sony DT 30mm F/2.8 SAM Macro. Show all posts

Wednesday, January 30, 2013

Bermain Fotografi Makro dengan lens kontot Sony 30mm f/2.8

Assalamualaikum.. Ini gambar-gambar masa cuti raya tahun lepas tapi baru semalam aku ada masa sikit nak edit. So, bila dah balik kampung aku kat negara Syiria, (sila google Serian, Sarawak), apalagi rumah yang dikelilingi oleh bunga-bunga dan sayur-sayuran yang mak ayah aku tanam lah menjadi mangsa. Belek sana belek sini nak carik benda ape aku nak shoot untuk main makro.

Berbekalkan kamera Sony NEX-5N cinonet dan lens Sony 30mm f2.8 macro, maka segala "babas" (rumput lalang - bahasa Sarawak) pun diredahi sampaikan terjumpa penyengat dan serangga yang pelik-pelik. Namun oleh kerana lens ini hanya 30mm yakni kontot, maka hanya serangga-serangga lembab malas bergerak sahaja yang berjaya dirakam. Serangga-serangga aktif yang lain habis lari berterbangan bila aku nak cuba try test mendekati mereka. Alangkah indahnya kalau ade lens yang panjang seperti Sony 100mm f2.8 macro yang pernah aku miliki suatu masa dahulu.

Al-hasil, inilah sahaja yang mampu aku rakamkan selaku jurugambar tak bertauliah lagi poyo. "Ini semua  poyyooooooooooo!!!" - Johan RajaLawak :P Berpeluh jugaklah nak ambik shot serangga-serangga ni sebab bukannya boleh ambik sebarangan guna setting auto, tapi lebih kepada pemfokusan manual. Kembang-kempis aku menahan perut agar kamera aku sestabil yang boleh. Jadi, kalau nak main fotografi makro ni ape yang patut ade aarr? Lens makro 30mm? 50mm? 100mm? Ketiga-tiga ni aku pernah ade dan last sekali aku jual semua tinggal yang 30mm ni jer sebab aku jarang ade masa main makro-makro ni. Nasib baik NEX-5N ni ade skrin LCD so tak payahlah nak tilik-tilik mata kat viewfinder kamera. Maaf itu sahaja laporan poyo aku untuk hari ini. Wassalam..


DSC07642
DSC07646
DSC07664
DSC07643
DSC07640
DSC07677
DSC07670
DSC07637
DSC07629
DSC07622

Tuesday, March 13, 2012

Cameron Highlands Part 4

DSC04523



Assalamualaikum dan salam 1Malaysia. Sambungan gambar macro di Heritage Hotel, Tanah Rata, Tanah Tinggi Cameron, Pahang. Gambar-gambar diambil menggunakan kamera Sony NEX-5 dengan lens Sony 30mm f2.8 macro. Semakin hari semakin sayang dengan kamera cinonet ni. Kamera NEX menggunakan sensor yang sama seperti kamera DSLR/DSLT. Cuma badannya sahaja dikecilkan dan menjadikannya ringan dan mudah untuk dibawa ke mana-mana. Kadang-kadang aku tak suka sebab focusing dia tak sehebat kamera DSLT. Tapi tak apa.. Kamera ini adalah untuk orang-orang yang penyabar macam aku.. hehehe..

Ok, itu sahaja untuk kali ini. Semasa entry ini dibuat, aku sedang dalam perjalanan ke Bukit Gambang Resort City di Kuantan Pahang untuk menghadiri kursus selama 3 hari. Harap-harap ada gambar yang menarik yang boleh aku kongsikan bersama kelak. Adios amigo, carpe manana. Wassalam.



DSC04471



DSC04491



DSC04475



DSC04483

Monday, February 27, 2012

Bunga dari Cameron Highlands Untuk Kamu

DSC04064Y



Assalamualaikum dan selamat pagi. Tuan tanah kedaong masih letih baru balik dari berkursus di Tanah Rata, Cameron Highlands malam tadi. Jadi, ini adalah 3 gambar pertama untuk entry kali ini. Gambar-gambar diambil menggunakan kamera Sony NEX-5 +  lens Sony DT 30mm F/2.8 SAM Macro. Nah.. bunga untuk kamu semua. Sehingga berjumpa lagi pada entry akan datang. Wassalam..  ;)



DSC04064X



DSC04142

{ My Popular Posts }