Showing posts with label cameron highlands. Show all posts
Showing posts with label cameron highlands. Show all posts

Sunday, March 18, 2012

Cameron Highlands Part 5

DSC04394



Salam sejahtera. Kalau dah pergi ke Cameron Highlands, jangan lupa jalan-jalan ke Brinchang. Jaraknya hanyalah  5km dari Tanah Rata. Untuk info, Brinchang ialah sebuah bandar terbesar di daerah Cameron Highlands di negeri Pahang. Ia merupakan bandar pelancongan kedua selepas Tanah Rata. Salah satu daya tarikannya ialah pasar malam yang diadakan semasa hujung minggu dan cuti sekolah Malaysia, di mana banyak gerai sayur-sayuran dan makanan terdapat di sini. Bahkan gerai-gerai cenderamata dan bunga-bungaan juga banyak dijual dengan harga yang murah dan menarik. Lepas ni entry terakhir tentang Cameron Highlands.. Ade lah sikit gambar kat Ladang Teh kot.. InsyaAllah.. :)

* Gambar masih lagi diambil menggunakan kamera Sony NEX-5 + lens 16mm f2.8



DSC04385



DSC04384



DSC04380



DSC04374



DSC04382



DSC04378



DSC04370



DSC04356



DSC04352



DSC04354

Tuesday, March 13, 2012

Cameron Highlands Part 4

DSC04523



Assalamualaikum dan salam 1Malaysia. Sambungan gambar macro di Heritage Hotel, Tanah Rata, Tanah Tinggi Cameron, Pahang. Gambar-gambar diambil menggunakan kamera Sony NEX-5 dengan lens Sony 30mm f2.8 macro. Semakin hari semakin sayang dengan kamera cinonet ni. Kamera NEX menggunakan sensor yang sama seperti kamera DSLR/DSLT. Cuma badannya sahaja dikecilkan dan menjadikannya ringan dan mudah untuk dibawa ke mana-mana. Kadang-kadang aku tak suka sebab focusing dia tak sehebat kamera DSLT. Tapi tak apa.. Kamera ini adalah untuk orang-orang yang penyabar macam aku.. hehehe..

Ok, itu sahaja untuk kali ini. Semasa entry ini dibuat, aku sedang dalam perjalanan ke Bukit Gambang Resort City di Kuantan Pahang untuk menghadiri kursus selama 3 hari. Harap-harap ada gambar yang menarik yang boleh aku kongsikan bersama kelak. Adios amigo, carpe manana. Wassalam.



DSC04471



DSC04491



DSC04475



DSC04483

Tuesday, March 6, 2012

Cameron Highlands Part 3

Ladybird



Harap maaf. Tuan Tanah Kedaong sedang sibuk. Entry ringkas je ye. Nak bagitau kalau nak pergi Cameron Highlands, jangan kedekut untuk bawak kamera dan lens macro atau lens panjangggggg. Sebabnya ialah kebiasaan pada belah pagi, unggas/serangga banyak hinggap dipokok-pokok atau bunga.. Seperti gambar-gambar ni, diambik kat depan hotel jer. Tu pun curi-curi ambik waktu pagi sebelum kursus bermula.. hehe.. ;)



Buntak



DSC04072



DSC04061

Tuesday, February 28, 2012

Cameron Highlands Part 2

DSC04272



1. Assalamualaikum dan salam 1Malaysia. Berikut adalah beberapa gambar yang diambil sepanjang berada di Heritage Hotel yang terletak di Tanah Rata, Cameron Highland sempena menghadiri Bengkel Sasaran Kerja Tahunan 2012 dan Team Building 1Hati-1Destinasi pada 24-26 Feb 2012 baru-baru ini. Bengkel ini adalah anjuran Bahagian Dasar Perancangan Strategik (Penerangan), Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

2. Semua gambar dirakam menggunakan kamera Sony NEX-5 (i love u!) kecuali group photo menggunakan kamera Sony a550. Ini adalah kali kedua aku menjejakkan kaki ke sini semenjak kedatangan kali terakhir pada tahun 2007. Sejuk? Sejuklah jugak walaupun sejuk 10 tahun dulu mana nak sama dengan sejuk sekarang. Kalau time hujan lagilah sejuk. Pagi buta dan malam pun sejukkkkk...

3. Tak dinafikan di Cameron Highlands ada banyak tempat menarik untuk dikunjungi. Nak tau lebih lanjut kena tunggu entry seterusnya. Penat.. Penat-penat pun sempat jugak main star trails hehe.. Cobaan tak menjadi sangat.. Takpe.. Lain kali boleh try lagi :P



DSC04080



DSC04177



DSC04081



DSC04079



_DSC1810



DSC04211

Monday, February 27, 2012

Bunga dari Cameron Highlands Untuk Kamu

DSC04064Y



Assalamualaikum dan selamat pagi. Tuan tanah kedaong masih letih baru balik dari berkursus di Tanah Rata, Cameron Highlands malam tadi. Jadi, ini adalah 3 gambar pertama untuk entry kali ini. Gambar-gambar diambil menggunakan kamera Sony NEX-5 +  lens Sony DT 30mm F/2.8 SAM Macro. Nah.. bunga untuk kamu semua. Sehingga berjumpa lagi pada entry akan datang. Wassalam..  ;)



DSC04064X



DSC04142

{ My Popular Posts }