Showing posts with label malaysia. Show all posts
Showing posts with label malaysia. Show all posts

Sunday, December 13, 2015

JOM MAKAN-MAKAN RESTORAN MABIQ DI KUANTAN

Daging Salai Masak Kicap + Sayur + Tempoyak Petai Ikan Bilis + Ikan Pekasam = RM8.00


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kali ini saya ingin bercerita mengenai Restoran MABIQ yang terletak di Kuantan, Pahang. Tidak semua orang tahu mengenai "lokasi rahsia" restoran ini waima orang Kuantan sendiri sekali pun. Saya sendiri kerap kali turun ke Kuantan atas urusan kerja bertahun-tahun lamanya namun tidak sedar akan kewujudan restoran sangat istimewa ini. Kalau dah sekali datang ke sini, anda akan rasa nak datang lagi dan lagi dan lagi.

Pelbagai menu di sini hingga tak tahu nak makan apa..


MABIQ adalah singkatan kepada "Maahad Bahasa dan Ilmu Al-Quran" yang merupakan sebuah Maahad Tahfiz persendirian yang berkonsepkan pendidikan kebajikan untuk anak yatim dan fakir miskin. Ianya diasaskan oleh Ustaz Jamaluddin di atas tanah beliau sendiri yang berukuran kurang suku ekar di Kg Peramu, Kuantan. Walau bagaimanapun, segala perbelanjaan pendidikan dan makan minum para pelajar ditanggung sepenuhnya oleh pihak MABIQ hasil daripada sumbangan derma ikhlas orang ramai dan juga hasil jualan daripada Restoran MABIQ itu sendiri. Secara ringkasnya, setiap kali anda makan di sini, sebenarnya anda telah membantu meningkatkan ekonomi pihak MABIQ.

Ikan patin ini hanya berharga RM2.00 satu


Apakah yang isitimewa sangat makan di sini? Antara menu utama yang popular di sini ialah Daging Salai Goreng Kicap, Daging Salai Masak Lemak Cili Api, Paeh Patin, Patin Masak Tempoyak, Sambal Hitam, Gulai Lemak Rebung Perut dan banyak lagi. Itu baru sikit menu yang saya senaraikan. Saya akui bahawa kesemua menu yang disebutkan tadi adalah lazat-lazat belaka. Saya berani kata bertaraf 5 bintang! Bayangkan saya dan kawan-kawan seramai lima orang makan di sini dan kelima-lima kami sebulat suara mengakui lauk-pauk yang ada di sini memang tip-tiop dan sangat sedap hingga menjilat jari.

Orang ramai yang berkunjung ke sini tdak putus-putus..


Seperti yang saya maklumkan tadi, tempat ini sangat tersorok. Jika anda hendak datang makan-makan di sini, sebagai panduan, dari bandar Kuantan kena melalui Tanjung Lumpur (yang ada gerai-gerai makan yang banyak tepi jalan sebelah kiri) teruskan ke depan sikit lagi akan nampak papan tanda sebesar skrin komputer belah kiri tertera perkataan MABIQ bersamaan simpang ke Yayasan Pahang. Nampak sahaja papan tanda tersebut terus masuk kiri dan masuk dalam lagi lebih kurang 3-5 minit. Nampak sahaja kereta banyak parking di situ maka itulah MABIQ.

Antara menu istimewa di sini iaitu Paeh Patin (ikan patin yang 'di-paeh' bersama tempoyak) berharga RM7.00


Paeh Patin sungguh memikat selera..


Restoran MABIQ beroperasi dari pukul 11 pagi hingga 4 petang dari hari Ahad hingga Khamis sahaja. Jadi, jika anda berkunjung ke Kuantan, pastikan anda tidak melepaskan peluang merasa masakan mereka yang menjadi bualan mereka-mereka yang pernah makan di situ. Sedap, lazat dan semestinya halal.

Restoran MABIQ

Tuesday, August 14, 2012

Tamparuli, Sabah

Jambatan Tamparuli


Salam.. Hari dah Ramadhan yang ke 25.. Cepatnya masa berlalu kan.. Tinggal beberapa hari je lagi nak raya..  Ekceli ni nak share gambar-gambar masa kat Tamparuli Sabah. Kalau pernah dengar lagu Jambatan Tamparuli, so ni ler tempatnya.. Nak ke sini senang jer.. On the way nak pergi Kundasang, mesti lalu sini punya.. :)


Jambatan Tamparuli

Jambatan Tamparuli

Jambatan Tamparuli

Jambatan Tamparuli

Jambatan Tamparuli

Jambatan Tamparuli

Tuesday, August 7, 2012

Kota Kinabalu, Sabah - Part 4 - Makan Seafood!

Pasar Philippines


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sedar tak sedar hari ni dah masuk 18 Ramadhan. Cepatnya masa berlalu kan? Tak lama lagi dah nak raya.. Korang balik kampung tak? Angguk-angguk geleng-geleng.. Ok.. Ni sambungan gambar-gambar di Kota Kinabalu Sabah hari tu. Tinggal sikit lagi nak habis yeyehh! :)

Ni kalau sesiapa yang pernah pergi KK mesti tau port makan seafood ni kan? Pergi carik Pasar Philippines dan pergi kat belakang pasaor tu mesti jumpa tempat ni. Kat sini makanan dia memang murah-murah-murahhh.. Aku kalau nak pergi kat mana-mana, yang first sekali aku target ialah makanan tempatan.. Lepas puas makan makanan local barulah makan makanan yang lain macam fast food McD KFC apa semua tu.. Kat KL pun ada kan? SO, kalau korang Cuti-Cuti Malaysia kat Sabah, carik tempat ni dan makan sepuas-puasnya.. KK memang syurga makanan! *gulp*


Pasar Filipina

Pasar Philippines

Pasar Filipina | Handheld | 3200 ISO

Pasar Philippines

Pasar Filipina

Pasar Philippines

Pasar Filipina

Pasar Philippines

Pasar Filipina

Pasar Philippines

Thursday, August 2, 2012

Kota Kinabalu, Sabah - Part 3

Pasar Basah Filipina


Assalamualaikum dan salam 1Malaysia. Hari ni dah masuk 13 Ramdhan. Tapi gambar-gambar kat Sabah ituari tak habis-habis lagi. Kali ini gambar di rakam di sekitar kawasan belakang Pasar Filipina. Ikan yang berwarna merah tu nama dia ikan Ujie Rashid sebab mata dia besor... Okeh.. Selamat menunaikan ibadah puasa.. Wassalam :)

Gambar diambil menggunakan kamera Sony NEX-5N + Sigma 10-20mm 4.5-5.6 lens ;)


pasar Philippines

Pasar Basah Filipina

pasar Philippines

Pasar Basah Filipina

Pasar Basah Filipina

pasar Philippines

Pasar Basah Filipina

pasar Philippines

Pasar Basah Filipina

pasar Philippines

Monday, July 30, 2012

Kota Kinabalu, Sabah - Part 2


Pasar Ikan



Salam Ramadhan Al-Mubarrak dan selamat sejahtera.. Up sket entry Kota Kinabalu selepas berehat jap edit gambar-gambar Sabah sempena bulan puasa ni. Kalau KK, memang syurga fotografi sebenarnya. Untunglah sape yang tinggal atau bekerja di KK. Kali ini aku ambik gambar ala-ala street photography gitu. Berjalan kaki dari Suria Sabah hinggalah ke Pasar Filipina sambil membeli barang-barang untuk dibawa balik dan sambil-sambil jugak mengambil gambar.

Barang-barang wajib beli sebelum balik KL:

1. Cenderahati berbentuk keychain dan fridge magnet
2. T-shirt "I love Sabah"
3. Amplang
4. Kuih cincin
5. Kopi Tenom
6. Kerongsang mutiara
7. Ketam Suri

Biarlah gambar berbicara.. Aku dah tak larat nak tulis.. hihi.. Wassalam..



Le Meridien Hotel



Pasar Ikan



Pasar Filipina



Pasar Philippines



Pasar Philippines



Pasar Filipina



Pasar Filipina



Pasar Philippines



Tauke Kopi Tenom



Pasar Awam KK



Pasar Awam KK



KK



KK



Datin Diane



Gaya Centre



Suria Sabah

{ My Popular Posts }