Showing posts with label cuti-cuti sabah. Show all posts
Showing posts with label cuti-cuti sabah. Show all posts

Tuesday, August 7, 2012

Kota Kinabalu, Sabah - Part 4 - Makan Seafood!

Pasar Philippines


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sedar tak sedar hari ni dah masuk 18 Ramadhan. Cepatnya masa berlalu kan? Tak lama lagi dah nak raya.. Korang balik kampung tak? Angguk-angguk geleng-geleng.. Ok.. Ni sambungan gambar-gambar di Kota Kinabalu Sabah hari tu. Tinggal sikit lagi nak habis yeyehh! :)

Ni kalau sesiapa yang pernah pergi KK mesti tau port makan seafood ni kan? Pergi carik Pasar Philippines dan pergi kat belakang pasaor tu mesti jumpa tempat ni. Kat sini makanan dia memang murah-murah-murahhh.. Aku kalau nak pergi kat mana-mana, yang first sekali aku target ialah makanan tempatan.. Lepas puas makan makanan local barulah makan makanan yang lain macam fast food McD KFC apa semua tu.. Kat KL pun ada kan? SO, kalau korang Cuti-Cuti Malaysia kat Sabah, carik tempat ni dan makan sepuas-puasnya.. KK memang syurga makanan! *gulp*


Pasar Filipina

Pasar Philippines

Pasar Filipina | Handheld | 3200 ISO

Pasar Philippines

Pasar Filipina

Pasar Philippines

Pasar Filipina

Pasar Philippines

Pasar Filipina

Pasar Philippines

Monday, March 19, 2012

Kundasang War Memorial Park, Sabah

DSC02965



Salam sejahtera. Entry kali tuk adalah dalam bahasa Sarawak. Kenak? Sebab berjangkit dari entry Enchek Amrie tuk. So, mun berjalan-jalan makan angin keluar asap di Kundasang, Ranau.. eboh lupak singgah di Kundasang War Memorial Park tuk. Taman Peringatan Perang Kundasang tuk dipolah untuk menghormati dan memperingati sidak tawanan perang dunia ke-2. Rega tiket masok situk hanyalah RM2 ajak. Di sia sekda papa juaklah sebenarnya tapi pemandangan di sia kedak rah obersea lah tek. Kachak jak asa mun bergambar dengan gerek sia koh. Mun urang nangga gambar dirik tek alu ingat rah obersea lah kononnya tek hehehe..

Masa ku datang sia hari dah nak petang, mok ujan bah. Badan pun dah rasa kepak jadi yalah tek alasan ku kenak gambar diambikku kali tuk sik kachak hehehe... Oklah ya ajak lah kali tuk. Dengan peluang yang ada tuk, aku nyeruk supaya blogger-blogger Sarawak nulis dalam bahsa Sarawak atleast hari Isnin kah, seminggu sekali boklah best.. Pakata kita merik nama Black Monday kah.. eh sik.. sik.. Sarawak Monday kah.. Okeh.. Ku mok chow lok.. Fuhh.. Jumpa gik.. :)

Entry sebelum ini: Cameron Highlands - Part 5



DSC02971



DSC02944



DSC02951



DSC02929



DSC02963



DSC02978



DSC02973



DSC02924



DSC02982

Monday, February 20, 2012

Dream World Resort di Kundasang Sabah

Dream World Resort



1. Assalamualaikum dan selamat pagi. Jawab salam  jangan tak jawab. Berdosa tau.. Kalau jadi minggu ni ada kursus di Cameron Highland. So, sebelum pergi kursus, ni aku up sket gambar-gambar masa kat Kundasang, Sabah yang diambik pada November tahun lepas. Harap maaf, gambar adalah kurang memuaskan. Pada masa gambar ini diambik keadaan cuaca adalah mendung, gelap nak hujan. Selepas diedit, barulah cerah sikit..

2. Ok. Tidak berapa jauh dari ladang ternakan lembu tenusu, terletaknya Dream World Resort, iaitu tempat penginapan ala-ala 5 bintang di atas kaki bukit. Harga penginapan untuk semalam bermula dari RM250 ke atas. Kat sini pelawat boleh menikmati udara gunung yang sejuk dan segar dengan keindahan pemandangan Gunung Kinabalu. Keindahan pemandangan di sini membuatkan kita seolah-olah berada di luar negara gitu..

3. Nak bercerita panjang dah tak larat so untuk mengetahui lebih lanjut tentang resort ini, sila layari laman sesawang berikut: http://www.beautifulkk.com/2010/07/26/dream-world-resort

4. Untuk "parasit" ofis aku.. kau ade kew? hahaha...



Dream World Resort



Dream World Resort



Dream World Resort



Dream World Resort



Dream World Resort

Tuesday, February 7, 2012

Ikan Spa di Sungai Moroli, Kampung Luanti Baru, Ranau 2010

DSC02414



1. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ini adalah gambar arkib yang dirakam pada 24 Jun 2010 dan pernah disiarkan dalam blog ini namun terpadam oleh penggodam pada tahun lepas. Ya, aku guna istilah "ter"padam. So, kasi up semula untuk kenangan. Gambar dirakam menggunakan kamera dslr Sony a700. Tuhan je yang tahu betapa aku sangat sayangkan kamera ni sebelum aku bertukar ke Sony a77. Kang aku beli Sony a900 baru tau :P

2. Kalau kita bandingkan kamera a700 dengan a77, entah apsal plak aku rasa gambar a700 lagi sedap lagi rangup.. Cuba bayangkan, kamera Sony DSLR a700 + Sony 18-250mm lebih cantik berbanding Sony DSLT a77 + Carl Zeiss 16-80mm??? Ini menunjukkan kamera dan lens mahal (kira CZ mahal lah) tidak menyebabkan gambar kita jadi cantik. Bak kata masta terkenal Sony iaitu enchek Shaiful Zamri, "maksimakan apa yang di tangan, bukan apa yang di angan.."

2. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang tempat ni, sila klik versi 2011 di sini: Cuti-Cuti Sabah: Sungai Moroli, Kg. Luanti Baru, Ranau 2011



DSC02354



DSC02429



DSC02387



DSC02425



DSC02440



DSC02418



DSC02411

Cuti-Cuti Sabah: Sungai Moroli, Kg. Luanti Baru, Ranau 2011

Tagal Sungai Moroli



1. Assalamualaikum dan salam 1Malaysia. Betapa super-duper pemalasnya nak update blog kebelakangan ni. Ikutkan hati nak tutup terus je blog ni. Tapi bila difikirkan balik berapa kali nak bukak-tutup blog? So, biarlah.. Lagipun tema blog dah bertukar jadi sekadar coretan tentang jalan-jalan cuti-cuti Malaysia. Tiada lagi kidungmu, eh maksudnya, tiada lagi cerita-ceriti yang bersifat peribadi. Kalau ada pun sikit-sikit je.. ehekk.. Dah x kisah orang nak cakap apa.. Belog aku, aku punya belog lah.. (pinjam ayat masta blogger otai)..

2. Gambar-gambar ini dirakam menggunakan Sony SLT-A77. Minor editing sebab sekarang ni kalau boleh nak kasi 0% editing kononnya. Al-maklumlah bila dah pindah ofis baru, bukan sebab sibuk dengan kerja semata-mata, tapi badan letih berulang-alik ke Putrajaya. Biasanya sampai rumah dan lagi nak pilih-pilih gambar untuk diedit tapi sekarang masa untuk flickr dan blog agak kureng.

3. Berbalik pada gambar. Jikalau ke Ranau tak lengkap rasanya cuti-cuti Sabah anda kalau tidak singgah ke Tagal Sungai Moroli yang terletak di Kampung Luanti Baru di Ranau ini. Tagal dalam bahasa Kadazan Dusun bermaksud "dilarang memancing", tak boleh tangkap ikanlah tu

4. Nak bermesra-mesraan dengan ikan kat sini kena bayar. Tiket berharga RM5 untuk orang dewasa, dan RM2 untuk kanak-kanak. Untuk makanan ikan pula harganya adalah dalam RM1-RM3 kalau tak silap. Kalau ramai pengunjung, kita kena ikut giliran, duduk tunggu nombor kita dipanggil. Bila nombor kita dipanggil, kita hanya ada masa dalam 15 minit sahaja untuk bermain-main dengan ikan. Adalah dilarang sama sekali untuk mengocak-ngocakkan air atau menangkap ikan.

5. Ramai yang takut-takut dan geli-geleman bila ikan datang ambush kat kaki. Jangan risau, ikan-ikan ni nampak je besar, tapi bukannya ikan pirana. Ikan apa entah ler sebab aku buta nama ikan-ikan ni. Cara yang betul ialah dengan menggenggam makanan ikan dalam tangan dan merendamkan tangan anda sehingga ikan datang "menyedut" tangan anda. Tu baru betul.. Kalau kena sedut, jangan kasi lepas.. Takpe, beberapa jam lagi aku publish gambar Sungai Moroli tahun 2010 pulak. Untuk yang versi 2010, barulah nampak jelas akan ikan-ikan itu "menyedut".. :P



Tagal Sungai Moroli



Tagal Sungai Moroli



Tagal Sungai Moroli



Tagal Sungai Moroli



Tagal Sungai Moroli



Tagal Sungai Moroli



Tagal Sungai Moroli

Tuesday, January 24, 2012

Ladang Ternakan Lembu Tenusu di Kundasang, Sabah

Desa Dairy Farm



1. Assalamualaikum dan salam 1Malaysia. Jikalau berkunjung ke Kundasang jangan lupa untuk singgah ke ladang ternakan lembu tenusu yang terbesar di negeri Sabah iaitu Desa Dairy Farm. Tempat ini berkeluasan 199 hektar hanya 30 minit perjalanan dari Taman Negara Gunung Kinabalu. Kehijauan yang merentasi pemandangan di situ cukup memukau sehinggakan ada yang berasa seolah-olah berada di ladang ternakan lembu tenusu di New Zealand. Kelas kau Mariaaa!

2. Tempat ini dibuka kepada pengunjung pada setiap hari dari jam 7.30 pagi hingga 5 petang. Setiap pengunjung hanya dikenakan bayaran sebanyak RM3 sahaja. Pada setiap jam 3 petang, sesi memerah susu lembu akan diadakan dan boleh disaksikan oleh pengunjung.

3. Bayangkan ini adalah kali ke berapa ntah (rasanya ke-5 kot) ke sini, baru kali ini aku berkesempatan untuk singgah ke sini. Pendapat aku, memang best, suasana yang dingin, pemandangan yang cantik, sangat sesuai untuk makan angin bersama keluarga atau ehem-ehem tersayang. Jangan kedekut untuk mengambil gambar sebanyak yang mungkin untuk kenangan sebab bukan selalu dapat ke sini kan..

4. Semasa kunjungan aku and the gang kat sini, lembu-lembu malu-malu kucing berkumpul nun jauh kat tengah padang ragut. Kebetulan pulak aku hanya bawak lens ultra wide angle, zoom lens tertinggal kat kereta nak patah balik nak ambik malas haha.. Nasihat aku, jangan lupa shoot panorama atau main HDR.. aku sendiri lupa daaa..

5. Itu sahaja untuk kali ini, sehingga berjumpa lagi dalam entry akan datang. Wassalam. Carpe manana! ;)



Desa Dairy Farm



Desa Dairy Farm



Desa Dairy Farm



Desa Dairy Farm



Desa Dairy Farm



Desa Dairy Farm



Desa Dairy Farm

{ My Popular Posts }