Showing posts with label tokina 11-16mm. Show all posts
Showing posts with label tokina 11-16mm. Show all posts

Monday, February 20, 2012

Dream World Resort di Kundasang Sabah

Dream World Resort



1. Assalamualaikum dan selamat pagi. Jawab salam  jangan tak jawab. Berdosa tau.. Kalau jadi minggu ni ada kursus di Cameron Highland. So, sebelum pergi kursus, ni aku up sket gambar-gambar masa kat Kundasang, Sabah yang diambik pada November tahun lepas. Harap maaf, gambar adalah kurang memuaskan. Pada masa gambar ini diambik keadaan cuaca adalah mendung, gelap nak hujan. Selepas diedit, barulah cerah sikit..

2. Ok. Tidak berapa jauh dari ladang ternakan lembu tenusu, terletaknya Dream World Resort, iaitu tempat penginapan ala-ala 5 bintang di atas kaki bukit. Harga penginapan untuk semalam bermula dari RM250 ke atas. Kat sini pelawat boleh menikmati udara gunung yang sejuk dan segar dengan keindahan pemandangan Gunung Kinabalu. Keindahan pemandangan di sini membuatkan kita seolah-olah berada di luar negara gitu..

3. Nak bercerita panjang dah tak larat so untuk mengetahui lebih lanjut tentang resort ini, sila layari laman sesawang berikut: http://www.beautifulkk.com/2010/07/26/dream-world-resort

4. Untuk "parasit" ofis aku.. kau ade kew? hahaha...



Dream World Resort



Dream World Resort



Dream World Resort



Dream World Resort



Dream World Resort

Friday, June 17, 2011

Aku Rindu Kamu

Tasik Danu Serian



Skema time.. Semalam aku bercerita tentang rindu. Hari ini aku ingin bercerita tentang rinduku pada kampung halaman, rinduku pada dia. Bak kata orang, tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat bermain. Sepanjang bergelumang dalam hobi fotografi, inilah baru pertama kali aku berjaya merakamkan suasana pemandangan Tasik Danu Serian betul-betul sebelah kampung aku yang tercinta di Serian, Sarawak, lebih kurang 40 minit perjalanan dari bandaraya Kuching.

Aku melangkahkan kaki "berginsut-ginsut" lebih kurang 10 minit, bertemankan kamera dan satu lensa. Bagi aku bila melihat keindahan alam ciptaan Tuhan, terasa sungguh damai dihati. Sebenarnya fotografi sebegini adalah terapi hati yang antara paling berkesan untuk meleraikan segala kekusutan jiwa ditambah lagi sokongan moral dari si dia, si dia dan si dia.. Terima kasih juga rakan-rakan serta masta yang banyak memberikan tunjuk ajar. Banyak lagi yang perlu aku kena pelajari.

Sesungguhnya tiada hari dalam hidupku melainkan aku merindui dia.. ;)



Serian Lake Garden




Serian Lake Garden




Serian Lake Garden




Serian Lake Garden




Serian Lake Garden




Tasik Danu Serian

Friday, April 1, 2011

repost: Sony Alpha Convention 2011

Sony Alpha Convention 2011



Sony Alpha Convention 2011 (HDR)



Sony Alpha Convention 2011



Sony Alpha Convention 2011



Sony Alpha Convention 2011



Sony Alpha Convention 2011



Sony Alpha Convention 2011



Sony Alpha Convention 2011

Pada 11-13 Mac 2011 yang lalu bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre, KLCC telah berlangsungnya "Sony Alpha Convention 2011" yang menghimpunkan warga pengguna Sony DSLR seluruh Malaysia. Para speaker pun hebat-hebat dan banyak aktiviti telah dijalankan seperti pertandingan fotografi, bengkel fotografi, melukis potret, tulisan khat cina, persembahan kebudayaan berserta model-model amoi yang cun semuanya percuma.

{ My Popular Posts }