Happy 22nd Birthday Google

Siapa yang tak kenal Google? Dari hanya sekadar enjin carian dan penyedia perkhidmatan Gmail, Google juga merupakan penyedia Google Maps dan membangunkan sistem operasi Android. Mana-mana sahaja kita akan jumpa Google dalam kehidupan seharian kita. Mana nak lari? Sana Google sini Google sampai nak bercakap pun kita akan cakap "cuba kau google." Google merupakan sebuah syarikat teknologi multinasional yang berpengkalan di Mountain View, California, Amerika Syarikat. Al-kisahnya, perkataan "Google" berasal dari kesilapan mengeja "googol," (sila google kalau nak tau haha). Google bermula sebagai satu projek penyelidikan pada Januari 1996 oleh Larry Page dan Sergey Brin, dua pelajar Ph.D. di Universiti Stanford, California. (sila google haha). Apa-apa pun, selamat hari jadi ke 22 tahun Google. Semoga panjang umur dan murah rezeki serta dipermudahkan urusan ehekk!