Thursday, September 17, 2020

Happy 21st Birthday Blogger! Blog Boleh Monetize?

Photo by Vlada Karpovich from Pexels
Photo by Vlada Karpovich from Pexels

Salam guys! Pejam celik pejam celik tak sangka dah 21 tahun umur Blogger ni. Aku start terjebak dengan blogger ni pada tahun 2006 pada tahun yang sama syarikat gergasi Google mengambil alih YouTube. Arrgghhh! Kenapalah aku tak buat YouTube pada tahun yang sama? Pada masa itu YouTube belum ada syarat-syarat macam sekarang. Jawapannya ialah: Sebab aku tak nak ambik tau dan takde sape pada masa itu bagitau atau promote YouTube pada aku. Sedih kan?

Dari Blogger Menjadi 'Zombie Facebooker'

Berbalik kepada blogger tadi, bilakah perkhidmatan blogger ini mula wujud di muka bumi? Untuk maklumat korang, pada 23 Ogos 1999, Blogger telah dilancarkan oleh Pyra Labs yang diasaskan bersama oleh Evan Williams dan Meg Hourihan. Pada bulan Februari 2003, Pyra Labs diambil alih oleh Google dengan syarat yang tidak didedahkan.

Jadi, pada tahun 2006 semasa aku mula menulis blog, pada masa ini blogger-blogger seluruh Malaysia tumbuh bagai cendawan. Ada yang jadi selebriti blogger, ada yang kahwin dengan artis, ada yang super aktif sampai setiap hari mesti nak menulis. Tapi bermula sekitar 2004 ke atas, kemunculan Facebook telah secara perlahan-lahan mula "mematikan" seorang demi seorang blogger menjadi zombie facebooker. Korang boleh tak setuju dengan aku, tapi ini adalah proses 'facebooksianisasi' yang orang tak sedar pada masa itu sebab kita, ya kita semua mula teruja dengan kehadiran facebook.

Facebook Semakin Menjangkiti Kita Semua

Tanpa kita sedari, semakin ramai terpesona dengan 'keindahan' facebook dan semakin ramai mula melupakan blog. Blog-blog mula bersawang dan tiada kemas kini penulisan terbaru. Facebook pula lebih stylo dan siapa yang tidak mempunyai facebook dianggap seperti kolot atau ketinggalan zaman. Maka semakin ramai yang dulunya blogger, akhirnya bertukar menjadi facebooker. Alasan paling banyak didengari ialah "malas nak tulis" disebabkan sudah ada facebook.

Blogging Kini Hidup Kembali

Haaa.. mesti korang tak percayakan? Tahun 2020 ni dah semakin ramai orang dah mula menulis balik. Khabarnya ramai juga di antara mereka-mereka ini adalah blogger pada suatu masa dahulu dan ada juga mereka yang datang dari aliran video atau YouTuber. Eh mengapa?

Menulis Pun Boleh Buat Duit

Rupa-rupanya menulis blog pun boleh buat duit guys. Sebagai penulis blog, jika menepati syarat kelayakan, blog kita akan ada iklan. Melalui paparan iklan ni pula datangnya duit. Semakin popular blog dan konten korang,  semakin banyak jugak bayaran yang korang bakal dapat.

Iklan oleh Google Adsense

Cara AdSense berfungsi adalah dengan menayangkan iklan yang relevan dengan konten yang muncul di halaman tertentu blog korang. Contohnya, jika blog korang pasal jalan-jalan dan korang baru sahaja publish penulisan mengenai perjalanan ke Kundasang, Sabah sebagai contoh, AdSense mungkin memaparkan iklan mengenai insurans perjalanan, iklan Trivago atau iklan pasal Air Asia atau Malaysia Airlines. AdSenseakan bayar korang bila tau? Bila pengguna melihat atau berinteraksi dengan iklan. Mudahkan!

Syarat Monetize

Seperti YouTube, blogging juga perlu mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak Google. Nak cerita kang panjang sangat jadi korang boleh baca kat sini Community Guidelines Aku cuma ringkaskan, just follow garis panduan tu jangan sesekali korang langgar kalau tak blog korang tak akan ada iklan. Unless korang memang jenis tak kisah ada iklan atau tak.

Sikap Malas

Dalam banyak-banyak perkara, benda yang paling memusnahkan sesuatu impian, cita-cita atau harapan ialah sikap malas. Menulis blog juga tidak terlepas dengan masalah malas ini. Semakin banyak korang tulis, semakin tinggi peluang untuk dapat duit. Kawan aku relax-relax tulis blog jarang-jarang update pun dapat busuk-busuk RM200-RM800 sebulan. Jadi aku pun malas nak menulis panjang sebab kalau diikutkan panjang lebar nak tulis macam-macam idea tooot dalam kepala tapi disebabkan malas, maka dengan ini aku berhenti dulu sampai takat ni hahaha.. 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih ;)

{ My Popular Posts }