Showing posts with label sony a300. Show all posts
Showing posts with label sony a300. Show all posts

Tuesday, May 8, 2012

Fenomena Super Moon?


Bulan 3
Sony NEX-5N +  DT 18 - 250mm F3.5 - 6.3

Dua hari lepas di luar negara ada fenomena "Super Moon", iaitu bulan berada dekat dengan bumi dan saiznya kelihatan lebih besar berbanding kebiasaan. Saya mejenguk ke luar rumah dan mendapati bulan sedang bulat cantik berseri. Sayangnya lens Sony 18-250mm ada pada kawan. So pabila kawan dah pulangkan lens semalam, apalagi terus aktiviti menembak bapak bulan ehekk.. Kalau anak bulan, bulan sabit, so bulan yang besar ni saya panggil bapak bulan. Hanya dua hari tertinggal bulan dah tak bulat sepenuhnya.

Maka dua kamera digunakan untuk mengambil gambar bulan iaitu Sony NEX-5N (CMOS sensor) dan Sony a300 (CCD) menggunakan setting yang hampir sama, lens yang sama. Hasilnya, kamera NEX-5N memang menghasilkan gambar yang lebih jelas, kurang noise (bintik-bintik). Sekali lagi, kamera Sony NEX-5N menang!

Bulan 2
Sony NEX-5N +  DT 18 - 250mm F3.5 - 6.3  |  2 shot digabungkan menjadi 1

Bulan 1
Sony a300 +  DT 18 - 250mm F3.5 - 6.3

Thursday, July 28, 2011

Ronda-Ronda di Pantai Batu Burok

Pantai Batu Burok



Hari last di Kuala Terengganu sempatlah jugak jalan-jalan menyusuri Pantai Batu Burok berjalan kaki dari Hotel Tanjong Vista sampailah ke Batu Burok Beach Resort lebih kurang 3-4km pergi balik. So, snip-snap gambar candid je lah. Ada aweks mintak tolong ambik gambar dorang dengan kamera dorangl 1,2,3 snap! sekali lagi 1,2,3 snap! sekali lagi kamera aku pulak hehehe. Ada sekumpulan lelaki pun mintak ambikkan gambar dorang.. Yang ni dorang nak aku ambik guna kamera aku haha..

Sebelum balik hotel, sempat le makan Nasi Goreng Batu Burok di Batu Burok Beach Resort dan berkenalan dengan salah seorang pekerja kat situ yang bernama Shidah. Kecik molek, comel, manis dan orangnya putih melepak hehe.. So, masa bayar makan tu aku ambik le gambo dia hehehe.. Okeh. Esok gambar kat Kelantan pulak.. Letih giler ni. Adios amigos. Carpe manana!



Pantai Batu Burok



Pantai Batu Burok



Pantai Batu Burok



Pantai Batu Burok



Pantai Batu Burok



Pantai Batu Burok



Shidah



Felix



Pantai Batu Burok



Pantai Batu Burok



Pantai Batu Burok



Primula Beach Hotel

Tuesday, June 28, 2011

Marang, Terengganu

DSC06028



Jumaat, 24/06/2011:  Bergerak dari Kuala Lumpur ke Besut, Terengganu untuk "Ops PMSB". Sewaktu berada di Maran, Pahang, bertembung dengan konvoi Berita Harian - TV3 dengan ekspedisi mereka iaitu "Jom ke Kenyir" yang bermula dari Sri Pentas TV3 ke Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.

"Mase singgah makang kat Marang, aku sempak berfoye-foye ambik gambo kat pantai situ. Ape ntah name pantai aku pun tak tau. Masa ni aku order kepok lekor jer, kawang-kawang laing makang nasik goreng siput seafood hehe.. Lepah makang, ktkorg meneruskang perjalanang ke Besut. Dalang perjalanang tu ternampok suatu fenomena pelik berlaku. Ade cahaye matahari berwarna-warni macang pelangi di sebalik awang. What-ever-pung, kamera tak dapak merakang gambo sepertimane anak mate manusia.."

Kalau ade salah silap bahase, ampunkan tuan hamba.. Nak belajar bahase Ganu sebenarnye hehe.. So, untuk esok aku nak share gambo hotel dan pantai kat Besut pulak... InsyaAllah... Adios amigos.. Carpe manana!  ;)


* psssstt: layan dengar lagu background ;)



DSC06016



DSC06031



DSC06037



DSC06053



DSC06044



DSC06048



DSC06057

Wednesday, June 22, 2011

Ops Matahari

Sunset

All photos were taken on June 18, 2011 using a Sony DSLR-A300 and Sony 18-250mm lens


Assalamualaikum. Hari ini meeting lagi. Masa untuk operasi tak lama lagi dah. Aku akan travelling selama 33 hari (atau lebih). Hari Jumaat ni aku akan bergerak ke Besut, Terengganu bertemu dengan para "cikgu-cikgi" selama 3 hari dan kemudian aku  akan "bertaburan bak pepasir di tepian pantai" di merata negeri selama 30 hari lebih hehehe.. Tahun ni takde pergi Sabah Sarawak ke? Dengar-dengar ada tapi selepas hari Raya Aidil Fitri nanti.. Tak sabar nak gi sana lagi..  ;)

Gambar untuk entry ini pula diambil pada hari Sabtu baru-baru ini. Untuk gambar pertama dan ketiga apa yang korang perasan? Ada apa-apa kemusykilan tak? ehekk.. Adios amigos! Carpe Manana!



Sunset



Sunset



Sunset

Monday, May 23, 2011

Selamat Tinggal Duniaku v0.1

DSC01738

This photo was taken at Batang Sadong, Samarahan, Sarawak on April 7, 2009 using a Sony DSLR-A350.






Beberapa hari yang lepas aku mendapat panggilan dari seseorang. Dia bertanyakan beberapa soalan untuk mendapatkan kepastian. Dia tergesa-gesa mahukan jawapan. Soalan demi soalan bertali arus ditujukan kepada aku ibarat sesi soal siasat pihak polis. Setelah penjelasan demi penjelasan, dia amat berpuashati. Akhir sekali soalan paling penting ditanyakan, "Adakah kamu benar-benar yakin kali ini kamu telah membuat keputusan yang betul?" Aku terdiam seketika dan berfikir adakah aku mampu melalui semua itu nanti. "Kalau kamu benar-benar serius, kamu mesti yakin, dan saya harap kamu memberikan yang terbaik untuk saya." kata dia.






Aku dan Kamu
This photo was taken at Pantai Klebang, Melaka on March 8, 2011 using a Sony DSLR-A300.



Setelah berfikir sejenak aku pun berkata "Aoklah mun cemya esoklah kamek ngirum ngan kitak makei poslaju. Sekali lagik kamek madah kitak, dalam kotak ya kelak ada Sony NEX-5 dengan lensa 16mm f2.8, NEX ultra wide adapter, NEX mount adapter, Sony 50mm f1.4 dan Sony HVL-F42AM flash. Kitak paham sik?" Dia pun bersetuju. Nahhh.. Akhirnya aku akan meninggalkan dunia fotografi selamanya. Selamanya? Oh tidak.. Fotografi itu subjektif.. Pakai kamera henpon pun fotografi jugak kan? InsyaAllah, aku pasti kembali. Selamat tinggal duniaku. Adios amigos! Astalavista Baby! Carpe manana!






(,") (",)  Suspenlah? Gambar dan entry mengarut ini tidak ada kena-mengena dengan sesiapa yang hidup atau mati 
(apsal le aku nak kena ulang statement ni?)

Tuesday, April 19, 2011

repost: Zoo Taiping 1

Gambar ni diambil menggunakan dslr Sony a350 dengan lensa Sigma 70-300mm f4-5.6 DG Macro pada 25 April 2009 sempena Cuti-Cuti Malaysia ehekk... Lens ini adalah lens budget pertama yang aku beli sendiri dan selepas menggunakan lens ni ler macam-macam lens yang aku borong sampai sekarang :P

Zoo Taiping merupakan zoo yang tertua di Malaysia. Kalau dibandingkan dengan Zoo Negara, aku lebih suka Zoo Taiping, lebih mesra alam, lebih besar, dan lebih cantik. Aku ingat dah banyak kali aku datang sini semasa travelling ke Taiping dan bercuti baru inilah kali pertama aku snip-snap menggunakan kamera dslr. Enchek Singa senyum ler.. Menung nampak? :)



The Lion King



Dragon Fly



Just For You



Iguana



Erkk!!



Kancil kah tok?



Boring!



Zebra



Jamal Pak Tongko



U.F.B (Unknown Flying Bird)

Saturday, April 2, 2011

repost: Taman Rama-Rama Kuala Lumpur

Butterfly


Di sini ada pelbagai jenis rama-rama cantik-cantik belaka. Selain itu, terdapat juga pelbagai serangga lain yang "menumpang" di taman ini. Kalau nak belajar ambik gambar serangga atau macro photography, cuba try test kat sini dulu. Berbaloi dan best! Gerenti datang banyak kali pun, memang tak boring!

| Sony a300 | Sony 50mm f/1.4, Minolta 50mm f1.7 RS version, with closeup filters |


Praying Mantis



Dragonfly




Butterfly



Butterfly



DSC00338



DSC00030



 

{ My Popular Posts }