Showing posts with label cuti-cuti perak. Show all posts
Showing posts with label cuti-cuti perak. Show all posts

Tuesday, October 18, 2011

Burmese Pool di Taiping, Perak

Burmese Pool



Banyak kali dah jejak kaki di Taiping, Perak ni tapi setelah bertahun-tahun lamanya barulah aku tau yang kat Taiping ada air terjun! Aku macam tak percaya jer.. Rupa-rupanya kat Taman Tasik Taiping tu jalan sikit jer akan jumpa tempat air terjun ni yang diberi nama "Burmese Pool". So, kawan-kawan aku dah tau ni siap lah.. Asal outstation kat Taiping nanti mesti dorang nak singgah ni hehe..

Bayaran masuk free. Kereta kena bayor rm2.00 sahaja. Aku malas nak naik atas so aku just pergi kat bahagian bawah untuk mendapatkan shot air mengalir macam air susu. Fotografi ni adalah proses pembelajaran sepanjang hayat, maka banyak lagi yang perlu aku perbaiki untuk memantapkan lagi skil yang sedia tumpul nih..

Kebelakangan ini aku memang supa-dupa sibuk dengan kerja luar di kawasan Lembah Klang, Utara Semenanjung serta Sabah atau Sarawak bulan depan. Ofis aku pula akan berpindah ke Putrajaya mulai 1 November ni. So, ofis sekarang ni dah macam kilang kertas, bungkus sana, nungkus sini, kotak sana, kotak sini.. Nampak jer macam tak sibuk, dalam hati sapelah yang tahu.. Adios amigos, carpe manana! :)



SLT a77



Burmese Pool



Burmese Pool

Monday, October 3, 2011

Jalan-Jalan ke Kellie's Castle

Kellie's Castle



Setelah penat lelah bekerja untuk Program Merakyatkan Seni di Kampung Gajah, Perak minggu lalu, kami singgah di Kellie's Castle untuk jalan-jalan cari gambar. Ini adalah kali kedua atau ketiga aku singgah kat sini. Lamaaaaa dah tak datang sini. Kali terakhir aku ingat dalam tahun 2000-2003 kot.

Bayaran masuk adalah RM4.00 seorang. Kamera bawak masuk free jer. Gambar kali ini diambik menggunakan teknik dinamik iaitu HDR (high dynamic range) yang menggabungkan sekurang-kurangnya 3 gambar berlainan yang setiap satunya mempunyai kadar dedahan cahaya (exposure) yang berbeza antara gambar terang, gambar normal dan gambar gelap. Ia kemudiannya dicantumkan menjadi satu gambar yang menampakkan butiran (details) yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar sebelumnya.



Kellie's Castle



Nak tau ape yang menarik kat sini? Ni dia copy paste dari wikipedia.. "Bangunan Istana Kellie atau Rumah Kellas telah dibina pada tahun 1910 oleh seorang peladang getah terkemuka British bernama William Kellie Smith. Bangunan tiga tingkat dibina mengikut reka bentuk sebuah istana Moghul di bandar Agra, India. Tukang-tukang binaan bangunan tersebut dibawa khas dari Madras.

William Kellie Smith adalah dari sebuah desa di Skotlandia yang dikenali sebagai Kellas. Pada tahun 1890, ketika berusia 20 tahun, Smith tiba sebelum Tanah Melayu membangun. Di Tanah Melayu, beliau bertemu dengan seorang pemilik tanah bernama Alma Baker, yang telah memenangi konsesi dari pemerintah negara untuk menghapus 360 hektar hutan di Perak. Dengan keuntungan besar yang dibuat dari perniagaan bersama ("bisnes venture") dengan Alma Baker, Smith mula menanam pohon getah dan menceburi dalam industri perlombongan timah. Sewaktu dengan itu, ia menjadi pemilik Perumahan Kinta Kellas dan Kinta Kellas Tin Dredging Company.

Kemudiannya beliau kembali ke rumah beliau untuk berkahwin dengan orang Skotland tercinta, Agnes, dan isterinya dibawa ke Malaysia pada tahun 1903. Tahun berikutnya, pasangan ini diberkati dengan anak perempuan mereka yang bernama Helen. Selama bertahun-tahun selepas itu, Agnes berusaha untuk hamil, tapi gagal. William Smith terlalu mengharapkan seorang anak lelaki sebagai waris untuk mengambil alih kerajaan itu di Kepulauan Melayu. Setelah bertahun-tahun selepas itu, akhirnya Agnes telah melahirkan seorang anak lelaki bernama Anthony, pada tahun 1915. Kelahiran anaknya adalah peringkat awal bagi keuntungan yang lebih besar untuk William Smith. Bagi merayakan kelahiran Anthony, William Smith telah memutuskan untuk memperluaskan rumahnya. Smith memulai perancangan untuk cadangan istana besar yang dirancangkan untuk digelar sebagai Rumah Kellas (Kellas House), sempena rumahnya di Scotland.

Bangunan ini mempunyai 14 buah bilik, sebuah bilik bawah tanah dan terowong rahsia itu juga dilengkapkan dengan lif yang pertama di dibina Tanah Melayu. Di tingkat kedua pula akan dibina sebuah padang tenis berlantaikan simen.

Berita mengenai bangunan ini pernah disiarkan dalam akhbar London Financer pada 15 September 1911. Akhbar itu mengatakan Kellas House itu merupakan bangunan yang paling unik di seluruh Timur Jauh, sama ada dari segi bentuk ataupun besarnya.

Bangunan ini tidak sempat disiapkan setelah Kellie Smith meninggal dunia di Pelabuhan Lisbon, Portugal pada 11 Disember 1926. Bangunan yang kekal dalam keadaan 'sedang dibina' telah menjadi tarikan pengunjung ke Batu Gajah kerana keunikannya."



Kellie's Castle

Wednesday, April 20, 2011

repost: Zoo Taiping 4

Pada 18 Disember 2010, aku kembali lagi ke Zoo Taiping tapi kali ini aku telah menyertai pertandingan anjuran Sony Malaysia iaitu Sony Alpha Zoo Challenge (Taiping) 2010. Setelah puas bereksperimentasi dengan lens dan kamera, kali ini berbuah jugak usaha aku selama ini. Menang? Hehehe.. Malu pulak.. Menang tempat pertama, ke-5 dan ke-7. Alhamdulillah.. Ok le tu amatur pun boleh menang jugakkan.. :P



DSC01852



1st



5th



7th



DSC01583



DSC01698



DSC01871



DSC01797



DSC01829



DSC01718



DSC01714



DSC01855

repost: Zoo Taiping 3

Kadang-kadang, kita tak perlukan pun lens yang banyak untuk fotografi. Beli satu lens panjang all in one macam Sony 18-250mm sudah cukup especially untuk yang selalu travelling. Lens inilah yang aku tak akan  tinggalkan walau ke mana pun aku pergi. Dari Malaysia sampai ke Indonesia, dari daratan sampai ke pulau dari hutan sampai mendaki bukit, dari jalan-jalan sampai masuk pertandingan, semuanya lens ni yang aku bawak. Walaupun tak sesharp macam G lens, tapi lens ini ada "X" factor konon-konon je lah.. ehekk :P



Kecantikan



Harapan



Burung Keruak



Orang Utan aka Sen Heinsen



Sharing



Kekuatan



Taiping Lake Garden



Taman Tasik Taiping



Burung Ape?

repost: Zoo Taiping 2

Selang sebulan selepas bulan April mencuba try test lens Sigma 70-300mm DG Macro, pada bulan Mei tahun yang sama aku telah membuat keputusan membeli lens Sony 18-250mm f3.5-6.5 yang berharga RM1699 dan Sony a700 yang berharga RM3300.

Jadi, sekali lagi pada 20 Disember 2009, Zoo Taiping menjadi pilihan untuk cuba try test barang baru ni. Al-hasilnya, aku sungguh sukaaaa.. Walaupun Sony a700 takde 'live view' berbanding Sony a350, tapi aku suka akan kepantasan kamera ini dan kualiti gambar yang dihasilkan. Alhamdulillah.. inilah kamera yang aku cari-cari selama ini :)


Future



Cinta



Kadangkala



Positif



Sahabat



Bravery



Kamu Orang Utan!



Senyum Riang



Mencari 'Berlian'



Cara Berfikir



Negatif Positif

Tuesday, April 19, 2011

repost: Zoo Taiping 1

Gambar ni diambil menggunakan dslr Sony a350 dengan lensa Sigma 70-300mm f4-5.6 DG Macro pada 25 April 2009 sempena Cuti-Cuti Malaysia ehekk... Lens ini adalah lens budget pertama yang aku beli sendiri dan selepas menggunakan lens ni ler macam-macam lens yang aku borong sampai sekarang :P

Zoo Taiping merupakan zoo yang tertua di Malaysia. Kalau dibandingkan dengan Zoo Negara, aku lebih suka Zoo Taiping, lebih mesra alam, lebih besar, dan lebih cantik. Aku ingat dah banyak kali aku datang sini semasa travelling ke Taiping dan bercuti baru inilah kali pertama aku snip-snap menggunakan kamera dslr. Enchek Singa senyum ler.. Menung nampak? :)



The Lion King



Dragon Fly



Just For You



Iguana



Erkk!!



Kancil kah tok?



Boring!



Zebra



Jamal Pak Tongko



U.F.B (Unknown Flying Bird)

{ My Popular Posts }