Gambar ni diambil menggunakan dslr Sony a350 dengan lensa Sigma 70-300mm f4-5.6 DG Macro pada 25 April 2009 sempena Cuti-Cuti Malaysia ehekk... Lens ini adalah lens budget pertama yang aku beli sendiri dan selepas menggunakan lens ni ler macam-macam lens yang aku borong sampai sekarang :P
Zoo Taiping merupakan zoo yang tertua di Malaysia. Kalau dibandingkan dengan Zoo Negara, aku lebih suka Zoo Taiping, lebih mesra alam, lebih besar, dan lebih cantik. Aku ingat dah banyak kali aku datang sini semasa travelling ke Taiping dan bercuti baru inilah kali pertama aku snip-snap menggunakan kamera dslr. Enchek Singa senyum ler.. Menung nampak? :)