Showing posts with label burmese pool. Show all posts
Showing posts with label burmese pool. Show all posts

Tuesday, October 18, 2011

Burmese Pool di Taiping, Perak

Burmese Pool



Banyak kali dah jejak kaki di Taiping, Perak ni tapi setelah bertahun-tahun lamanya barulah aku tau yang kat Taiping ada air terjun! Aku macam tak percaya jer.. Rupa-rupanya kat Taman Tasik Taiping tu jalan sikit jer akan jumpa tempat air terjun ni yang diberi nama "Burmese Pool". So, kawan-kawan aku dah tau ni siap lah.. Asal outstation kat Taiping nanti mesti dorang nak singgah ni hehe..

Bayaran masuk free. Kereta kena bayor rm2.00 sahaja. Aku malas nak naik atas so aku just pergi kat bahagian bawah untuk mendapatkan shot air mengalir macam air susu. Fotografi ni adalah proses pembelajaran sepanjang hayat, maka banyak lagi yang perlu aku perbaiki untuk memantapkan lagi skil yang sedia tumpul nih..

Kebelakangan ini aku memang supa-dupa sibuk dengan kerja luar di kawasan Lembah Klang, Utara Semenanjung serta Sabah atau Sarawak bulan depan. Ofis aku pula akan berpindah ke Putrajaya mulai 1 November ni. So, ofis sekarang ni dah macam kilang kertas, bungkus sana, nungkus sini, kotak sana, kotak sini.. Nampak jer macam tak sibuk, dalam hati sapelah yang tahu.. Adios amigos, carpe manana! :)



SLT a77



Burmese Pool



Burmese Pool

{ My Popular Posts }