Monday, October 3, 2011

Jalan-Jalan ke Kellie's Castle

Kellie's Castle



Setelah penat lelah bekerja untuk Program Merakyatkan Seni di Kampung Gajah, Perak minggu lalu, kami singgah di Kellie's Castle untuk jalan-jalan cari gambar. Ini adalah kali kedua atau ketiga aku singgah kat sini. Lamaaaaa dah tak datang sini. Kali terakhir aku ingat dalam tahun 2000-2003 kot.

Bayaran masuk adalah RM4.00 seorang. Kamera bawak masuk free jer. Gambar kali ini diambik menggunakan teknik dinamik iaitu HDR (high dynamic range) yang menggabungkan sekurang-kurangnya 3 gambar berlainan yang setiap satunya mempunyai kadar dedahan cahaya (exposure) yang berbeza antara gambar terang, gambar normal dan gambar gelap. Ia kemudiannya dicantumkan menjadi satu gambar yang menampakkan butiran (details) yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar sebelumnya.



Kellie's Castle



Nak tau ape yang menarik kat sini? Ni dia copy paste dari wikipedia.. "Bangunan Istana Kellie atau Rumah Kellas telah dibina pada tahun 1910 oleh seorang peladang getah terkemuka British bernama William Kellie Smith. Bangunan tiga tingkat dibina mengikut reka bentuk sebuah istana Moghul di bandar Agra, India. Tukang-tukang binaan bangunan tersebut dibawa khas dari Madras.

William Kellie Smith adalah dari sebuah desa di Skotlandia yang dikenali sebagai Kellas. Pada tahun 1890, ketika berusia 20 tahun, Smith tiba sebelum Tanah Melayu membangun. Di Tanah Melayu, beliau bertemu dengan seorang pemilik tanah bernama Alma Baker, yang telah memenangi konsesi dari pemerintah negara untuk menghapus 360 hektar hutan di Perak. Dengan keuntungan besar yang dibuat dari perniagaan bersama ("bisnes venture") dengan Alma Baker, Smith mula menanam pohon getah dan menceburi dalam industri perlombongan timah. Sewaktu dengan itu, ia menjadi pemilik Perumahan Kinta Kellas dan Kinta Kellas Tin Dredging Company.

Kemudiannya beliau kembali ke rumah beliau untuk berkahwin dengan orang Skotland tercinta, Agnes, dan isterinya dibawa ke Malaysia pada tahun 1903. Tahun berikutnya, pasangan ini diberkati dengan anak perempuan mereka yang bernama Helen. Selama bertahun-tahun selepas itu, Agnes berusaha untuk hamil, tapi gagal. William Smith terlalu mengharapkan seorang anak lelaki sebagai waris untuk mengambil alih kerajaan itu di Kepulauan Melayu. Setelah bertahun-tahun selepas itu, akhirnya Agnes telah melahirkan seorang anak lelaki bernama Anthony, pada tahun 1915. Kelahiran anaknya adalah peringkat awal bagi keuntungan yang lebih besar untuk William Smith. Bagi merayakan kelahiran Anthony, William Smith telah memutuskan untuk memperluaskan rumahnya. Smith memulai perancangan untuk cadangan istana besar yang dirancangkan untuk digelar sebagai Rumah Kellas (Kellas House), sempena rumahnya di Scotland.

Bangunan ini mempunyai 14 buah bilik, sebuah bilik bawah tanah dan terowong rahsia itu juga dilengkapkan dengan lif yang pertama di dibina Tanah Melayu. Di tingkat kedua pula akan dibina sebuah padang tenis berlantaikan simen.

Berita mengenai bangunan ini pernah disiarkan dalam akhbar London Financer pada 15 September 1911. Akhbar itu mengatakan Kellas House itu merupakan bangunan yang paling unik di seluruh Timur Jauh, sama ada dari segi bentuk ataupun besarnya.

Bangunan ini tidak sempat disiapkan setelah Kellie Smith meninggal dunia di Pelabuhan Lisbon, Portugal pada 11 Disember 1926. Bangunan yang kekal dalam keadaan 'sedang dibina' telah menjadi tarikan pengunjung ke Batu Gajah kerana keunikannya."



Kellie's Castle

11 comments:

  1. Apa-apa pun kakak suka pada gambar yg khairul ambil. Cantik sangat...

    ReplyDelete
  2. Beautiful place, and beautiful hdr onggon.. :) kmk pun teringin nak pergi juak.

    ReplyDelete
  3. Kakzakie.. terima kasih kak.. saya ni pun bukan pandai sangat belajar2 jugak sikit2 kak :)

    Nono Fara.. kmk makei kemre a300 tuk hehe.. Mun makei DSLT giney ndakkah.. mun kmk makei DSLT tp gambar kmk kalah ngan a300 x tauklah kmk koh.. huhu.. :P

    ReplyDelete
  4. tunjuk ajarku sifu....huhuhu..mok belajar sal kamera aih,..

    ReplyDelete
  5. sitok bang onggon bertapok duhal...hehehe..

    ReplyDelete
  6. A truly unique building that I think aptly symbolizes the success of a determined traveller and his deep love to his dear family.

    And your shots, Khairul, they are really great! May I know the kind of lens that you used for those lovely shots?

    ReplyDelete
  7. terbaik pok.lamak dah sik main HDR.hihi

    ReplyDelete
  8. heheeh penah pegi skali kt ctu..cantik lahhh gmbrrr

    ReplyDelete
  9. Liyana Zahim, ░♥si lampu neon♥░ Terima kasih ;)

    ciK LyndaWawa.. Kmkpun sik pandei juak koh.. Belajar sama2lah kita hoh..

    Wan_hazel.. Bertapok seklai sekala di situk.. Biasa bertapok lam twitter jak hehe..

    labulabi.. makasih pok.. dah berkarat dah teknik HDR ku tuk.. Pakei photomatix + detail enhancer utk mengurangkan kesan "terbakor" pada HDR hehe..

    ♥ p a a n i ♥... Terima kasih.. Tu la.. saya pergi situ dah 2-3 kali tp kali ni berkesempatan main HDR ;)

    Wa Temuk.. Saya guna lens ultra wide angle iaitu Tokina 11-16mm f2.8 Lens ini ada juga utk Canon/Nikon Utk shot Kellies Castle ni saya mengunakan jarak 16mm, di ambil secara bracketing 3 dedahan berlainan..

    ReplyDelete

Terima kasih ;)

{ My Popular Posts }