Showing posts with label kuala terengganu. Show all posts
Showing posts with label kuala terengganu. Show all posts

Tuesday, September 27, 2011

Kerja Cuti-Cuti Malaysia

Memori


Camera: Sony DSLR-A700
Exposure: 0.008 sec (1/125)
Aperture: f/5.0
Focal Length: 55 mm
ISO Speed: 100




Pagi ni aku akan bergerak ke utara tanahair sebab kena BerCuti-Cuti Malaysia kerja sempena Pogram Merakyatkan Seni dan bermalam di Lumut, Perak dan di Kedah (lokasi tak tau lagi) dari 27 Sep hingga 2 Okt 2011. Aku x bawak laptop, xde semakpong, xde internet. Kali ni cuba untuk merehatkan diri daripada internet dan kesibukan kota.. Hanya kamera menjadi teman.. Adalah orang tu kannn.. Dia nak ikut tapi dia kena pindah rumah hahaha.. Sorry ye Felix.. Nampaknya sesi fotografi terpaksa diteruskan tanpamu hahaha.. 

[Bahasa Sarawak Jerman] Felix.. Ko sik jeleskah kmkorg bergoleng2 tepi pantei petang tukkah kedak cita hindustan Felix? Diam hotel apartment ngadap laut gik ya. Dahlah kerja setengah ari jak.. Nok selebihnya ko paham2 jaklah dikpun hahaha.. Adoheh.. Syorga duniaaaaa... hahaha.. (tetak jaik)

Apa-apa pun semalam aku layan citer "Masam-Masam Manis" lakonan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Aku serius minat giler citer2 beliau. Dengar je lagu kat bawah ni terus melayang-layang ingatan.. Cheewah! Gambar kali ni pula adalah gambar stok lama yang aku korek-korek dari portable harddisk aku. Ada banyak gambar yang aku tak pernah upload dalam flickr, so ini adalah salah satu antara gambar-gambar tersebut.. ;)



Dalam Air Terbayang Wajah 

Dalam air ku terbayang wajah
Adikku yang ku puja
Tenteram semula hati gundah
Dapat mambang indah

Di ingatan ku terlukis wajah
Abang ku yang gagah
Baik budi serta ramah tamah
Handsome macam gajah
Rasa di hati masam-masam manis
Rindu asmara

Kanda ku jangan nangis
Hilang rupa lawa
Timbul rupa naga

Kalau hidup tak begurau senda
Hilang nikmat cinta
Bila rindu mendebarkan dada
Tahan nafas sahaja

Kalau hidup tak bergurau senda
Hilang nikmat cinta
Bila rindu mendebarkan dada
Sembunyi bawah tangga

Thursday, July 28, 2011

Ronda-Ronda di Pantai Batu Burok

Pantai Batu Burok



Hari last di Kuala Terengganu sempatlah jugak jalan-jalan menyusuri Pantai Batu Burok berjalan kaki dari Hotel Tanjong Vista sampailah ke Batu Burok Beach Resort lebih kurang 3-4km pergi balik. So, snip-snap gambar candid je lah. Ada aweks mintak tolong ambik gambar dorang dengan kamera dorangl 1,2,3 snap! sekali lagi 1,2,3 snap! sekali lagi kamera aku pulak hehehe. Ada sekumpulan lelaki pun mintak ambikkan gambar dorang.. Yang ni dorang nak aku ambik guna kamera aku haha..

Sebelum balik hotel, sempat le makan Nasi Goreng Batu Burok di Batu Burok Beach Resort dan berkenalan dengan salah seorang pekerja kat situ yang bernama Shidah. Kecik molek, comel, manis dan orangnya putih melepak hehe.. So, masa bayar makan tu aku ambik le gambo dia hehehe.. Okeh. Esok gambar kat Kelantan pulak.. Letih giler ni. Adios amigos. Carpe manana!



Pantai Batu Burok



Pantai Batu Burok



Pantai Batu Burok



Pantai Batu Burok



Pantai Batu Burok



Pantai Batu Burok



Shidah



Felix



Pantai Batu Burok



Pantai Batu Burok



Pantai Batu Burok



Primula Beach Hotel

Tuesday, July 26, 2011

Ronda-Ronda di Kuala Terengganu

DSC07686



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selepas Mersing, destinasi seterusnya ialah Kuala Terengganu kali ini 5 malam iaitu dari 18-23 Julai 2011. Cuaca di KT sangatlah panas. Ini kali ke berapa ntah aku ke KT aku pun tak ingat. Cuma first time menginap di Hotel Tanjong Vista. Hotel ni memang best! Primula dah, Batu Burok Beach Resort pun dah, Mingstar pun pernah dan Mid Town Hotel pun pernah. Grand Con je tak pernah duduk lagi hehe.. Tu pun sebab kerja punya pasal.. 

So, aku berkesempatan untuk meronda-ronda di bandar Kuala Terengganu dan ambik apa je gambar yang aku sempat nak ambik. Bila tengok bot tambang kat Jeti Shahbandar, teringat ngan Pak Tambang di tebingan sungai Kuching. Terengganu memang unik.. Makanan dia.. Kain songket tenun dia.. Batik dia.. Orang dia.. Opps! Hehe.. Semuanya memang kelass! Terengganu banyak tempat chantek-chantek. Aku gi lagi Masjid Kristal, gi ala-ala iCity kat waterfront dia tapi sayang tak dan nak ambik gambar. :P

Aku akui orang Terengganu ni lawa-lawa ler.. Bak kata kawan aku, hidung tajam boleh patuk-patuk orang hehehe.. Kulit putih sokmo.. Manis-manis je orang Ganu ni. Nak wat macamane kan.. Aku punya great-great-great grandfather pun asal Terengganu.. Opppss!! Pecah lobang haha.. Yupp.. memang asal dari Terengganu.. Then dia kawen ngan orang Sarawak sampailah keturunan aku yang ke berapa entah ni hehehe... Okeh sebelum aku lebih melalut wahai blog, biar kita berhenti dulu di sini. Esok nak up gambar kat Pantai Batu Burok pulak hehe.. Adios amigos.. Carpe manana!



Hentian Shahbandar



DSC07378



DSC07392



Durians!



Shahbandar



Pasar Payang



Jeti Shahbandar



DSC07674

Sunday, April 24, 2011

Aku dan Dia..

Celcom 3G Video Call



Gambar ini diambil di Pantai Batu Burok dan kawasan-kawasan di sekitar Kuala Terengganu sewaktu bekerja luar di sana pada 27 Julai - 17 Ogos 2009 menggunakan kamera Sony a700 dengan lens 18-250mm. Banyak kenangan di sini. Kadang-kadang hanya dengan bersiar-siar kat pantai pun masalah kerja boleh terlupa kejap hehe.. Aku suka dia. Siapa dia? Dia ialah awan.. dia adalah bulan.. dia adalah pantai.. dia adalah matahari.. dia ialah ??? ;) (adalah ex kameraku Sony a700)



Bersama



I Miss You



Bulan Kacak



Terang Bulan



Pantai Batu Burok



Haaa.. Onggon!



Terbang Tinggi

{ My Popular Posts }