Showing posts with label bulan. Show all posts
Showing posts with label bulan. Show all posts

Tuesday, May 8, 2012

Fenomena Super Moon?


Bulan 3
Sony NEX-5N +  DT 18 - 250mm F3.5 - 6.3

Dua hari lepas di luar negara ada fenomena "Super Moon", iaitu bulan berada dekat dengan bumi dan saiznya kelihatan lebih besar berbanding kebiasaan. Saya mejenguk ke luar rumah dan mendapati bulan sedang bulat cantik berseri. Sayangnya lens Sony 18-250mm ada pada kawan. So pabila kawan dah pulangkan lens semalam, apalagi terus aktiviti menembak bapak bulan ehekk.. Kalau anak bulan, bulan sabit, so bulan yang besar ni saya panggil bapak bulan. Hanya dua hari tertinggal bulan dah tak bulat sepenuhnya.

Maka dua kamera digunakan untuk mengambil gambar bulan iaitu Sony NEX-5N (CMOS sensor) dan Sony a300 (CCD) menggunakan setting yang hampir sama, lens yang sama. Hasilnya, kamera NEX-5N memang menghasilkan gambar yang lebih jelas, kurang noise (bintik-bintik). Sekali lagi, kamera Sony NEX-5N menang!

Bulan 2
Sony NEX-5N +  DT 18 - 250mm F3.5 - 6.3  |  2 shot digabungkan menjadi 1

Bulan 1
Sony a300 +  DT 18 - 250mm F3.5 - 6.3

{ My Popular Posts }