Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts

Tuesday, January 24, 2012

Ladang Ternakan Lembu Tenusu di Kundasang, Sabah

Desa Dairy Farm



1. Assalamualaikum dan salam 1Malaysia. Jikalau berkunjung ke Kundasang jangan lupa untuk singgah ke ladang ternakan lembu tenusu yang terbesar di negeri Sabah iaitu Desa Dairy Farm. Tempat ini berkeluasan 199 hektar hanya 30 minit perjalanan dari Taman Negara Gunung Kinabalu. Kehijauan yang merentasi pemandangan di situ cukup memukau sehinggakan ada yang berasa seolah-olah berada di ladang ternakan lembu tenusu di New Zealand. Kelas kau Mariaaa!

2. Tempat ini dibuka kepada pengunjung pada setiap hari dari jam 7.30 pagi hingga 5 petang. Setiap pengunjung hanya dikenakan bayaran sebanyak RM3 sahaja. Pada setiap jam 3 petang, sesi memerah susu lembu akan diadakan dan boleh disaksikan oleh pengunjung.

3. Bayangkan ini adalah kali ke berapa ntah (rasanya ke-5 kot) ke sini, baru kali ini aku berkesempatan untuk singgah ke sini. Pendapat aku, memang best, suasana yang dingin, pemandangan yang cantik, sangat sesuai untuk makan angin bersama keluarga atau ehem-ehem tersayang. Jangan kedekut untuk mengambil gambar sebanyak yang mungkin untuk kenangan sebab bukan selalu dapat ke sini kan..

4. Semasa kunjungan aku and the gang kat sini, lembu-lembu malu-malu kucing berkumpul nun jauh kat tengah padang ragut. Kebetulan pulak aku hanya bawak lens ultra wide angle, zoom lens tertinggal kat kereta nak patah balik nak ambik malas haha.. Nasihat aku, jangan lupa shoot panorama atau main HDR.. aku sendiri lupa daaa..

5. Itu sahaja untuk kali ini, sehingga berjumpa lagi dalam entry akan datang. Wassalam. Carpe manana! ;)



Desa Dairy Farm



Desa Dairy Farm



Desa Dairy Farm



Desa Dairy Farm



Desa Dairy Farm



Desa Dairy Farm



Desa Dairy Farm

Tuesday, December 27, 2011

Makan-Makan Kat Putrajaya Sambil Tengok View Lawa

Kelab Tasik Putrajaya | HDR



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Rasa cam tak puas bercutikan? So cuti korang pergi mana? Aku just jalan-jalan kat Putrajaya je tu pun jalan-jalan carik makan sebenarnya. Memula singgah kat Putrajaya Seafood Restaurant ngam-ngam jam 2.30pm restoran tu nak tutup lah pulak. Tengok menu kat situ memang harga boleh pengsan. Nasik goreng pun dah rm15 belum lagi yang udang masak tepung sampai rm7/100gram. Sib baik dah nak tutup so bolehlah cover sikit aku nak blah dari situ haha..

Pastu pergi carik makan kat Kelab Tasik Putrajaya.. Alah tempat yang orang main kayak tu betul-betul kat belakang bangunan Pusat Pentadbiran Putrajaya. Situ makanan dia boleh tahan mahalnya tapi berbaloilah jugak dengan pemandangan yang lawa mengadap tasik. Kat situ ada kemudahan surau so sebab tu akhirnya aku memilih untuk makan kat situ. Hanya kerana nak jalan-jalan cari makanlah aku sempat ambik beberapa shot ni. Kalau tak, pergi Putrajaya jarang nak ambik-ambik gambar macam ni. Sekurang-kurangnya sape yang baca blog ni tau le port tang mana nak ambik shot yang lebih cantik dari shot yang aku ambik ni kan? So, itu sahaja dahulu untuk hari ini sebelum nak wat entry esok tentang gambar semasa di Darul Quran di Kuala Kubu Bharu minggu lepas. InsyaAllah. Adios amigos. Carpe manana!  :)



Sweep Panorama



Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah



Pusat Pentadbiran Putrajaya



Masjid Putrajaya

{ My Popular Posts }