Showing posts with label tagal. Show all posts
Showing posts with label tagal. Show all posts

Tuesday, February 7, 2012

Ikan Spa di Sungai Moroli, Kampung Luanti Baru, Ranau 2010

DSC02414



1. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ini adalah gambar arkib yang dirakam pada 24 Jun 2010 dan pernah disiarkan dalam blog ini namun terpadam oleh penggodam pada tahun lepas. Ya, aku guna istilah "ter"padam. So, kasi up semula untuk kenangan. Gambar dirakam menggunakan kamera dslr Sony a700. Tuhan je yang tahu betapa aku sangat sayangkan kamera ni sebelum aku bertukar ke Sony a77. Kang aku beli Sony a900 baru tau :P

2. Kalau kita bandingkan kamera a700 dengan a77, entah apsal plak aku rasa gambar a700 lagi sedap lagi rangup.. Cuba bayangkan, kamera Sony DSLR a700 + Sony 18-250mm lebih cantik berbanding Sony DSLT a77 + Carl Zeiss 16-80mm??? Ini menunjukkan kamera dan lens mahal (kira CZ mahal lah) tidak menyebabkan gambar kita jadi cantik. Bak kata masta terkenal Sony iaitu enchek Shaiful Zamri, "maksimakan apa yang di tangan, bukan apa yang di angan.."

2. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang tempat ni, sila klik versi 2011 di sini: Cuti-Cuti Sabah: Sungai Moroli, Kg. Luanti Baru, Ranau 2011



DSC02354



DSC02429



DSC02387



DSC02425



DSC02440



DSC02418



DSC02411

Cuti-Cuti Sabah: Sungai Moroli, Kg. Luanti Baru, Ranau 2011

Tagal Sungai Moroli



1. Assalamualaikum dan salam 1Malaysia. Betapa super-duper pemalasnya nak update blog kebelakangan ni. Ikutkan hati nak tutup terus je blog ni. Tapi bila difikirkan balik berapa kali nak bukak-tutup blog? So, biarlah.. Lagipun tema blog dah bertukar jadi sekadar coretan tentang jalan-jalan cuti-cuti Malaysia. Tiada lagi kidungmu, eh maksudnya, tiada lagi cerita-ceriti yang bersifat peribadi. Kalau ada pun sikit-sikit je.. ehekk.. Dah x kisah orang nak cakap apa.. Belog aku, aku punya belog lah.. (pinjam ayat masta blogger otai)..

2. Gambar-gambar ini dirakam menggunakan Sony SLT-A77. Minor editing sebab sekarang ni kalau boleh nak kasi 0% editing kononnya. Al-maklumlah bila dah pindah ofis baru, bukan sebab sibuk dengan kerja semata-mata, tapi badan letih berulang-alik ke Putrajaya. Biasanya sampai rumah dan lagi nak pilih-pilih gambar untuk diedit tapi sekarang masa untuk flickr dan blog agak kureng.

3. Berbalik pada gambar. Jikalau ke Ranau tak lengkap rasanya cuti-cuti Sabah anda kalau tidak singgah ke Tagal Sungai Moroli yang terletak di Kampung Luanti Baru di Ranau ini. Tagal dalam bahasa Kadazan Dusun bermaksud "dilarang memancing", tak boleh tangkap ikanlah tu

4. Nak bermesra-mesraan dengan ikan kat sini kena bayar. Tiket berharga RM5 untuk orang dewasa, dan RM2 untuk kanak-kanak. Untuk makanan ikan pula harganya adalah dalam RM1-RM3 kalau tak silap. Kalau ramai pengunjung, kita kena ikut giliran, duduk tunggu nombor kita dipanggil. Bila nombor kita dipanggil, kita hanya ada masa dalam 15 minit sahaja untuk bermain-main dengan ikan. Adalah dilarang sama sekali untuk mengocak-ngocakkan air atau menangkap ikan.

5. Ramai yang takut-takut dan geli-geleman bila ikan datang ambush kat kaki. Jangan risau, ikan-ikan ni nampak je besar, tapi bukannya ikan pirana. Ikan apa entah ler sebab aku buta nama ikan-ikan ni. Cara yang betul ialah dengan menggenggam makanan ikan dalam tangan dan merendamkan tangan anda sehingga ikan datang "menyedut" tangan anda. Tu baru betul.. Kalau kena sedut, jangan kasi lepas.. Takpe, beberapa jam lagi aku publish gambar Sungai Moroli tahun 2010 pulak. Untuk yang versi 2010, barulah nampak jelas akan ikan-ikan itu "menyedut".. :P



Tagal Sungai Moroli



Tagal Sungai Moroli



Tagal Sungai Moroli



Tagal Sungai Moroli



Tagal Sungai Moroli



Tagal Sungai Moroli



Tagal Sungai Moroli

{ My Popular Posts }