Showing posts with label Kuantan. Show all posts
Showing posts with label Kuantan. Show all posts

Sunday, December 13, 2015

JOM MAKAN-MAKAN RESTORAN MABIQ DI KUANTAN

Daging Salai Masak Kicap + Sayur + Tempoyak Petai Ikan Bilis + Ikan Pekasam = RM8.00


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kali ini saya ingin bercerita mengenai Restoran MABIQ yang terletak di Kuantan, Pahang. Tidak semua orang tahu mengenai "lokasi rahsia" restoran ini waima orang Kuantan sendiri sekali pun. Saya sendiri kerap kali turun ke Kuantan atas urusan kerja bertahun-tahun lamanya namun tidak sedar akan kewujudan restoran sangat istimewa ini. Kalau dah sekali datang ke sini, anda akan rasa nak datang lagi dan lagi dan lagi.

Pelbagai menu di sini hingga tak tahu nak makan apa..


MABIQ adalah singkatan kepada "Maahad Bahasa dan Ilmu Al-Quran" yang merupakan sebuah Maahad Tahfiz persendirian yang berkonsepkan pendidikan kebajikan untuk anak yatim dan fakir miskin. Ianya diasaskan oleh Ustaz Jamaluddin di atas tanah beliau sendiri yang berukuran kurang suku ekar di Kg Peramu, Kuantan. Walau bagaimanapun, segala perbelanjaan pendidikan dan makan minum para pelajar ditanggung sepenuhnya oleh pihak MABIQ hasil daripada sumbangan derma ikhlas orang ramai dan juga hasil jualan daripada Restoran MABIQ itu sendiri. Secara ringkasnya, setiap kali anda makan di sini, sebenarnya anda telah membantu meningkatkan ekonomi pihak MABIQ.

Ikan patin ini hanya berharga RM2.00 satu


Apakah yang isitimewa sangat makan di sini? Antara menu utama yang popular di sini ialah Daging Salai Goreng Kicap, Daging Salai Masak Lemak Cili Api, Paeh Patin, Patin Masak Tempoyak, Sambal Hitam, Gulai Lemak Rebung Perut dan banyak lagi. Itu baru sikit menu yang saya senaraikan. Saya akui bahawa kesemua menu yang disebutkan tadi adalah lazat-lazat belaka. Saya berani kata bertaraf 5 bintang! Bayangkan saya dan kawan-kawan seramai lima orang makan di sini dan kelima-lima kami sebulat suara mengakui lauk-pauk yang ada di sini memang tip-tiop dan sangat sedap hingga menjilat jari.

Orang ramai yang berkunjung ke sini tdak putus-putus..


Seperti yang saya maklumkan tadi, tempat ini sangat tersorok. Jika anda hendak datang makan-makan di sini, sebagai panduan, dari bandar Kuantan kena melalui Tanjung Lumpur (yang ada gerai-gerai makan yang banyak tepi jalan sebelah kiri) teruskan ke depan sikit lagi akan nampak papan tanda sebesar skrin komputer belah kiri tertera perkataan MABIQ bersamaan simpang ke Yayasan Pahang. Nampak sahaja papan tanda tersebut terus masuk kiri dan masuk dalam lagi lebih kurang 3-5 minit. Nampak sahaja kereta banyak parking di situ maka itulah MABIQ.

Antara menu istimewa di sini iaitu Paeh Patin (ikan patin yang 'di-paeh' bersama tempoyak) berharga RM7.00


Paeh Patin sungguh memikat selera..


Restoran MABIQ beroperasi dari pukul 11 pagi hingga 4 petang dari hari Ahad hingga Khamis sahaja. Jadi, jika anda berkunjung ke Kuantan, pastikan anda tidak melepaskan peluang merasa masakan mereka yang menjadi bualan mereka-mereka yang pernah makan di situ. Sedap, lazat dan semestinya halal.

Restoran MABIQ

Friday, March 16, 2012

Ketaq Lutut Aku kat Bukit Gambang Resort City

DSC04932x



Pada 13 hingga 15 Mac 2012 baru-baru ini aku seorang lagi kawan aku iaitu si Felix secara sukarela menawarkan diri untuk menggantikan orang lain yang tidak dapat hadir berkursus. Kursus kali ini ialah Kursus Asas Bahasa Inggeris yang diadakan di Bukit Gambang Resort City, Kuantan lebih kurang 4-5 jam perjalanan dari Kuala Lumpur dan hanya 30 minit dari bandar Kuantan. Kursus kali ini dikendalikan oleh pakar dari Stoke Hill Management Master iaitu Puan Jamaliah Mohamed [(MBA (UK), G.CIM (UK), International Trainer, Dale Carnegie (US)] atau dipanggil dengan nama manja "Jam".. yesss.. thats the way we jam hehe..  Syarikat tersebut mempunyai wakil pejabat di UK dan Amerika Syarikat.

Apa yang menarik tentang kursus kali ini ialah cara pembelajaran agak berbeza dengan kursus-kursus bahasa Inggeris yang pernah aku pergi. Pembetulan, mungkin tak sesuai guna perkataan "pembelajaran", yang sepatutnya lebih tepat ialah cara "berseronok" dengan bahasa Inggeris. Terus-terang aku katakan bahawa sepanjang kursus ni berlangsung memang nebes giler.. Dup-dap dup-dap berdebar-debar dada.. Manakan tidaknya, asal start je kursus, mesti sorang-sorang wajibul-ghunnah ke depan. Tapi kan, memang berkesan.. Walaupun bahasa Inggeris aku masih tunggang-langgang, keyakinan tu bertambah ler jugak kan.

Disebalik semua keseronokan tadi, yang paling seronok dua ronok antara semua ronok-ronok itu ialah pasal makanan kat Bukit Gambang Resort City ni.. Saujana mata memandang dari hujung ke hujung luasnya makanan disediakan seluas setengah padang bola kot. Dari makanan tempatan hingga ke makanan barat pun ada. Udang, sotong, kambing, ayam, ikan, semuanya ada kucing je takde.. hehehe.. Makanan kat sini memang terbaik! Aku sendiri pun tak habis round nak makan. Orang Sarawak cakap "sik terkaber ku koh!" - tak larat nak makan semua.

Pasal benda lain macam funfair, taman tema, paint ball ape semua jangan tanya sebab aku memang tak berpeluang nak try semua tu masa berkursus kat Gambang. Lagipun asyik hujan je tu yang malas nak beraktiviti luar. So, sehingga berjumpa lagi. Adios amigos, carpe mana wassalam!

P/s: Semua gambar diambil menggunakan Sony NEX-5 dengan lens 16mm f2.8  dan flash tak bawak. NEX kali ini agak mengecewakan. Adakah sebab aku yang nebes masa ambik gambar atau?? Mungkin abang dia a57 nak datang kot.. Larikkk!!



DSC04756



DSC04768



DSC04760



DSC04907



DSC04853



DSC04849



DSC04777



DSC04808



DSC04924



DSC04788



DSC04938

{ My Popular Posts }