Showing posts with label Sony NEX-5. Show all posts
Showing posts with label Sony NEX-5. Show all posts

Thursday, April 19, 2012

Barangan Second Hand di Rengit, Johor

DSC04973



Pada 30 Mac 2012 yang lalu saya berkesempatan untuk singgah di Kampung Orang Asli Bumiputra Dalam yang terletak di Rengit, Batu Pahat, Johor. Apa yang menarik kat sini? Kat sini banyakkkkk barangan second hand seperti barangan elektrik, perabot kayu, permainan kanak-kanak, dan pelbagai macam lagi. Macam iklan dalam Astro "Macham-macham adaaa!". Bayangkan mesin basuh automatik hanya berharga serendah RM150.. Wow! Peti ais besar dua pintu serendah rm200.. Wowwie! Katil bayi dan basikal untuk budak-budak serendah RM50 sahaja.. Wowwie Junior Juice!!! Rambang mata dibuatnya..

Kebanyakan peniaga di sini adalah dari kaum Orang Asli beragama Islam. Anda dinasihatkan datang ke sini hanya dengan memakai selipar sebab setiap kedai anda kena buka kasut dan satu lagi cuaca sangat panassss.. Bagi pecinta barangan kayu jati dan sebagainya, barangan perabot kayu yang baru pun ada dijual di sini pada harga yang berpatutan..



DSC05009



DSC04985



DSC05020



DSC05064



DSC05051



DSC05046



DSC05063



DSC05016



DSC04977



DSC05013



DSC04982



DSC05066

Sunday, March 18, 2012

Cameron Highlands Part 5

DSC04394



Salam sejahtera. Kalau dah pergi ke Cameron Highlands, jangan lupa jalan-jalan ke Brinchang. Jaraknya hanyalah  5km dari Tanah Rata. Untuk info, Brinchang ialah sebuah bandar terbesar di daerah Cameron Highlands di negeri Pahang. Ia merupakan bandar pelancongan kedua selepas Tanah Rata. Salah satu daya tarikannya ialah pasar malam yang diadakan semasa hujung minggu dan cuti sekolah Malaysia, di mana banyak gerai sayur-sayuran dan makanan terdapat di sini. Bahkan gerai-gerai cenderamata dan bunga-bungaan juga banyak dijual dengan harga yang murah dan menarik. Lepas ni entry terakhir tentang Cameron Highlands.. Ade lah sikit gambar kat Ladang Teh kot.. InsyaAllah.. :)

* Gambar masih lagi diambil menggunakan kamera Sony NEX-5 + lens 16mm f2.8



DSC04385



DSC04384



DSC04380



DSC04374



DSC04382



DSC04378



DSC04370



DSC04356



DSC04352



DSC04354

Friday, March 16, 2012

Ketaq Lutut Aku kat Bukit Gambang Resort City

DSC04932x



Pada 13 hingga 15 Mac 2012 baru-baru ini aku seorang lagi kawan aku iaitu si Felix secara sukarela menawarkan diri untuk menggantikan orang lain yang tidak dapat hadir berkursus. Kursus kali ini ialah Kursus Asas Bahasa Inggeris yang diadakan di Bukit Gambang Resort City, Kuantan lebih kurang 4-5 jam perjalanan dari Kuala Lumpur dan hanya 30 minit dari bandar Kuantan. Kursus kali ini dikendalikan oleh pakar dari Stoke Hill Management Master iaitu Puan Jamaliah Mohamed [(MBA (UK), G.CIM (UK), International Trainer, Dale Carnegie (US)] atau dipanggil dengan nama manja "Jam".. yesss.. thats the way we jam hehe..  Syarikat tersebut mempunyai wakil pejabat di UK dan Amerika Syarikat.

Apa yang menarik tentang kursus kali ini ialah cara pembelajaran agak berbeza dengan kursus-kursus bahasa Inggeris yang pernah aku pergi. Pembetulan, mungkin tak sesuai guna perkataan "pembelajaran", yang sepatutnya lebih tepat ialah cara "berseronok" dengan bahasa Inggeris. Terus-terang aku katakan bahawa sepanjang kursus ni berlangsung memang nebes giler.. Dup-dap dup-dap berdebar-debar dada.. Manakan tidaknya, asal start je kursus, mesti sorang-sorang wajibul-ghunnah ke depan. Tapi kan, memang berkesan.. Walaupun bahasa Inggeris aku masih tunggang-langgang, keyakinan tu bertambah ler jugak kan.

Disebalik semua keseronokan tadi, yang paling seronok dua ronok antara semua ronok-ronok itu ialah pasal makanan kat Bukit Gambang Resort City ni.. Saujana mata memandang dari hujung ke hujung luasnya makanan disediakan seluas setengah padang bola kot. Dari makanan tempatan hingga ke makanan barat pun ada. Udang, sotong, kambing, ayam, ikan, semuanya ada kucing je takde.. hehehe.. Makanan kat sini memang terbaik! Aku sendiri pun tak habis round nak makan. Orang Sarawak cakap "sik terkaber ku koh!" - tak larat nak makan semua.

Pasal benda lain macam funfair, taman tema, paint ball ape semua jangan tanya sebab aku memang tak berpeluang nak try semua tu masa berkursus kat Gambang. Lagipun asyik hujan je tu yang malas nak beraktiviti luar. So, sehingga berjumpa lagi. Adios amigos, carpe mana wassalam!

P/s: Semua gambar diambil menggunakan Sony NEX-5 dengan lens 16mm f2.8  dan flash tak bawak. NEX kali ini agak mengecewakan. Adakah sebab aku yang nebes masa ambik gambar atau?? Mungkin abang dia a57 nak datang kot.. Larikkk!!



DSC04756



DSC04768



DSC04760



DSC04907



DSC04853



DSC04849



DSC04777



DSC04808



DSC04924



DSC04788



DSC04938

Tuesday, March 13, 2012

Cameron Highlands Part 4

DSC04523



Assalamualaikum dan salam 1Malaysia. Sambungan gambar macro di Heritage Hotel, Tanah Rata, Tanah Tinggi Cameron, Pahang. Gambar-gambar diambil menggunakan kamera Sony NEX-5 dengan lens Sony 30mm f2.8 macro. Semakin hari semakin sayang dengan kamera cinonet ni. Kamera NEX menggunakan sensor yang sama seperti kamera DSLR/DSLT. Cuma badannya sahaja dikecilkan dan menjadikannya ringan dan mudah untuk dibawa ke mana-mana. Kadang-kadang aku tak suka sebab focusing dia tak sehebat kamera DSLT. Tapi tak apa.. Kamera ini adalah untuk orang-orang yang penyabar macam aku.. hehehe..

Ok, itu sahaja untuk kali ini. Semasa entry ini dibuat, aku sedang dalam perjalanan ke Bukit Gambang Resort City di Kuantan Pahang untuk menghadiri kursus selama 3 hari. Harap-harap ada gambar yang menarik yang boleh aku kongsikan bersama kelak. Adios amigo, carpe manana. Wassalam.



DSC04471



DSC04491



DSC04475



DSC04483

Thursday, March 8, 2012

Najib Umum Batal SBPA dan Kembali ke SSM

Najib Umum Batal SBPA, Kembali Kepada SSM



Hari ini YAB PM telah mengumumkan bahawa SBPA telah dimansuhkan dan kembali menggunapakai SSM. Di bawah SSM juga banyak penambahbaikan akan dilakukan. Penjawat awam yang sudah "terikat" dengan SBPA kini pasti merasa lega dengan pengumuman itu tadi. Terima kasih kepada PM dan terima kasih kepada presiden CUEPACS Dato' Haji Omar Osman di atas keprihatinan mereka.

Berhubung dengan pelarasan gaji , berikut adalah keputusan yang telah diumumkan:

1. Kenaikan 13 peratus bagi kumpulan pengurusan, profesional dan pelaksana dari gred 1 hingga 54.
2. Kenaikan 9 peratus untuk gred utama kumpulan JUSA C, B dan A.
3. Kenaikan 8 peratus untuk turus 3 dan 2.
4. Kenaikan 7 peratus untuk turus 1 dan ketua setiausaha.

Diharap semoga semua penjawat awam bekerja lebih gigih lagi bagi memacu sektor awam ke arah transformasi kerajaan untuk menjayakan wawasan 2020 cheewah!

"PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang sepatutnya berkuatkuasa pada 1 Jan 2012 dibatalkan dan mengekalkan Skim Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik. 
Perdana Menteri juga mengumumkan penubuhan sebuah suruhanjaya untuk mengkaji secara komprehensif sistem saraan untuk penjawat pada masa depan. 
Beliau juga mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54, bagi Kumpulan Gred Utama C,B,A (sembilan peratus), Gred Turus 3 dan 2 (lapan peratus) dan Gred Turus Satu dan Ketua Setiausaha Negara (tujuh peratus). 
Najib juga mengumumkan jadual gaji matriks yang dilaksanakan sekarang diubahsuai kepada gaji minimum-maksimum dengan kadar kenaikan RM80-RM320 bagi Gred 1-54 manakala gred bagi Jusa kekal mengikut kenaikan tahunan SSM. 
Bagi Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA), Najib mengumumkan kenaikan kepada RM250 sebulan dari RM200 bagi kawasan B manakala bagi kawasan C dinaikkan kepada RM150 daripada RM100. 
Najib membuat pengumuman itu pada perhimpunan khas bersama penjawat awam di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini. – BERNAMA"


Najib Umum Batal SBPA, Kembali Kepada SSM



Najib Umum Batal SBPA, Kembali Kepada SSM



Najib Umum Batal SBPA, Kembali Kepada SSM



Najib Umum Batal SBPA, Kembali Kepada SSM



Najib Umum Batal SBPA, Kembali Kepada SSM



Najib Umum Batal SBPA, Kembali Kepada SSM

Tuesday, February 28, 2012

Cameron Highlands Part 2

DSC04272



1. Assalamualaikum dan salam 1Malaysia. Berikut adalah beberapa gambar yang diambil sepanjang berada di Heritage Hotel yang terletak di Tanah Rata, Cameron Highland sempena menghadiri Bengkel Sasaran Kerja Tahunan 2012 dan Team Building 1Hati-1Destinasi pada 24-26 Feb 2012 baru-baru ini. Bengkel ini adalah anjuran Bahagian Dasar Perancangan Strategik (Penerangan), Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

2. Semua gambar dirakam menggunakan kamera Sony NEX-5 (i love u!) kecuali group photo menggunakan kamera Sony a550. Ini adalah kali kedua aku menjejakkan kaki ke sini semenjak kedatangan kali terakhir pada tahun 2007. Sejuk? Sejuklah jugak walaupun sejuk 10 tahun dulu mana nak sama dengan sejuk sekarang. Kalau time hujan lagilah sejuk. Pagi buta dan malam pun sejukkkkk...

3. Tak dinafikan di Cameron Highlands ada banyak tempat menarik untuk dikunjungi. Nak tau lebih lanjut kena tunggu entry seterusnya. Penat.. Penat-penat pun sempat jugak main star trails hehe.. Cobaan tak menjadi sangat.. Takpe.. Lain kali boleh try lagi :P



DSC04080



DSC04177



DSC04081



DSC04079



_DSC1810



DSC04211

{ My Popular Posts }