Showing posts with label sony nex. Show all posts
Showing posts with label sony nex. Show all posts

Sunday, March 18, 2012

Cameron Highlands Part 5

DSC04394



Salam sejahtera. Kalau dah pergi ke Cameron Highlands, jangan lupa jalan-jalan ke Brinchang. Jaraknya hanyalah  5km dari Tanah Rata. Untuk info, Brinchang ialah sebuah bandar terbesar di daerah Cameron Highlands di negeri Pahang. Ia merupakan bandar pelancongan kedua selepas Tanah Rata. Salah satu daya tarikannya ialah pasar malam yang diadakan semasa hujung minggu dan cuti sekolah Malaysia, di mana banyak gerai sayur-sayuran dan makanan terdapat di sini. Bahkan gerai-gerai cenderamata dan bunga-bungaan juga banyak dijual dengan harga yang murah dan menarik. Lepas ni entry terakhir tentang Cameron Highlands.. Ade lah sikit gambar kat Ladang Teh kot.. InsyaAllah.. :)

* Gambar masih lagi diambil menggunakan kamera Sony NEX-5 + lens 16mm f2.8



DSC04385



DSC04384



DSC04380



DSC04374



DSC04382



DSC04378



DSC04370



DSC04356



DSC04352



DSC04354

Tuesday, May 17, 2011

Kamera Sony NEX3/5 ~ Part 2

Sony VCL-ECU1 Ultra Wide Adapter



Sorry skema sikit, ehekkk.. Kali ini aku nak ulas sikit pasal Sony VCL-ECU1 Ultra Wide Adapter dari kacamata seorang amatur jalanan seperti aku ni. Gambar-Gambar berikut diambik menggunakan Sony NEX-5 dengan lens 16mm f2.8 bersama dengan VCL-ECU1 Ultra Wide Adapter manakala gambar yang kedua diambik menggunakan iPhone 3GS. Ok, adapter ini menambah keluasan gambar sebanyak 0.75 kali atau menjadikan lens 16mm tadi menjadi 12mm (dari wide angle menjadi ultra wide angle). Harga adapter ini ialah RM399.00 dan boleh didapati di mana-mana Sony Centre berdekatan.



Sony NEX-5 with VCL-ECU1 Ultra Wide Adapter



Gambar berikut mempunyai dua gambar yang berbeza yang mana sebelah atas tanpa adapter dan sebelah bawah pulak adalah menggunakan adapter tersebut. Kebetulan hari ni hujan, so aku tak dapat nak test gambar-gambar landscape di luar. Bagi akulah kan, adapter ni diperlukan jika korang suka ambik gambar-gambar pemandangan (landscape photography) sebab adapter ni sesuai digunakan untuk landscape photography atau di dalam ruang kawasan yang sempit untuk mendapatkan view yang lebih luas seperti di dalam rumah (pelamin pengantin dll). Esok mungkin ulasan terakhir aku tentang kamera ini beserta dengan harga pasaran sekarang dan sedikit ulasan dari segi kualiti gambar. InsyaAllah.



Sony NEX-5 with VCL-ECU1 Ultra Wide Adapter




Sony NEX-5 with VCL-ECU1 Ultra Wide Adapter




Sony NEX-5 with VCL-ECU1 Ultra Wide Adapter




Sony NEX-5 with VCL-ECU1 Ultra Wide Adapter


(,")  (",) eh.. ada gambar aku dalam satu gambar tu kekekeke..

{ My Popular Posts }