Tuesday, May 17, 2011

Kamera Sony NEX3/5 ~ Part 2

Sony VCL-ECU1 Ultra Wide Adapter



Sorry skema sikit, ehekkk.. Kali ini aku nak ulas sikit pasal Sony VCL-ECU1 Ultra Wide Adapter dari kacamata seorang amatur jalanan seperti aku ni. Gambar-Gambar berikut diambik menggunakan Sony NEX-5 dengan lens 16mm f2.8 bersama dengan VCL-ECU1 Ultra Wide Adapter manakala gambar yang kedua diambik menggunakan iPhone 3GS. Ok, adapter ini menambah keluasan gambar sebanyak 0.75 kali atau menjadikan lens 16mm tadi menjadi 12mm (dari wide angle menjadi ultra wide angle). Harga adapter ini ialah RM399.00 dan boleh didapati di mana-mana Sony Centre berdekatan.



Sony NEX-5 with VCL-ECU1 Ultra Wide Adapter



Gambar berikut mempunyai dua gambar yang berbeza yang mana sebelah atas tanpa adapter dan sebelah bawah pulak adalah menggunakan adapter tersebut. Kebetulan hari ni hujan, so aku tak dapat nak test gambar-gambar landscape di luar. Bagi akulah kan, adapter ni diperlukan jika korang suka ambik gambar-gambar pemandangan (landscape photography) sebab adapter ni sesuai digunakan untuk landscape photography atau di dalam ruang kawasan yang sempit untuk mendapatkan view yang lebih luas seperti di dalam rumah (pelamin pengantin dll). Esok mungkin ulasan terakhir aku tentang kamera ini beserta dengan harga pasaran sekarang dan sedikit ulasan dari segi kualiti gambar. InsyaAllah.



Sony NEX-5 with VCL-ECU1 Ultra Wide Adapter




Sony NEX-5 with VCL-ECU1 Ultra Wide Adapter




Sony NEX-5 with VCL-ECU1 Ultra Wide Adapter




Sony NEX-5 with VCL-ECU1 Ultra Wide Adapter


(,")  (",) eh.. ada gambar aku dalam satu gambar tu kekekeke..

9 comments:

  1. wallaaa! dah da 'chenta' baru yo ;P
    hitam itu menawan gitu hihi..
    looking forward ur next review bro :)

    ReplyDelete
  2. @[tErOmPaH bIrU].. hehe review cincai jak ya hehehehe.. Aok hitam itu menawan :)

    ReplyDelete
  3. Uishh.. Dah beli la duhal.. Mbak outing d kuching gik kelak...

    ReplyDelete
  4. Kalau dah minat dan pandai rasa puas dan berbaloi utk mendapat dan menggunakannya...

    Kakak cari mana satu khairul dlm gambar? Tak dapat carilah....:)

    ReplyDelete
  5. @KakZakie... ade kak klu akak tengok betul2 gambar tu hehehe..

    ReplyDelete
  6. Hehehe ada muka kantoi!
    Teruja menery kamera kan...

    ReplyDelete

Terima kasih ;)

{ My Popular Posts }