Friday, May 20, 2011

Cinta Kejam, Tamak dan Sombong

143



Kenapa kerana cinta manusia sanggup menjadi kejam, tamak dan sombong? Bukankah fitrah semulajadi manusia itu ialah ingin mencintai dan ingin dicintai? Kenapa harus berdendam dan mengapa harus ada benci? Jawapannya ialah kerana mementingkan diri sendiri! Mahu orang lain memahami sedangkan dia sendiri tidak memahami orang lain.

Ada pelbgai jenis cinta.. Cinta monyet, cinta terpaksa, cinta kesian, cinta murahan, cinta setia, cinta PJJ, cinta dunia, cinta akhirat, bla.. bla.. bla..  Apakah ukuran sebagai bukti cinta? Apakah bentuk pengorbanan yang perlu pada cinta? Adakah cinta mempunyai berisiko? Perlu lafaz ikrar cinta? Manusia mula alpa saat dia sudah berada di zon selesa, comfort zone katanya. Di saat dia baru hendak bertatih, maka ada insan disisi sehingga dia berjaya berdiri sendiri. Akhirnya insan itu tadi dipijak, ditendang dan diludah serta dibuang seperti sampah. Itulah permainan dunia.

Bila bercinta, semuanya nampak indah, semuanya harum mewangi, semuanya nampak sempurna. Tatkala diuji sedikit mulalah goyah untuk mempertahankan keimanan cinta. Inilah barisan insan-insan bacul yang tidak yakin pada cinta mereka. Hanya pandai berjanji tapi tidak pernah menunaikannya. Curang pada cinta yang pernah dia tagih, curang pada cinta yang pernah dia tabur. Putus cinta? Biarlah Tuhan menjadi kecintaan kita yang pasti. Bak kata hukamak, "Cinta pada bunga, bunga akan layu, cinta pada Allah, itulah cinta yang kekal abadi". Biarlah kita menunggu cinta yang benar-benar ikhlas, yang benar-benar yakin dan yang benar-benar cinta!

Sekian sahaja nukilan mengarut. Terima kasih.









Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari
Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan aku
Kisah kita




Errrr.. Minta maaf entry ni saje je takde kena mengena dengan sape-sape pun. Jangan salah faham. hehe..



(,")  (",)  Benar-Benar Cinta ~ Adam
Gambar diambil menggunakan kamera Sony a300 dengan 3 layer superimposed, iaitu bulan, bintang dan i love you!

17 comments:

  1. wwoooohhhoo...demam2 alu kua psl cinta...erkkk...

    ne chinta ktk hoooo?

    ReplyDelete
  2. hehehe.bab cinta2 tok x pat komen.mesti gaok owh..wakakakaka.

    ReplyDelete
  3. wahh... entry yang menarik.. thumbs up..

    ReplyDelete
  4. bunyi macam pernah dilalui... rasa sampe ke ati bro! hihi....

    kmk sedang belajar erti memahami... =)

    ReplyDelete
  5. @fLo.. ehehehe.. demam cinta kah? heeee..

    @labulabi.. no komen hehehe...

    @saytuntYF.. superimposed jak pok.. 3 lapis gambar berlainan k photoshop hehe..

    @Adam Narzuan.. Terima kasih :)

    @Amni.. Rasanya semua org pernah merasa hoh.. Harap2 cinta ya cinta sejati yang berakhir dengan kebaikan dunia dan akhirat :)

    ReplyDelete
  6. cinta cinta cinta sememangnya rumit giler untuk diperkatakan..

    ReplyDelete
  7. cinta yg benar benar cinta ya akan ada bila kita benar benar cinta, bila kita benar benar maksudkan apa yg kta pernah janji, bila kita benar benar yakin dengan apa saja..

    erkkk.. tolongkan ingatkan kmk juak..lupak lirik...

    ReplyDelete
  8. Bukan kakak salah faham
    tapi rentetan perjalanan yang dilalui
    dulu, semalam dan kini
    bagai ada yg menjeruk rasa
    antara dua insan yang punya rasa berbeza
    sabar adalah pengubat segala
    pasrah pada Allah
    ada ubatnya di sana...

    ReplyDelete
  9. @Cintazulaikha.. Cinta complicated :)

    ReplyDelete
  10. @kakzakie.. Terima kasih kak atas nasihat yg diberikan.. Saya suka komen akak ni :)

    ReplyDelete
  11. haha cinta. no komen bro. setiap orang masing2 ada jodoh. terpulang cara kita menghargai sesama diri.

    just my 2 posen :)

    ReplyDelete
  12. Demam cinta duhal.. Ecehhh.. Semoga segalanya dipermudahkan...

    ReplyDelete
  13. @shafixx.. mena ya shafixx :)

    @Amirfx.. Demam panas pok :( huhu

    ReplyDelete
  14. Akhir-akhir ni Onggon jiwang je.. nape ye..

    ReplyDelete
  15. di lamun cinta kot..dengan sape ye..

    ReplyDelete

Terima kasih ;)

{ My Popular Posts }