Camera: Sony DSLR-A300 Exposure: 20 Aperture: f/9.0 Focal Length: 50 mm ISO: 100
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ini sebenarnya adalah sambungan entry "Port Dickson ~ Part 1". Ok, semasa aku berkursus di Port Dickson, Negeri Sembilan pada 6 hingga 8 Mei yang lalu, aku dan kawan-kawan cuba untuk memenuhi masa-masa kursus yang sungguh membosankan dengan aktiviti mengambil gambar. Cubaan untuk bermain "star trail" pada pukul 11.50 malam ternyata gagal kerana kawasan Pantai Gemok, dilimpahi cahaya membuatkan aku terpaksa berhenti mengharap agar lampu-lampu itu dipadamkan dan aku pun mengalihkan lensa kamera pada kapal tangki yang sedang berlabuh di pelantar minyak. Dengan sedikit imaginasi, gambar bintang-bintang di cantumkan dengan gambar kapal maka terhasillah seperti gambar ala-ala kapal angkasa makhluk halus asing seperti di atas. Maka tajuk entry takde kena-mengena pun sebenarnya hehehe..
HDR | Camera: Sony SLT-A55V Exposure: 0.025 sec (1/40) Aperture: f/5.6 Focal Length: 11 mm ISO: 100
Hotel Le Paris ni pemandangan dia memang lawa lebih-lebih lagi time senja dengan matahari terbenam depan balkoni hotel (gambar akan dikongsikan dalam entry yang seterusnya). Malangnya perkhidmatan hotel ini sangatlah menyakitkan hati dengan 1001 masalah dari paip air bocor, air berkarat, kunci pintu rosak, aircond tak kuat, bilik dewan yang sungguh panas dan macam-macam lagi masalah dari yang remeh-temeh sehinggalah sebesar-besar masalah. Nanti aku akan mengumpat kaw-kaw pasal hotel ni sebab pengurusan dorang degil nak mampos dah banyak kali wat komplen buat donno jer sedangkan bilik aku simpan harta kerajaan yang bernilai berpuluh-puluh ribu kalau hilang aku jugak yang kena. Hangin pulak aku dengan hotel yang tak profesional ni.
Camera: Sony SLT-A55V Exposure: 0.005 sec (1/200) Aperture: f/7.1 Focal Length: 18 mm ISO: 100
Jadi, tension tension jugak tapi redakan tension itu dengan mengambil gambar insyaAllah akan ok punyer. Macam terapi lah konon. Tu la pasal aku suka sangat fotografi ni. Selain mencuba sesuatu yang baru, kita juga sebenarnya menghargai akan apa yang ada di sekeliling kita dan dalam masa yang sama mendapat kepuasan dan ketenangan. Pakailah apa kamera sekalipun, ambiklah apa gambar sekalipun, jika hati tenang, insyaAllah gambar akan cantik, kalau tidak di mata orang lain, sekurang-kurangnya cantik pada mata kita sendiri. Sehingga berjumpa lagi.. Adios amigos.. Carpe manana! Wassalam :)
(,") (",) Psssssstt....
Kepada geng blogger yang menyambut Hari Gawai Dayak (dan Hari Keamatan)
aku ucapkan Gayu Guru Gerai Nyamai Lantang Senang. Agi Idup Agi Ngelaban.
Oooooohhhhaaaa!
Pandai nak mengayat. Kakak ingatkan betul ada makhluk asing atau UFO.....
ReplyDeleteWaa.. Cam kat abroad.. Tgkp gmbr kne ada feel bru jd ek?
ReplyDeleteSuka tgk pic!
ReplyDeleteKacak!
:)
alu kedak star trek jak kapal yaa... stedey...
ReplyDeletegmbr no.2 ya kacak..
ReplyDeletekreatif btol imaginasi anda mr.onggon... syabas beta!!! nampak real jer
ReplyDelete@Kakzakie.. Tak tau nak letak tajuk ape kak hehehe..
ReplyDelete@Liyana Zahim.. A'aah gambar ikut mood.. klu moody nanti gambar jadik ganas hihi..
@Pn Kartini.. Makasih kak.. :)
@Hajib.. makasih Jib.. kedak sepesyip hoh.. kekekeke..
kapal angkasa makhluk asing okeyyy ;P nang hevat lah! style bro :D
ReplyDeletegamba last ya pun kachak.. sayang cermin pecah ya jak spoil the mood dikit hihi..
apa-apa pun.. Selamat Hari Gawai bro.. sik balit cuti ktk tek?.. sengaja li jak soalan ya lok ;P
@Khairul Antasha.. Makasih.. :)
ReplyDelete@axuerha.. Hehehe.. terima kasih Zura.. Imaginasi basi hehe.. :)
@[tErOmPaH bIrU].. Makasih ALong.. kmk sik balit.. Bisek pengawa hihihi.. :)
kacak gambar kitak di atas ya owh..suka me ndiat.
ReplyDeletepsst...auk mek orang sarawak aie..
cantik la kan..unik..
ReplyDeleteselamat hari gawai...
ReplyDeletegambar tuh cantik sgt... HD
Gambar last abis kacak.. Kedak lam cita james bond jak..
ReplyDeletegmbr 1st ya nang kacak lahh... mcm dlm cta katon jakk.hehe
ReplyDeleteIni mcm edisi memujuk hati...
ReplyDeleteAs-Salam Khairul
ReplyDeletePak Temuk tengah fikirkan, kapal makhluk asing tu, mana depan, mana belakangnya... You are indeed very creative! Kalaulah pentadbiran hotel yg cantik gambarnya itu juga cantik...
wahhhhhhh..cantiklah gmbr2 tu..better awk join contest by nikon..
ReplyDeleteDah share link utk autopublish di fanpage FB?
ku suka gambar no 2
ReplyDeletecantikkk
cantik gambar2 tu..
ReplyDeleteOhhh da lame tak menembak.. Nak try tp tadek objekla..
ReplyDeleteTerima kasih semua.. Busy giler la ni ehekk.. ;)
ReplyDeletewahhh cantik gambar tu..waahhh
ReplyDelete*kagum* =DD
@Kira Kekuri.. Terima kasih :)
ReplyDelete