Sony NEX-5 + Sony 18-250mm |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ini adalah entry terakhir mengenai kamera Sony NEX-3 (atau NEX-5). Membeli kamera sama jugak seperti memilih samada ingin membeli kereta transmisi manual atau kereta transmisi automatik, kereta cc besar atau kecil. Semuanya adalah pilihan anda sendiri. Maka, menurut pengetahuan patik yang cetek ilmu ini juga dari sudut pandangan seorang poyographer amatur jalanan, kamera NEX ini tidaklah sesuai untuk digunakan oleh pengguna yang baru ingin berjinak-jinak dengan dunia dslr. Patik sendiri tiada jodoh dan tidak ditakdirkan untuk bersama dengan kamera ini.
Maka berikut adalah beberapa sebab kenapa aku cakap sedemikian rupawan haha:
1. Capaian menu yang kurang memberangsangkan. Kena tekan banyak kali dalam-dalam-dalam semata-mata untuk menukar setting. Dalam situasi yang memerlukan kepantasan, aiyoooo.. boleh terlepas moment semata-mata nak tukar setting. Masa itu emas. Bagi seseorang photographer, kecepatan capaian menu adalah sangat-sangat penting. Tetapi untuk yang suka-suki ambik menggunakan mode auto, ini bukanlah satu masalah. Takkan selamanya pakai auto kan?
2. Pilihan lens yang terhad. Setakat ini, hanya ada 3 lens sahaja di pasaran iaitu 16mm, 18-55mm dan 18-200mm yang mana harganya mahal mengalahkan lens A-mount pada dslr. Itu belum ambik kira aksesori yang lain pulak. Kalau ada banyak pilihan lens sekali pun, lens tetap bagak-bagak dan no point le Sony wat body NEX kecik tapi lens besar gedabak.
3. Auto focus yang agak lembab pada pemerhatian aku dan kurang tepat. Ini boleh mendatangkan marah sebab macam aku cakap tadi masa itu emas. Bagi photographer, moment tu penting dan tak boleh terlepas semata-mata kerana kamera yang lambat fokus.
4. Gambar JPG yang "soft" di keseluruhan gambar (lens 16mm f2.8) dan noise yang ketara terutama gambar indoor tetapi masih boleh diterima dan lebih bagus dari kualiti gambar kamera kompak. Tapi menggunakan lens A mount, tak nampak sangatlah (bagi aku yang rabun ni).
5. Tiada "shutter release cable" untuk pecinta gambar landscape macam aku ni (ye ker?).. Main remote control tak naklah.. Nak yang manual jugak hahaha..
So, tu dia yang nak share. Tadi banyak lagi aku nak complaint tapi dah lupa. Termakan sekawan semut tadi kot haha.. Andai kata sebab-sebab di atas adalah berlainan atau tidak dapat diterima oleh anda, aku mintak maaf. Nama pun poyographer amatur jalanan, bukannya pro. Kalau pro mungkin dorang wat review siap dengan analisis teknikal lagi tu.
Kesimpulannya, kamera Sony NEX-3 atau NEX-5 ni bagus sebenarnya, bagus untuk yang jenis berduit dan suka kamera kecik yang boleh tukar-tukar lens. Tapi apa perlu beli kamera kecik kalau lens nya besar kan? Kalau lens pun dah sama besar dengan kamera dslr yang bagak tu, better beli terus dslr seperti Nikon D3100, Canon 1000D, Sony a550 dan sebagainya. Kalau tak pun baik beli kamera kompak seperti Canon Powershot G12, Nikon Coolpix, Sony DSC HX1, Cybershot bla bla bla.. Dah tentu senang bawak, lens pun takyah nak tukar-tukar. Walaubagaimanapun, semuanya terpulang pada korang sendiri. Tepuk dada dan tanyalah poket masing-masing. Sehingga berjumpa lagi.. Adios amigos. Carpe manana!
(,") (",) Esok ada blog review.. sila singgah di blog ni esok pagi ye.. :)
wahh. nasib saya x jadi mok amik nex 5. nice review! :D
ReplyDeleteSy ske photography! Suke taap melampau2.. Tp kemre sy itu smpn shj lam beg.. Herherher... Santeqnye gmbr!
ReplyDelete@Tina Johari.. Terimak kasih.. Mun ktk minat NEX juak, better ambik NEX-3 pun dah sangat ok :)
ReplyDelete@Liyana Zahim.. Terima kasih.. Nanti aktif le ambik gambar boleh share2.. :)
Ade.. Tp snap2 suke suki beramai2 camtu ajela.. Hehehe.. Lom pkar men shuter speed, aperture ISO bagai tu sume lg..
ReplyDelete@Liyana Zahim.. Takpe.. pelan2 saya pun mcm tu jugak dulu.. Zero hihi.. :)
ReplyDeletetrimak kasih atas pandangan dirik bro.. ada juak asa di ati nak meli nex5 ya tp mahal oooooww... takut sik berbaloi meli lak, mahal2 beli tp sik pande make.. hehe
ReplyDeletekmk dah x pandang nex. kmk tpikat ngn lumix kinek tok. hihihhi
ReplyDelete@Hajib.. sama2.. yalah.. takut sik berbaloi jak bah.. Wlu bagaimanapun, ya sekadar pandangan peribadi aku lah.. Coba try test dolok gak neylah tauk jatuh cinta kelak :P
ReplyDelete@Tina Johari.. Wahh.. Lumix eh.. Kacak bah design lumix.. :)
kool...!!
ReplyDeleteuiks...byk komplen duhal kemre ya ho..tapi aku nex5...how about lumix?
ReplyDeleteku suka gambar2 dirik..walaupun komplen byk tapi hasil kitak tetap BRAVO!
Kacak gambar.. Mungkin sidak sony tok nak nunjuk sidak pun up to date dengan teknologi kemere kompek..
ReplyDeletealu terbantut kmk na meli nex tuk... :(
ReplyDelete@amiyo.. thanks :)
ReplyDelete@Norris.. Lumix bukan 4/3 pun sensor kah, lagik kecik dari sensor NEX.. tp design nya boleh tahan hehehe..
@Amirfx.. aok mena.. perlumbaan teknologi bah.. :P
@achika.. Sabar lok nunggu NEX-7 lak :)
WKO, komen yg dah hampir tahap pro tu.. pada aku la yg tak reti sgt pasal fotografi ni...
ReplyDelete@Mie.. makasih abe Mie hehe..
ReplyDeletegmbr sunset ya kacak.. bestnya ada kemre kdak ktk org...
ReplyDelete@KA.. kmk dah camera-less dah tuk neyda kemre gik.. hehe
ReplyDeleteooo..baru ku tahu kenapa kamu jual camera tu...hhmmm..kalau macam tu la reason nye memang better beli dslr terus..lagi puas hati..
ReplyDeletedah dpt camera baru buat la review ye..kite suke tgk foto foto photography...sebab kite tak pandai nak shoot foto lawa...kekekeke...
hehehe sikda la berduit..more kepada nafsu jak..sikjadi mek beli.. olympus jak
ReplyDeletewahh suka tgok gambar matahari :D
ReplyDelete