Wednesday, May 11, 2011

Akhlak Ibarat Bunga Diri

DSC00088


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sekadar tazkirah untuk kita semua. Akhlak ibarat bunga diri. Ke mana saja kita pergi pasti orang akan suka. Adalah fitrah semulajadi manusia inginkan kebaikan dan kebaikan itu ditunjukkan dalam bentuk akhlak yang baik. Akhlak ibarat cermin. Apa-apa saja perbuatan dan kata-kata kita melambangkan tahap akhlak kita. Orang yang yang berakhlak itu semakin tinggi akhlaknya semakin merendah dirilah dia (tawaduk).

Dia tidak akan menyebut-nyebut kehebatan dirinya samada dari segi kerjaya, pendidikan mahupun pengalamannya pada orang lain. Bahkan kekadang orang semacam tidak percaya yang dia sebenarnya hebat disebalik selimut tawaduknya itu tadi. Selama dia bergaul, tahu-tahu dia adalah doktor, engineer, cikgu, ketua jabatan dan sebagainya. Lagak gayanya seperti kerani cabuk sahaja. Di akhir zaman susah hendak mencari orang sebegini. Jikalau ada pasti boleh dikira dengan jari. Yang ramai adalah manusia yang suka mendabik dada akulah engineer! akulah doktor! akulah bos! Yang membezakan kita di dunia ini hanyalah taqwa. Maka didiklah anak-anak kita berkerjaya tapi bertaqwa. Engineer yang bertaqwa, doktor yang bertaqwa, seorang bos yang bertaqwa dan sebagainya. Fikir-fikirkanlah.

*Maaf, entry ini tidak ada kaitan dengan sesiapa. Ini adalah secara umum sahaja tidak berkait dengan mana-mana engineer, doktor, cikgu dan sesiapa yang dikenali di alam maya ini. Sekian. Terima kasih.

19 comments:

  1. true..=p

    jgn terlalu bgga...suma tok kejap jak bh...ujg2 masok juak lubang kubur..=p

    ReplyDelete
  2. Moga kita mampu mendidik diri kita, anak-anak kita menjadi yg terbaik bukan utk dunia saja tapi juga akhirat hendaknya.

    ReplyDelete
  3. @fLo.. mena kata ktk ya flo.. bila dah masok kubur sekda org gago dirik kerja apa.. :)

    @Kakzakie.. Aminnn.. terima kasih kak :)

    ReplyDelete
  4. selamat beramal..renung-renungkan

    ReplyDelete
  5. betul2..biarlah org tauk siapa kta naturally..tapi kita jangn lah jadi attention seeker...

    ReplyDelete
  6. jangan dibangga diri, stiap org ada klebihan & kekurangan...^_^

    ReplyDelete
  7. stuju sgt2! tapi salah satu petanda akhir zaman manusia berlumba untuk pangkat dan duit... :(..nauzubillah semoga kita semua terpelihara dari sikap itu..

    ReplyDelete
  8. suker entri ini..dan apa yang dinyatakan betul..mmg susah nak mencari..semoga kita menjadi seorang yang selalu bertaqwa..amin..

    ReplyDelete
  9. Bunga cantek~

    kamek suka entry tok.. ada kenal org macam tok juak.. nya mok tapok diriknya engineer tapi i can smell an engineer so nya cannot hide hehehe.

    :)

    ReplyDelete
  10. kata ke jat ke?huhu.sedih2.

    kdg2 org pndg hbat pd kerja.tp sbnrnya berat sgt2 tanggungjwab itu.

    ReplyDelete
  11. sedihh...berair2 mata ku maca entri tok..hehehe! xda kaitan...

    ReplyDelete
  12. Makasih semua.. tak dan nak terjah blog anda semua.. Mane yg update pagi tadi saya sempat terjah hehehe..

    Jat, jgn risau tak kena pd Jat pun.. Erolnukman.. Mok maca entry tuk sambil ngupak bawang nak :P

    ReplyDelete
  13. Aihhh... COlor Warna ktk duhal Nono :)

    ReplyDelete
  14. Yupp da semakin pupus..
    Kekdng diri sendiri pn sering terbabas.. MasyaAllah..

    Semoga aku terus diberikan petunjuk dan hidayah agar aku terus berada dlm keadaan rendah diri.. Insya-Allah..

    ReplyDelete
  15. HAHAHA.. alamak alamak.. salah pakey acct masa komen.. haha kadang2 kmk kadang2 kawan kmk.. hehe

    ReplyDelete
  16. @hans.. kita mesti pilih! hehehe

    @EB.. betul tu.. semoga kita pun jgn tergolong dlm golongan yang tidak bersyukur dan sombong.. :)

    @Nono Fara.. sik al.. janji kmk kenal yerrr...

    ReplyDelete
  17. taqwa lah menjadikan kita hamba Allah yang sebenarnya

    nice sharing , wa :)

    ReplyDelete

Terima kasih ;)

{ My Popular Posts }