Monday, May 16, 2011

Kamera Sony NEX3/5 ~ Part 1

Sony NEX-5



Aku bercadang untuk beralih kepada sistem kamera Sony NEX sepenuhnya, atau sebagai backup camera (kamera kedua). So, aku dah merayau-rayau merata tempat semata-mata nak cuba try test kamera NEX-3 dan NEX-5 ni. Setelah puas bermain-main dengan kamera ini, berikut adalah beberapa kesimpulan yang dapat aku kongsikan dari kacamata seorang amatur.



Sony Centre



Apa itu kamera NEX? Berbeza dengan kamera dslr yang besar gedabak, NEX adalah kamera boleh-tukar lens yang menggunakan sensor yang sama seperti dslr, maksudnya sensornya lebih besar dari kamera kompak biasa dan mempunyai keupayaan kualiti gambar sama seperti dslr tetapi di dalam badan yang bersaiz kecil dan kompak. Oleh kerana terlalu kecil, kamera ini menggunakan sistem anti gegar (Super Steady Shot) bukan pada body, sebaliknya pada lens.



Sony NEX-3



Kamera ini menggunakan sistem E-mount berbeza dengan sistem dslr yang biasa menggunakan A-mount. Namun dengan menggunakan adapter khas, lens dari kamera lain (A-mount) seperti Nikon, Canon dan Sony sendiri boleh digunakan pada kamera ini. Tetapi hanya lens A-mount dari Sony yang mempunyai ciri-ciri SAM (Smooth Auto-focus Motor) dan SSM (Super Sonic wave Motor) sahaja yang boleh menggunakan auto-focus sepenuhnya manakala selain dari lens tersebut, hanya boleh menggunakan lens secara manual.



Sony NEX-5



NEX-3 dan NEX-5 hanya mempunyai perbezaan yang sedikit dan  masing-masing mempunyai format video MP4 dan HD. NEX-3 mempunyai keupayaan video 720 HD  manakala NEX-5 pula ialah 1080 Full HD.

Body NEX-3 diperbuat daripada plastik manakala NEX-5 pula adalah dari magnesium, secara logiknya magnesium lebih tahan lasak sebab aku ada tengok kamera NEX-3 body plastik, display set yang dah scratch.

NEX-3 mempunyai bahagian pemegang (grip) yang agak nipis tetapi lebar manakala NEX-5 mempunyai pemegang yang tebal. Masing-masing mempunyai pro dan cons bergantung kepada saiz tangan seseorang.

NEX-3 mempunyai banyak pilihan warna iaitu hitam, putih, silver, merah dan pink manakala NEX-5 hanya ada dua warna iaitu silver dan hitam.

Kedua-dua model NEX mempunyai fungsi dan keupayaan yang sama kecuali dari segi video HD dan buatan body seperti yang diterangkan di atas. Hanya NEX-5 boleh dikawal menggunakan remote commander (optional, beli sendiri).

Cubaan menggunakan "optical viewfinder" (ovf) yang bernilai RM599 menunjukkan ianya adalah tidak praktikal sebab ovf hanya sesuai digunakan untuk lens tele yang panjang sahaja seperti nak ambik gambar-gambar sekodeng ehekk.. Lagipun, skrin tetap hidup (tetap on) lagi walaupun kita menggunakan ovf, membazirkan tenaga bateri kamera.

Tidak lama lagi Sony akan melancarkan kamera NEX terbarunya yang dikenali sebagai NEX-C3 dan mungkin jugak NEX-7 dengan ciri-ciri yang diperbaharui. Ok. InsyaAllah nanti aku cuba try test wide angle adapter pulak. Kang panjang cerita ni kang hehehe.. :)

(,") (",) Gambar-gambar di atas diambil menggunakan iPhone 3GS

22 comments:

  1. wooohhooo...mok jual la dslr kmk ya meli nex cam gk..hahahaha...

    brapa la rega cam tok..aiyok..cam rugi jak meli dslr ya...kekekeke

    ReplyDelete
  2. Kalau kakak diberi pun tak tahu nak guna. Kakak tengok yg khairul guna sekarang pun dan terlalu ok gambarnya....

    ReplyDelete
  3. Kita mmg dah lama gak dah 'usha' camera ni. Tp mungkin mcm you jugak, nak tunggu the next edition je.

    ReplyDelete
  4. ku ada cuba nok nex-3 ya
    bole thn tp antara ku ngan nya sikda chemistry yerrrrrrrrrrr

    ReplyDelete
  5. part 2 gikk!!! adoi..makin kejeron hati tok..

    ReplyDelete
  6. hemmm.. bagus review tok.. bok jak mlm tek kmk ngan kazen kmk berangan-angan nak berisik kemre baru.. ala-ala kemre nok dicerita ktk tok lah hihi.. makasih ohhh.. bertambahlah sigek gik option kmk 2 tok dah ;P

    ReplyDelete
  7. @fLo.. aihhh.. ktk dah da dslr ebohlah jual.. kmk tuk yg xda dslr sbb ya kmk coba try test.. :)

    ReplyDelete
  8. @Kakzakie.. wahhh... terima kasih kak.. Terharu hehehe :)

    ReplyDelete
  9. @Ivynana.. tunggu jgn tak tunggu asalkan jgn tunggu lama2 nanti dibeli org eh.. hehehe..

    ReplyDelete
  10. @Just Call Me V The Bibik.. Aok esok kmk molah part 2 hehe.. Sabar aaar...

    ReplyDelete
  11. @[tErOmPaH bIrU].. bagus bagus.. bykkan ikit calon2 nya sak byk pilihan lak hehe.. :)

    ReplyDelete
  12. hehe.lom mampu gik nak beli.tapi A700 dah ku pasang angan2.walaupun xda baru a700 tetap di hati.hihi.

    ReplyDelete
  13. @labulabi.. a700 nang mantops eh.. pandei rindu indah ku ngan a700 ku dolok koh.. rasa nyesal jual pun ada.. kenaklah ku jual adoheh.. aku tertipu dengan DSLT :P

    ReplyDelete
  14. perghh meleleh air liur..drooling = ()

    ReplyDelete
  15. @Abg.Syuk.. Sekdalah kamera baru.. Lom gik hehehe..

    @░♥si lampu neon♥░.. Jgn mkn kamera ni sudaaaa hehehe...

    ReplyDelete
  16. yahhh.... baruk plan weekend tok nak beli SONY NEX...dah ada org review... hehehehehe

    cuma haven't decide which model jak..since dah ada full rebiew... so, tauk laa apa nak di skodeng kelaks...

    tq ah... hehehehe tunggu part 2 agik.. ;)

    ReplyDelete
  17. Best juak spek kemere tok.. Polah review untuk rega juak...

    ReplyDelete
  18. Wau..best juak camera ia..tapi bagi aku kecik takde kick la nak pegang...dah biasa pegang camera besar hehehe...

    ReplyDelete
  19. @yazmien.. ktk nunggu model NEX-C3 jak Min.. cute gik bah hehe..

    @Amirfx.. udah engkah rega dah lam part 3 hehe

    @saytuntYF.. Wahhh join kelab NEX lah tuk :)

    @Krisno.. aok pok.. dah biasa megang kemre besar nang lain asa megang kemre kecik.. Asa mok terlepas jak hehe..

    ReplyDelete

Terima kasih ;)

{ My Popular Posts }