Aku bercadang untuk beralih kepada sistem kamera Sony NEX sepenuhnya, atau sebagai backup camera (kamera kedua). So, aku dah merayau-rayau merata tempat semata-mata nak cuba try test kamera NEX-3 dan NEX-5 ni. Setelah puas bermain-main dengan kamera ini, berikut adalah beberapa kesimpulan yang dapat aku kongsikan dari kacamata seorang amatur.
Apa itu kamera NEX? Berbeza dengan kamera dslr yang besar gedabak, NEX adalah kamera boleh-tukar lens yang menggunakan sensor yang sama seperti dslr, maksudnya sensornya lebih besar dari kamera kompak biasa dan mempunyai keupayaan kualiti gambar sama seperti dslr tetapi di dalam badan yang bersaiz kecil dan kompak. Oleh kerana terlalu kecil, kamera ini menggunakan sistem anti gegar (Super Steady Shot) bukan pada body, sebaliknya pada lens.
Kamera ini menggunakan sistem E-mount berbeza dengan sistem dslr yang biasa menggunakan A-mount. Namun dengan menggunakan adapter khas, lens dari kamera lain (A-mount) seperti Nikon, Canon dan Sony sendiri boleh digunakan pada kamera ini. Tetapi hanya lens A-mount dari Sony yang mempunyai ciri-ciri SAM (Smooth Auto-focus Motor) dan SSM (Super Sonic wave Motor) sahaja yang boleh menggunakan auto-focus sepenuhnya manakala selain dari lens tersebut, hanya boleh menggunakan lens secara manual.
NEX-3 dan NEX-5 hanya mempunyai perbezaan yang sedikit dan masing-masing mempunyai format video MP4 dan HD. NEX-3 mempunyai keupayaan video 720 HD manakala NEX-5 pula ialah 1080 Full HD.
Body NEX-3 diperbuat daripada plastik manakala NEX-5 pula adalah dari magnesium, secara logiknya magnesium lebih tahan lasak sebab aku ada tengok kamera NEX-3 body plastik, display set yang dah scratch.
NEX-3 mempunyai bahagian pemegang (grip) yang agak nipis tetapi lebar manakala NEX-5 mempunyai pemegang yang tebal. Masing-masing mempunyai pro dan cons bergantung kepada saiz tangan seseorang.
NEX-3 mempunyai banyak pilihan warna iaitu hitam, putih, silver, merah dan pink manakala NEX-5 hanya ada dua warna iaitu silver dan hitam.
Kedua-dua model NEX mempunyai fungsi dan keupayaan yang sama kecuali dari segi video HD dan buatan body seperti yang diterangkan di atas. Hanya NEX-5 boleh dikawal menggunakan remote commander (optional, beli sendiri).
Cubaan menggunakan "optical viewfinder" (ovf) yang bernilai RM599 menunjukkan ianya adalah tidak praktikal sebab ovf hanya sesuai digunakan untuk lens tele yang panjang sahaja seperti nak ambik gambar-gambar sekodeng ehekk.. Lagipun, skrin tetap hidup (tetap on) lagi walaupun kita menggunakan ovf, membazirkan tenaga bateri kamera.
Tidak lama lagi Sony akan melancarkan kamera NEX terbarunya yang dikenali sebagai NEX-C3 dan mungkin jugak NEX-7 dengan ciri-ciri yang diperbaharui. Ok. InsyaAllah nanti aku cuba try test wide angle adapter pulak. Kang panjang cerita ni kang hehehe.. :)
(,") (",) Gambar-gambar di atas diambil menggunakan iPhone 3GS