Assalamualaikum dan salam sejahtera. Seperti yang dijanjikan, ini adalah blog pertama yang aku terjah untuk buat review. Sape yang pernah komen-romen dan follow blog aku, aku akan pilih secara random. Selain dapat berkongsi maklumat, dapat jugak tolong kawan-kawan promote blog dorang kan. Kali ini blog yang bertuah cececeh ialah blog kepunyaan Cik Liyana Zahim dengan blognya http://liyanazahim.blogspot.com
Aku ni bukanlah pengkomen tetap mane2 blog tapi lebih kepada silent reader dan memberikan komen bila betul2 ada masa. Tetapi ada satu tarikan di blog Cik Liyana Zahim kita ni. Suka baca entry2 yang dia tulis tentang apa yang berlaku dalam kehidupan beliau ditambah dengan gambar-gambar yang melengkapkan lagi penceritaan dalam blog beliau cheewah. bagi aku lah kan.. Blog dia ni sempoi dan penulisan yang mudah untuk difahami yang kadang-kadang ad jugak cerita kelakar, ada cerita happy dan informasi yang dia kongsikan bersama.
![]() |
Liyana Zahim yang manis bertudung hitam berlesung pipit. |
So, siapakah gerangan Liyana Zahim ni? Kalau tengok kat gambar (maaf cilok gambar dan edit cara lain) macam tinggi jugak orangnya kan. Dia ni sangat mencintai buku dan suka pada kucing. ehekk.. Berasal dari Kota Konstantinopel negeri Pahang Darul Makmur (katanya).. Beliau juga adalah seorang penulis. Tak percaya? Ni dia buku yang beliau tulis sendiri.. "Rindu Tercipta". Untuk lelaki di luar sana, jangan nak verangan kerana cik kita ni dah berpunya.. Tak ke gitu Liyana? hehe..
![]() |
Carik via google dan aku edit hehe.. |
So, ni aku copy paste dari blog dia.. Sape yang berminat dengan novel ni boleh carik kat mana-mana kedai buku atau pun beli kat sini, atau kat sini.. Kepada sesiapa yang pernah baca novel beliau, tahniah kerana anda boleh berinteraksi secara langsung dengan penulis di blog beliau seperti disebutkan di atas.
=======================================================================
Harga: RM19.90
Halaman: 512
Penulis: Liyana Zahim
ISBN: 978-983-124-539-2
" Sinopsis: SAAT Anis mengumpul sejuta semangat untuk terus bertahan selepas kematian ibunya, Azizah... hadir insan lain menghulurkan simpati.
Ternyata, kasih seorang sahabat seperti Qistina tiada hadnya. Ceritera hidupnya bermula tatkala mengenali Hykal. Mana tahu lelaki yang dianggap seperti abang kandung itu menjadi cinta pertamanya. Bagi Anis, kasihnya terhadap Hykal setinggi langit. Tiada orang lain lagi sebelum dan selepas Hykal. Namun, takdir TUHAN merubah perjalanan hari.
Hykal disahkan menghidap penyakit kronik. Betapa segala harapan cintanya musnah buat Anis. Setiap derita ditanggung sendirian. Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk menjauhkan diri. Saat mengusir lara, hadir Zerril ingin memulihkan rasa kecewa yang bermukim.
Namun, bukan senang untuk meraih hati Anis... Kalau tidak kerana sahabat, Zerril tidak akan berkorban sejauh ini."
=======================================================================
Kepada kawan-kawan semua, jom kita follow ramai-ramai blog beliau. Kepada Cik Liyana Zahim pula, semoga bertambah-tambah rezeki, terus berkarya dan berjaya dalam apa jua yang dilakukan. Maka ini sahajalah untuk kali ini. Semoga kita berjumpa lagi. Adios amigos. Carpe manana! Wassalam :)
ok.kelak terjah & follow blog beliau
ReplyDelete@KA.. Orait.. terima kasih :)
ReplyDeleteSebaik baca nama kakak macam terbiasa, alkisah sebab dia ada novel baru kakak terperasan. Tapi tak lagi tau dia punya blog....
ReplyDelete@kakzakie.. akhirnya akak dapat kenal dia melalui blog hehe :)
ReplyDeleteDgn ini sy nak andi bunge doblas gunong bwh jmbtn putrajaya mlm jumaat! Tharunye rase.. Oooo.. Mlm ni jugek nak tdo ngan smbil peluk laptop lg yay! Ooo mekaseh encik khairul onggon.. Eh, sy rasa mcm selena gomez la hari ini.. hahahaha.. Terima kasih! Nnti sy wat entry sekapur sireh ukesss! =)))) Tnggu~~~
ReplyDeletehehehe.. dah pandey review eh..=p kmk salu juak ke blog nya.. tp jarang juak komen.. sama juak kita.. lebih jadi silent reader.. rasa nak komen, baruk komen.. heheh
ReplyDelete@Liyana Zahim.. Sama2.. wah siap mandi bunge tu hihihi... :)
ReplyDelete@Amni.. aok samalah kita.. rami peminat nya tuk hoh.. :)
ooo penulis novel?
ReplyDeleteWahhh.. Penulis novel.. Malangnya aku bukanlah pembaca novel.. Nway, kelak terjah blognya...
ReplyDeletewwooaahhh..die novelis rupenye...kompen kite kan terjah kite ni novel freaks...waahahahha
ReplyDeletelesung pipit dia tu agak mahal....
ReplyDeletedie nie memg tggi okeh! kaki die panjang!
ReplyDelete@Siti Mashitah Saidin.. A'aah.. penulis.. :)
ReplyDelete@Amirfx.. terjah jangan nisik Mir :)
@Hanie_Dew.. hehe terjah jgn tak terjah.. :)
@daddyzkool.. setuju bro.. lesung pipit dia mahai woo..
@Naddia.. kaki pjg? fuhh.. mmg tinggi :)
Eh, marilah ke blog sy yg tidak bgitu pemes.. hERHERehr..
ReplyDelete@Liyana Zahim.. okeh nanti saya terjah lagi :)
ReplyDeleteIN. and and oooo. Novel :D <3
ReplyDeletesuka! akan menerjah blog beliau dengan pantas.
ReplyDelete