Showing posts with label rindu tercipta. Show all posts
Showing posts with label rindu tercipta. Show all posts

Monday, June 20, 2011

Rindu Giler

Sunset

This photo was taken on June 17, 2011 using a Sony DSLR-A300   |   Focal Length: 250 mm



Gambar ni dirakam pada hari Jumaat bersamaan dengan 17 Jun 2011 baru-baru ni. Susah nak tengok matahari cantik kat KL bulat merah macamni tau. Tersangat jarang.. Kemungkinan pada hari itu ada kabus atau jerebu kot. Tapi sayang aku sempat tangkap gambar ni masa matahari ni dah nak touch down..

Untuk makluman, aku dah start busy dengan persiapan untuk kerja luar bermula minggu ni. Aku mintak maaf banyak-banyak sebab tak sempat nak melompat-lompat ke blog korang wat sementara waktu. Dalam busy-busy ni aku rindu sesangat kat seseorang.. Kamek rindu kitak banyak tok.. Nampak sik? Nampak sik? :)




Sunset

This photo was taken on June 17, 2011 using a Sony DSLR-A300 | Focal Length: 70 mm




Sunset
This photo was taken on June 17, 2011 using a Sony DSLR-A300 | Focal Length: 250 mm

Thursday, June 16, 2011

Rindu-Rinduan

Mi Kolok Haji Salleh



Rindu ni ada pelbagai jenis.. Bak kata orang, bila dah ada di depan mata, kita buat derkk jer. Bila dah berjauhan barulah terasa kehilangan.. Bak bait-bait lagu "Antara 2 Cinta" nyanyian asal kumpulan nasyid The Zikr (era Al-Arqam) dan pernah dipopularkan oleh kumpulan Saujana yang berbunyi "Apa yang ada jarang disyukuri, apa yang tiada sering dirisaukan.. Nikmat yang diberi barukan terasa, bila hilang.. Apa yang diburu timbul rasa jemu, bila sudah di dalam genggaman"..

Kalau aku yang setakat duk kat KL pun boleh rindu-rinduan kat kampung halaman nun di Sarawak, apatah lagi mereka yang duk jauh di luar negara kan. Bayangkan member sekolah aku merangkap sahabat blogger KNizam.com pun hari-hari rindu nak makan tempoyak lah, makan rambutan lah, nak makan cendul lah.. Aku plak rindu sesangat nak makan the pemos-amos mi kolok Haji Salleh, rindu nak makan nasik goreng dabai dan macam-macam lagi.. Hehehe..



Mi Kolok Haji Salleh



Mi Sapi (Mi Kolok) Haji Salleh



The Famous Mi Sapi (Mi Kolok) Haji Salleh,

Monday, May 30, 2011

Blog Review: Liyana Zahim

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Seperti yang dijanjikan, ini adalah blog pertama yang aku terjah untuk buat review. Sape yang pernah komen-romen dan follow blog aku, aku akan pilih secara random. Selain dapat berkongsi maklumat, dapat jugak tolong kawan-kawan promote blog dorang kan. Kali ini blog yang bertuah cececeh ialah blog kepunyaan Cik Liyana Zahim dengan blognya http://liyanazahim.blogspot.com







Aku ni bukanlah pengkomen tetap mane2 blog tapi lebih kepada silent reader dan memberikan komen bila betul2 ada masa. Tetapi ada satu tarikan di blog Cik Liyana Zahim kita ni. Suka baca entry2 yang dia tulis tentang apa yang berlaku dalam kehidupan beliau ditambah dengan gambar-gambar yang melengkapkan lagi penceritaan dalam blog beliau cheewah. bagi aku lah kan.. Blog dia ni sempoi dan penulisan yang mudah untuk difahami yang kadang-kadang ad jugak cerita kelakar, ada cerita happy dan informasi yang dia kongsikan bersama.



Liyana Zahim yang manis bertudung hitam  berlesung pipit.




So, siapakah gerangan Liyana Zahim ni? Kalau tengok kat gambar (maaf cilok gambar dan edit cara lain) macam tinggi jugak orangnya kan. Dia ni sangat mencintai buku dan suka pada kucing. ehekk.. Berasal dari Kota Konstantinopel negeri Pahang Darul Makmur (katanya).. Beliau juga adalah seorang penulis. Tak percaya? Ni dia buku yang beliau tulis sendiri.. "Rindu Tercipta". Untuk lelaki di luar sana, jangan nak verangan kerana cik kita ni dah berpunya.. Tak ke gitu Liyana? hehe..



Carik via google dan aku edit hehe..





So, ni aku copy paste dari blog dia.. Sape yang berminat dengan novel ni boleh carik kat mana-mana kedai buku atau pun beli kat sini, atau kat sini.. Kepada sesiapa yang pernah baca novel beliau, tahniah kerana anda boleh berinteraksi secara langsung dengan penulis di blog beliau seperti disebutkan di atas.



=======================================================================

Harga: RM19.90
Halaman: 512
Penulis: Liyana Zahim
ISBN: 978-983-124-539-2

" Sinopsis: SAAT Anis mengumpul sejuta semangat untuk terus bertahan selepas kematian ibunya, Azizah... hadir insan lain menghulurkan simpati.

Ternyata, kasih seorang sahabat seperti Qistina tiada hadnya. Ceritera hidupnya bermula tatkala mengenali Hykal. Mana tahu lelaki yang dianggap seperti abang kandung itu menjadi cinta pertamanya. Bagi Anis, kasihnya terhadap Hykal setinggi langit. Tiada orang lain lagi sebelum dan selepas Hykal. Namun, takdir TUHAN merubah perjalanan hari.

Hykal disahkan menghidap penyakit kronik. Betapa segala harapan cintanya musnah buat Anis. Setiap derita ditanggung sendirian. Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk menjauhkan diri. Saat mengusir lara, hadir Zerril ingin memulihkan rasa kecewa yang bermukim.

Namun, bukan senang untuk meraih hati Anis... Kalau tidak kerana sahabat, Zerril tidak akan berkorban sejauh ini."

=======================================================================



Kepada kawan-kawan semua, jom kita follow ramai-ramai blog beliau. Kepada Cik Liyana Zahim pula, semoga bertambah-tambah rezeki, terus berkarya dan berjaya dalam apa jua yang dilakukan. Maka ini sahajalah untuk kali ini. Semoga kita berjumpa lagi. Adios amigos. Carpe manana! Wassalam :)

{ My Popular Posts }