Showing posts with label mi sapi haji salleh. Show all posts
Showing posts with label mi sapi haji salleh. Show all posts

Thursday, August 18, 2011

Balit Sarawak Yeyeah! ~ Ngerepak Lok


Belon Air Asia



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Khamis, 11 Ogos minggu lepas bersamaan 11 Ramadhan 1432 Hijrah aku bercuti balit kampong yahuuu!! Sapa yang sik hepi go lucky balit kampongkan? Sepanjang dalam flight dari KL - Kuching aku sik tido pun. Nyela jekjak mata kotan sukk nak balit tek. Macam-macam jak plan nak makan ya makan tuk mun sampei Kuching tek nak.

Sampei-sampei jak di Kuching, cun juak hari start ujan lebat sampei jeraya nang sik nampak papa terpaksa adik ku drive embak slow-slow sepanjang dari epot ke Serian. Sampei-sampei jak Serian ujan pun dah berenti alu singgah pasar malam meli manok panggang, nasik goreng dan keripap seplestik. Sampei rumah duhal makanan gik banyak.

Sekda apa yang hepi melainkan dapat makan masakan mak mena sik? Nyaman giney pun mi kolok nyaman gik masakan mak kita. Cerita hal mi kolok.. Ku singgah rah kedei Sepinang Sari the pemos-amos mi kolok Haji Salleh di Satok sia dalam kol 11 malam gia. Masa ya Haji Salleh berkain kemban pelikat ilek-ilek bergayut lam telepon. Skendelnya kali kataku lam hati tek haha.

Baruk nak engkah burit (burit = bontot dlm bahasa Sarawak) sekali da ranglaki madah mi kolok dah abis.. "Kmk tek ngoda mi kolok tapi Haji madah dah abis. Terpaksa ncarik di Benteng nun" katanya.. Nang terserlah pras mukanya, sepras muka ku. Mok sik maok melintas jerayalah aku seperti manok sekda ekok menuju Mi Kolok CD. Boleh tahan juak sia koh.

Kakya ngagak blogger hebat Su Ijamm dan nangga kawan molah kek lapis Sarawak halalan thoiyibban. Tangga gambar pun dah tauk betapa nya mementingkan kebersihan semasa molah kek lapis yerrr.. Oleh kerana pengusaha kek lapis ya pemalu, penyupan dan penyapu, maka mukanya sik di so sebab nya takut lak nya pemos kedak retis katanya.

Eh berbalit cita rah Kampong ku yang terchenta tek iaitu Kampung Hilir, Serian. Rupa-rupanya rah kampong tuklah best sebab banyak subjek untuk fotografi. Main landscapelah, main macrolah. Main astrophotoglah dan macam-macam. Main potret jak ku sik sempat kotan gago nak ngepong bulan-bintang tek. Sanggup berjaga sampei kol 1 pagi semata-mata mok ambik gambar bulan. Ya jaklah untuk episod kali tuk yerrr.. Lak sambong gik. :P



Atas Awan



Bulan Siang Hari



Rumah Saya



Bulan di Kampung



Mi Kolok CD



Juadah Sungkei



Kek Lapis Sarawak Halal



Kek Lapis Sarawak Halal



Double Expose: Over + Under



Bulan Rindu

Thursday, June 16, 2011

Rindu-Rinduan

Mi Kolok Haji Salleh



Rindu ni ada pelbagai jenis.. Bak kata orang, bila dah ada di depan mata, kita buat derkk jer. Bila dah berjauhan barulah terasa kehilangan.. Bak bait-bait lagu "Antara 2 Cinta" nyanyian asal kumpulan nasyid The Zikr (era Al-Arqam) dan pernah dipopularkan oleh kumpulan Saujana yang berbunyi "Apa yang ada jarang disyukuri, apa yang tiada sering dirisaukan.. Nikmat yang diberi barukan terasa, bila hilang.. Apa yang diburu timbul rasa jemu, bila sudah di dalam genggaman"..

Kalau aku yang setakat duk kat KL pun boleh rindu-rinduan kat kampung halaman nun di Sarawak, apatah lagi mereka yang duk jauh di luar negara kan. Bayangkan member sekolah aku merangkap sahabat blogger KNizam.com pun hari-hari rindu nak makan tempoyak lah, makan rambutan lah, nak makan cendul lah.. Aku plak rindu sesangat nak makan the pemos-amos mi kolok Haji Salleh, rindu nak makan nasik goreng dabai dan macam-macam lagi.. Hehehe..



Mi Kolok Haji Salleh



Mi Sapi (Mi Kolok) Haji Salleh



The Famous Mi Sapi (Mi Kolok) Haji Salleh,

{ My Popular Posts }