Showing posts with label kursus bahasa inggeris. Show all posts
Showing posts with label kursus bahasa inggeris. Show all posts

Friday, March 16, 2012

Ketaq Lutut Aku kat Bukit Gambang Resort City

DSC04932x



Pada 13 hingga 15 Mac 2012 baru-baru ini aku seorang lagi kawan aku iaitu si Felix secara sukarela menawarkan diri untuk menggantikan orang lain yang tidak dapat hadir berkursus. Kursus kali ini ialah Kursus Asas Bahasa Inggeris yang diadakan di Bukit Gambang Resort City, Kuantan lebih kurang 4-5 jam perjalanan dari Kuala Lumpur dan hanya 30 minit dari bandar Kuantan. Kursus kali ini dikendalikan oleh pakar dari Stoke Hill Management Master iaitu Puan Jamaliah Mohamed [(MBA (UK), G.CIM (UK), International Trainer, Dale Carnegie (US)] atau dipanggil dengan nama manja "Jam".. yesss.. thats the way we jam hehe..  Syarikat tersebut mempunyai wakil pejabat di UK dan Amerika Syarikat.

Apa yang menarik tentang kursus kali ini ialah cara pembelajaran agak berbeza dengan kursus-kursus bahasa Inggeris yang pernah aku pergi. Pembetulan, mungkin tak sesuai guna perkataan "pembelajaran", yang sepatutnya lebih tepat ialah cara "berseronok" dengan bahasa Inggeris. Terus-terang aku katakan bahawa sepanjang kursus ni berlangsung memang nebes giler.. Dup-dap dup-dap berdebar-debar dada.. Manakan tidaknya, asal start je kursus, mesti sorang-sorang wajibul-ghunnah ke depan. Tapi kan, memang berkesan.. Walaupun bahasa Inggeris aku masih tunggang-langgang, keyakinan tu bertambah ler jugak kan.

Disebalik semua keseronokan tadi, yang paling seronok dua ronok antara semua ronok-ronok itu ialah pasal makanan kat Bukit Gambang Resort City ni.. Saujana mata memandang dari hujung ke hujung luasnya makanan disediakan seluas setengah padang bola kot. Dari makanan tempatan hingga ke makanan barat pun ada. Udang, sotong, kambing, ayam, ikan, semuanya ada kucing je takde.. hehehe.. Makanan kat sini memang terbaik! Aku sendiri pun tak habis round nak makan. Orang Sarawak cakap "sik terkaber ku koh!" - tak larat nak makan semua.

Pasal benda lain macam funfair, taman tema, paint ball ape semua jangan tanya sebab aku memang tak berpeluang nak try semua tu masa berkursus kat Gambang. Lagipun asyik hujan je tu yang malas nak beraktiviti luar. So, sehingga berjumpa lagi. Adios amigos, carpe mana wassalam!

P/s: Semua gambar diambil menggunakan Sony NEX-5 dengan lens 16mm f2.8  dan flash tak bawak. NEX kali ini agak mengecewakan. Adakah sebab aku yang nebes masa ambik gambar atau?? Mungkin abang dia a57 nak datang kot.. Larikkk!!



DSC04756



DSC04768



DSC04760



DSC04907



DSC04853



DSC04849



DSC04777



DSC04808



DSC04924



DSC04788



DSC04938

Tuesday, May 3, 2011

Uikssss? Say It Right!

Amaran! Sila baca entry kali ini dengan menggunakan intonasi oreng-puteh.


Pada 26 hingga 28 April 2011 baru-baru ini, aku menghadiri kursus bahasa Inggeris iaitu kursus "Say It Right" anjuran Bahagian Sumber Manusia Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan di Jalan Dato Onn, Kuala Lumpur. Ini adalah kali pertama kursus seperti ini dianjurkan sendiri oleh kementerian tersebut. Selalunya kalau nak pergi kursus macamni hanya boleh didapati di Institut Tadbiran Awam Negara  atau lebih dikenali sebagai INTAN. Kira kami batch percubaan yang pertamalah kan. Aku ni bab bahasa orang putih ni cukup-cukup makan je. Orang cakap aku faham tapi aku nak cakap balik jadi Pua Chu Kang berterabur segala grammar dan ejaan.. kekeke..


Inilah kursus pembelajaran bahasa Inggeris terbaik dan paling best yang aku pernah hadiri. Cikgunya pun bukan calang-calang orang yang didatangkan khas dari Paisley Consulting Sdn. Bhd. Sebenarnya aku tak tau pun akan kewujudan kursus ni. Dapat tau pun last minute bila kawan lain dapat surat kursus. Oleh sebab minat, aku mintak nama aku dalam waiting list kot-kot ada orang yang tak dapat pergi kursus tu kan. Tak sangka akhirnya nama aku naik gak. hehehe..



DSC05670


Aku cadangkan kementerian tersebut kalau boleh buatlah lama sikit, seminggu ke, 3 hari mane cukup. Tak puas jadi Mat Salleh sesat tauwww.. Antara perkara menarik yang aku masih ingat:


Cikgu suruh geng sorang ni buat ayat tapi dia tak sempat buat orang dah pakat gelak.

Farid: Howdy!
Cekgu: What?? British please!
Farid: Im using American English teacher.. hehe
Kami semua: Muahahaha! Pakat gelak.. Howdy Australian lah!


Cikgu suruh kami buat ayat menggunakan perkataan tertentu dan aku pun angkat tangan sentiasa nak jadi orang pertama.

Cekgu: Ok Khairul.
Aku: Salwana is sleeping under the table.
Cekgu: What? Is Salwana a cat?
Aku: Yes. (dalam hati: sib baik cikgu tak tau Salwana yang duduk paling depan sebelah kanan aku) - bebudak lain semua dah gelak guling-guling hehehe..
Cekgu: Ok. Your next sentences.
Aku: Previously, Norina Omar was a shopaholic, workaholic and alcoholic. But now she likes to eat garlic!
Cekgu: You aaaaarrr.. Naughty! sekali lagi bebudak semua ketawa sambil menahan perut.. kekeke..


Fakta: Kebanyakan lelaki melayu tidak boleh menyebut bunyi perkataan yang mengandungi huruf "T" contohnya "the, three, them" dan kebanyakan orang cina sukar untuk membunyikan perkataan yang mengandungi huruf "R". Akan tetapi dalam kursus ini membuktikan sebaliknya yang mana ramai peserta perempuan susah untuk membunyikan perkataan yang mengandungi huruf "T" dan ada yang sanggup cakap "my tongue short teacher.." hahaha... Okeh, sehingga bertemu lagi.. adios amigos.. Carpe Manana!

{ My Popular Posts }