Pada 26 hingga 28 April 2011 baru-baru ini, aku menghadiri kursus bahasa Inggeris iaitu kursus "Say It Right" anjuran Bahagian Sumber Manusia Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan di Jalan Dato Onn, Kuala Lumpur. Ini adalah kali pertama kursus seperti ini dianjurkan sendiri oleh kementerian tersebut. Selalunya kalau nak pergi kursus macamni hanya boleh didapati di Institut Tadbiran Awam Negara atau lebih dikenali sebagai INTAN. Kira kami batch percubaan yang pertamalah kan. Aku ni bab bahasa orang putih ni cukup-cukup makan je. Orang cakap aku faham tapi aku nak cakap balik jadi Pua Chu Kang berterabur segala grammar dan ejaan.. kekeke..
Aku cadangkan kementerian tersebut kalau boleh buatlah lama sikit, seminggu ke, 3 hari mane cukup. Tak puas jadi Mat Salleh sesat tauwww.. Antara perkara menarik yang aku masih ingat:
Cikgu suruh geng sorang ni buat ayat tapi dia tak sempat buat orang dah pakat gelak.
Farid: Howdy!
Cekgu: What?? British please!
Farid: Im using American English teacher.. hehe
Kami semua: Muahahaha! Pakat gelak.. Howdy Australian lah!
Cikgu suruh kami buat ayat menggunakan perkataan tertentu dan aku pun angkat tangan sentiasa nak jadi orang pertama.
Cekgu: Ok Khairul.
Aku: Salwana is sleeping under the table.
Cekgu: What? Is Salwana a cat?
Aku: Yes. (dalam hati: sib baik cikgu tak tau Salwana yang duduk paling depan sebelah kanan aku) - bebudak lain semua dah gelak guling-guling hehehe..
Cekgu: Ok. Your next sentences.
Aku: Previously, Norina Omar was a shopaholic, workaholic and alcoholic. But now she likes to eat garlic!
Cekgu: You aaaaarrr.. Naughty! sekali lagi bebudak semua ketawa sambil menahan perut.. kekeke..
Fakta: Kebanyakan lelaki melayu tidak boleh menyebut bunyi perkataan yang mengandungi huruf "T" contohnya "the, three, them" dan kebanyakan orang cina sukar untuk membunyikan perkataan yang mengandungi huruf "R". Akan tetapi dalam kursus ini membuktikan sebaliknya yang mana ramai peserta perempuan susah untuk membunyikan perkataan yang mengandungi huruf "T" dan ada yang sanggup cakap "my tongue short teacher.." hahaha... Okeh, sehingga bertemu lagi.. adios amigos.. Carpe Manana!