Salam.. Hari dah Ramadhan yang ke 25.. Cepatnya masa berlalu kan.. Tinggal beberapa hari je lagi nak raya.. Ekceli ni nak share gambar-gambar masa kat Tamparuli Sabah. Kalau pernah dengar lagu Jambatan Tamparuli, so ni ler tempatnya.. Nak ke sini senang jer.. On the way nak pergi Kundasang, mesti lalu sini punya.. :)
Showing posts with label malaysian borneo. Show all posts
Showing posts with label malaysian borneo. Show all posts
Tuesday, August 14, 2012
Tamparuli, Sabah
Salam.. Hari dah Ramadhan yang ke 25.. Cepatnya masa berlalu kan.. Tinggal beberapa hari je lagi nak raya.. Ekceli ni nak share gambar-gambar masa kat Tamparuli Sabah. Kalau pernah dengar lagu Jambatan Tamparuli, so ni ler tempatnya.. Nak ke sini senang jer.. On the way nak pergi Kundasang, mesti lalu sini punya.. :)
Tuesday, March 27, 2012
Hotel Perkasa di Kundasang, Sabah
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia. Blog picisan poyographer ni kini dikenali sebagai blog onggon travelgraphy. Ekceli sekda papa yang berubah pun sekadar nukar nama pakei tempek rah gambar ya jak. Alamat blog tuk pun masih agik "sukatimesen.blogspot.com". Mun andaikata suatu hati kelak onggon.com ya nyau-parai-mati dah sekda agik, nama sukatimesen ya masih ada.
Setakat tuk ajak doloklah. Gambar tuk dirakam di Kinabalu Heritage Park di Hotel Perkasa, Kundasang, Sabah. Oleh kerana kerja rah KK masa ya lom abis, terpaksa kmkorg kensel diam otel tuk sedeh na atiku masa ya. Cun juak hari ujan kakya tempat/pelantar pakei nangga gunong Kinablu ditutup jadi sikpat nak ngambik gambar. Lagikpun masa ya cun juak ujan dan berkabus tebal sik guna juak mun dapat masok sia nak? Okehlah ya jaklah untuk diari kalio tuk :P
Thursday, December 29, 2011
Sunrise di Mengkabong Sabah
Pada 29 November 2011 yang lalu, bergerak dari KingPark Hotel jam 3.30 pagi ke Jambatan Mengkabong di daerah Tuaran lebih kurang 20-30 minit perjalanan dari bandaraya Kota Kinabalu dengan seorang lagi kenalan dalam internet iaitu Cyril Riseng atau dikenali dengan nama panggilan Tubik. Dia adalah seorang blogger - klik sini - yang berasal dari Bau, Sarawak dah lama menetap di Kota Kinabalu dan dah jadi orang sana pun. Bertolak awal pagi sebab di Sabah jam 5 pagi lebih dah nak cerah dah. Sementara tunggu matahari muncul, aku sempat ambik gambar bintang.. Kalaulah aku main stratrail hari tu kan best :P
Di Mengkabong kami disertai oleh Tuan Haji Dzulbokhari Dzulkifli dan Srap. Keindahan pemandangan kat sini tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Jika anda seorang pecinta landscape photography, nahhh inilah tempatnya. Cuma masa aku datang kat sini time ni awan dia taklah secantik seperti kebiasaan. Biasalah, nak dapat shot yang lawa kenalah datang banyak kali barulah ok. Next time aku datang KK aku nak ambik lagilah shot kat Mengkabong ni hehe..
Kepada Tubik, terima kasih banyak daun keladi kerana sudi bawak aku JJCG (jalan-jalan cari gambar) di Mengkabong ni. Selama ni pun aku berkontek dengan Tubik pun melalui internet dan bila jumpa secara live barulah aku tau dia punya "belang" kekeke... Sebenarnya Tubik ni peramah orangnya dan kelakar memang senang bah nak masuk line.. Seperti biasa, selepas ambik2 gambar, kitaorang pun bergambar ramai2 untuk kenangan. Kredit gambar pada Tubik (Sony a77) untuk gambar kami. Tuan Haji (Sony a550) pun best mesra alam, Srap (Sony a850) pulak sekali pandang macam artis si Awie Wings tu bah kekeke...
* Foto special punyerrr Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim adalah ehsan dari blog Darul Ehsan Today Saje nak korang tengok Menteri Penerangan ni pakai kamera Sony a77.. Cayalah Datuk Seri hehehe..
* Foto special punyerrr Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim adalah ehsan dari blog Darul Ehsan Today Saje nak korang tengok Menteri Penerangan ni pakai kamera Sony a77.. Cayalah Datuk Seri hehehe..

Friday, December 2, 2011
Pangkalangan, Semporna Sabah
Salam Jumaat. Pernah pergi Semporna? Tapi pernah tak ke tempat yang bernama Pangkalangan? Tempat ni lebih kurang dalam 20-30 minit perjalanan dari pekan Semporna nun di penghujung Semporna. Kat sini adalah tempat untuk orang yang minat camping. Tempat memang sangat chantek lagi menarik terutama bagi pecinta landscape photography. Masa ni matahari baru nak sejengkal terbenam tapi oleh kerana aku dan kawan-kawan cuma ada masa dalam 30 minit untuk ambik gambar, so ni je lah yang mampu aku rakam. Gambar dirakam menggunakan kamera Sony SLT-A77 dipasangkan dengan lens Tokina 11-16mm f/2.8.
Kekangan kerja menyebabkan aku tak boleh lama-lama kat sini tu yang buat aku rasa cam sedih sangat sebab tak boleh nak ambik gambar sebanyak mana angle yang aku mahu. Takpelah kan.. Kira 1st visit ni nanti kalau datang lagi boleh aku prepare betul-betul siap camping kat situ. So, itu sahaja untuk kali ini.. Selamat berhari Jumaat dan selamat berhujung minggu. Adios amigos, carpe manana.. Wassalam ;)
Tuesday, November 29, 2011
Cuci Mata di Semporna Sabah
Sila baca ala-ala orang Sabah: Suda namanya mencuci mata, haruslah sambil bakarja sambil menyelam mengambil gambar. Itu barulah cuci mata, bukan curi tulang ehekk.. Bila time makan dia makan bila time round-round, dia yang gila! Aku pun nda ingat barapa kali suda aku ke Semporna. Barangkali ini yang ke 3 atau ke 4. Kami tinggal di Hotel Seafest bilik mengadap laut. Dari tingkap bilik nampak bot atau kapal "limpas" sepanjang masa. Bila tingok laut, hati tanang jaaak..
Aku bukanlah pandai menulis atau mengira bercerita. Kalau tidak, panjang suda karanganku ini mungkin sampai 100 mukasurat bah. Jadi oleh kerana itu, aku hanya sekadar berkongsi apa yang aku nampak dengan mata kepala aku kecuali gambar cewek hehehe. Hanya berkongsi melalui gambar. Kadang-kadang gambar pun belum tantu memperlihatkan kechantekan alam yang sebenar. Untuk merasai keadaan sebenar, mo nda mo kau kena pergi tingok sendiri. Untuk entry seterusnya, ada lagi tempat rahsia di Semporna yang ramai orang nda tahu. Mo tau? Jadi tunggu ja entry besok-besok bah.. Akhir kalam, kalo ada jarum yang patah, jangan disimpan di dalam peti. Kalo aku cakap Sabah salah, harap jangan aku dimarahi.. Bah.. bah.. Sehingga kita bertemu lagi. Wassalam.
Pssssttt... sakit mata tengok bendera Malaysia yang terkoyak kat Semporna Holiday Resort.. dorang tak sensitif ke benda-benda mcmni? Malu kat pelancong jerr.. :P
Labels:
borneo,
kaljis,
khairul onggon,
malaysia,
malaysian borneo,
onggon,
sabah,
semporna,
tawau
Location:
Semporna, Sabah, Malaysia
Thursday, November 24, 2011
Kamera Terbaharu Sony SLT-A77
Semua gambar diambil menggunakan kamera Sony SLT-A77V. Puashati? Ermmmm.. setakat ni bolehlah. Yang bestnya kamera ni bila ambil gambar secara manual ibarat "makan kacang", senang giler dan video dia kropp-kropp sedap lazat! Inilah kamera paling senang pernah aku guna setakat ini. Kamera ini dah macam artis. Pergi mana-mana pasti akan ada yang bertanya itu dan ini. Jurugambar lain pasti terhenti dan mata masing-masing akan tertumpu pada lcd kamera ini yang boleh berpusing-pusing tidak ada pada sebarang kamera dslr jenama lain. Itulah kelebihan sony, kreatif dan inovatif dalam teknologi. Banyak lagi yang best sebenarnya, ada GPS, 12fps, bla.. bla.. bla..
Yang tak best? Ermmm.. noise yang agak ketara. Noise di sini merujuk kepada bintik-bintik pada gambar. Noise akan mula ketara pada takat 1600 ke atas. Alhamdulillah setakat ni aku pakai kamera tak pernah lebih dari 800. Lagi yang tak best? Kamera ni memang manja kededek. Kualiti gambar memang jelas hensem dan cantik bila dipasangkan dengan lens mahal yang berharga riban-riban seperti Carl Zeiss dan G Lens. Kalau setakat yang biasa-biasa ibarat melepas batuk ditangga atau ada Mat Salleh sorang tu cakap dalam tenet (aku x ingat sape) ibarat menghina kamera a77 itu sendiri dengan lens murahan. Benda-benda inilah yang mula mendatangkan fening kefala. Nak tau lagi pasal kamera ni, sila tengok video di bawah.. :)
Semua gambar diambil menggunakan kamera Sony SLT-A77 dengan lens "murahan" Sony 18-250mm f3.5-6.3 dengan lens Tokina 11-16mm f/2.8 dua-dua lens favourite aku sewaktu traveling. Awas! Membeli kamera mahal tidak semestinya akan membuatkan gambar yang korang ambik jadi lawa, tapi semestinya akan membuatkan kocek korang koyak-rabak ehekk... Ini fakta bukan auta :P
Wednesday, November 16, 2011
LaGI-LAgi di Tawau Sabah
Datang lagi ke Tawau Sabah. Kali ni 14-22 November 2011. Hari ni waktu rehat langsung tak balik hotel. 11 tahun lebih aku kerja, tak pernah lagi kerja macam ni. Ni lah masalahnya bila dikelilingi oleh manusia yang sekolah berttingkat-tingkat. Semakin bertingkat jadi mangkuk tingkat. Nampak macam senang-lenang goyang pinggang goyang kaki tapi hakikatnya susah dan meletihkan. Letihnya tak terkata.. Bayangkan aku yang jenis tak tidur tengahari pun boleh tertidur macam burung belatuk masa nak makan tengahari. Bukan tak nak balik berehat, tapi terpaksa terkejar-kejar dengan "mission impossible" takut kang tak sempat siap. Kalau bercerita pasal pengorbanan tak payahlah. Muak dah aku dengar. Sikit-sikit korban.. Sikit-sikit kena korban.. Eh.. banyak cekadak plak entry kali ni hehehe.. :P
* susah nak jaga hati orang ni lagi susah kalau orang yang tak reti nak jaga hati kita.
Saturday, July 9, 2011
Keningau Sabah
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Aku masih lagi di Kluang, Johor. Untuk sehari dua ni belum ada gambar di Kluang. So, layan dulu gambar semasa di Keningau Sabah pada 18-20 Jun 2010 lepas. Semasa di Keningau ni aku di serang oleh "Datuk Trio", demam, batuk dan selsema.. eh.. selsema ade ke? aku pun lupaa.. Okeh.. Itu je untuk hari ni.
Subscribe to:
Posts (Atom)
{ My Popular Posts }
-
1. Assalamualaikum dan salam 1Malaysia. Jikalau berkunjung ke Kundasang jangan lupa untuk singgah ke ladang ternakan lembu tenusu yang te...
-
Pada 30 Mac 2012 yang lalu saya berkesempatan untuk singgah di Kampung Orang Asli Bumiputra Dalam yang terletak di Rengit, Batu Pahat, Jo...
-
Assalamualaikum kaki sekodeng kaki melungak kaki busy body ehekk.. Jangan marah gurau jer. Tetiba hari ni nak kecek standard BM plak. M...