Showing posts with label semporna. Show all posts
Showing posts with label semporna. Show all posts

Monday, March 4, 2013

Fakta Krisis Pencerobohan di Sabah dan Doa Untuk Para Perwira Negara

Kita semua dikejutkan dengan kejadian pencerobohan pengganas di Tawau, Sabah. Pada awalnya kerajaan mengambil kira para penceroboh ini juga beragama Islam, maka pihak kerajaan cuba untuk berunding dengan cara yang terbaik iaitu suapaya para penceroboh berundur dengan cara aman untuk mengelakkan pertumpahan darah sesama agama kita. Namun setelah pembunuhan 2 anggota keselamatan kita, hal ini sudah menjadi perkara yang melampaui batasan.

Kalau negara lain sudah lama penceroboh ini akan dicop terus sebagai pengganas dan hanya "berunding" dengan mata peluru. Nampaknya kebaikan dan tolak ansur yang kerajaan kita tawarkan dibalas dengan pembunuhan anggota keselamatan negara kita. Namun kita kena faham kenapa polis yang dikerahkan dahulu bukan askar-askar kita?

Ekceli aku pun rasa sedih jugak sebab masih teringat masa aku masih kecik, ayah aku yang bertugas di Batalion ke-15 Pasukan Polis Hutan ditugaskan ke Lahad Datu selama berbulan-bulan untuk membanteras lanun. Sebab itu bila timbul isu ini, aku rasa terpanggil untuk berkongsi cerita dan maklumat yang mana anak-anak anggota keselamatan lebih faham pabila ayah mereka ditugaskan untuk menangani isu sebegini.

Imej: Google




Berita terkini berlegar di internet bahawa Rejimen Askar Melayu Di-Raja kini siap siaga mengambil alih tugas mengawal suasana serta keselamatan penduduk di kawasan yang terlibat dengan insiden pencerobohan ini. Anggota tentera 21 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem 8 Briged Pengkalan Chepa antara mereka yang berlepas ke Sabah sebagai batalion tambahan untuk menangani krisis pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu dan Semporna. Semoga krisis ini dapat ditangani dengan cepat dan selamat. Kepada anggota keselamatan yang bertugas, jangan gentar, doa kami bersamamu wahai para perwira negara.




------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sumber : Facebook PDRM

DOA UNTUK PARA PERWIRA NEGARA

Imej: Google


Bismillahirrahmanirrahim..

Ya Allah Ya Tuhan kami, Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Tuhan yang mempunyai kekuasaan dan kebesaran. Tuhan penganugerah keselamatan dan kesejahteraan. Kami hamba-hamba-Mu menadah tangan sebagai tanda syukur yang tidak terhingga untuk dihitungnya, atas keselamatan dan kesejahteraan, kesihatan dan kenikmatan yang Engkau anugerahkan ke atas negara kami yang tercinta ini Ya Allah.

Ya Allah ya Tuhan kami, Engkau campakkanlah jaluran kerahmatan yang berpanjangan kepada kami, Engkau simpulkanlah ikatan ukhwah penuh keserasian, Engkau labuhkan tirai keampunan maghfirah penuh keinsafan, Engkau jaringkan tangsi hidayah dan inayah yang berkekalan, Engkau titiskan darjah kesolehan dan kesihatan yang berkekalan buat kami, anak-anak watan juga keluarga yang tersayang.

Wahai pejuang-pejuang dan perwira-perwira negara, bangkit dan bersumpahlah berpaksikan kalimah akidah tauhid Laailahaillallah Muhammadur Rasulullah, bahawa tidak akan kami biarkan bumi yang bertuah penuh bersejarah ini, diinjak pijak, disentap rentap, diselat lipat dek musuh durjana petualang bangsa ya Allah.

Tidak akan kami biarkan, biar ia putih bersih, tidak akan kami biarkan ya Allah, biarkan kami mencurahkan segala kesangggupan dan keupayaan kami di dalam mempertahankan negara kami dari sebarang kekacauan, huru hara dan pencerobohan. Biarkan kami berputih tulang namun tidak sekali-kali kami berputih mata menyerahkan kedaulatan negara kepada pengkhianat bangsa, agama dan negara Malaysia yang kami cintai ini walaupun roh kami melayang menjadi taruhan menyembah sujud bertemu-Mu ya Salam.

Amin Ya Allah..


------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sumber 1


MENGAPA POLIS YANG DIKERAHKAN DAHULU?

Imej: Google


Dalam situasi ini , kita kenalah faham , Mengapa Polis Hutan (PGA) dan VAT69 yang dikerahkan dahulu. Tujuan asal OPS Serkap / Sulu ini adalah untuk berunding dengan penceroboh (mundu) untuk keluar dari kawasan yang diceroboh dan untuk menangkap penceroboh sekiranya mereka enggan meninggalkan kawasan yang diceroboh.

Peristiwa berdarah dengan lepasan Mortar yang meragut 2 nyawa anggota VAT69 (Very Able Trooper 69) menandakan perang tercetus diantara penceroboh dan anggota keselamatan kita.


DIMANA LETAKNYA ASKAR KITA?

Imej: Google


Ramai juga yang mempertikaikan dimana Askar kita ? GGK? Komando?Mengapa Polis yang diarahkan terlebih dahulu.Untuk pengetahuan anda , Tentera hanya akan bertindak dengan arahan dan sekiranya pihak Polis tidak dapat mengawal situasi tersebut , (dalam situasi ini , sekiranya perintah Darurat disytiharkan daripada Yang Di-Pertuan Agong, Tentera akan mengambil alih OPS) . Disaat ini pun , pihak tentera diarahkan untuk bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.


MENGAPA TIDAK DISYTIHARKAN PERANG TERHADAP PENCEROBOH?

Imej: Google


Pokok persoalan yang menjadi tanda tanya , mengapa tidak dihapuskan sahaja penceroboh ini? tembak? bom? hapuskan tanpa perlu berunding kerana ini melibatkan kedaulatan negara.Banyak perkara yang perlu diambil kira sekiranya Malaysia ingin mengisytiharkan perang. 

Perkara-perkara berbangkit selepas ini sekiranya kita tidak mengadakan rundingan terlebih dahulu.Salah satunya seperti , diplomasi luar Malaysia. Tidak mustahil selepas ini sekiranya penceroboh (Kesultanan Sulu) ini terus digempur , akan wujudnya sekutu-sekutu (ghaib) yang cuba membantu penceroboh ini.

Janganlah politikkan isu ini dengan menyamakan konflik Lahad Datu dengan demonstrasi jalanan Bersih , kerana ianya dua hal yang berbeza. Dalam apa-apa situasi pun , pihak keselamatan kita sememangnya akan berunding terlebih dahulu sebelum memulakan apa-apa tindakan. Dan isytihar perang juga bukanlah satu perkara yang boleh dibuat sewenangnya.

Negara kita mempunyai institusi beraja dan mengangkat Islam sebagai agama rasmi. Di dalam Islam , mengisytiharkan perang bukanlah sesuka hati , tetapi mempunyai proses-proses yang perlu diambil kira , seperti berunding dan sekiranya boleh mengelakkan pertumpahan darah. Kita masih memikirkan adab-adab tersebut.







------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Sumber 2



KENAPA POLIS DIKERAHKAN DULU BUKAN TENTERA?

Imej: Google



1) Jika kita guna tentera dahulu bermakna kita dalam perang dengan Sultan Sulu.

2) Juga bermakna kita mengiktiraf Sultan Sulu secara lansung sebagai kerajaan yang sah yang mengistiharkan perang kepada kita.

3) Dan jika ini berlaku ianya akan tertakluk kepada Geneva Convention dan beberapa protokol antarabangsa.


Jika Polis sebagai pemerintah operasi bermakna:

1) kita masih anggap mereka itu penjenayah dan penceroboh bukan combatant perang.

2) Polis kita akan menangkap dan menahan (perkatannya untuk polis ialah menahan bukan menawan - Menawan ialah perkataan Tentera ada beza di antara keduanya)

3) Untuk mengelakkan mereka menjadi Tawanan Perang. Cukup sekadar sebagai tahanan penjenayah. Maka tuduahn di Mahkamah Awam boleh di lakukan. Seperti tuduhan yang boleh kita buat di atas lanun Somalia yang kita tahan sedikit masa lalu. Mereka tidak di anggap tawanan perang.

4) Boleh di ektradisikan dengan lebih mudah ke Filipina. Kalau tindakan ketenteraan atau kita anggap perang susah nak bicara dan mana nak tempatkan mereka dan diklasifikasikan mereka ini? Maka jadilah macam kisah CIA dan Black Sitenya untuk WAR on TERROR mereka. Kita kena la buat macam Guantonamo Bay juga.


Itu sebab kita mengambil langkah Polis dahulu. Jika tentera ambil alih sudah jadi kes lain. Jika keadaan tidak boleh di kawal lagi maka LOCAR AREA EMERGENCY (darurat setempat) boleh di isytiharkan Ianya seperti darurat waktu ribut banjir New Orleans dahulu - tentera USA ambil alih bukan lagi polis tempatan.

Dalam keadaan ini bermakna bukan satu negara Malaysia darurat dan bukanlah bermakna perang kerajaan Malaysia dan Sultan Sulu. Darurat hanya untuk keselamatan sahaja dan LOCAL AREA SAHAJA. Rasanya bukan seluruh Lahad Datu pun.Hanya kawsan pencerobohannya sahaja. Nampak hati-hatinya dan telitinya Kerajaan dalam hal ini? Menurut langkah satu persatu?

Nota Tambahan. Ingat kes Maunah dahulu? Mula-mula polis. Kemudian Tentera ambil alih. Dan setelah tentera ambil alih tuduhan kepada Mohd Amin (ketua Almaunah)yang membawa hukuman mati ialah tuduhan mengistiharkan perang kepada YAng Di Pertuan Agung. Beliau tidak di tuduh sebagai orang awam iaitu tuduhan Membunuh (i.e; Bunuh polis SB tu). Beliau di tuduh sebagai combatant Perang.

Persoalan sempadan bolos. Mereka masuk sikit demi sedikit dengan bot pancung dalam kawasan yang mana sempadan adalah kabur dan menjadi tradisi penduduk tempatan berulang alik. Lagi pun kawasannya luas.

Tiada ada negara dalam dunia yang tidak di tembusi sempadannya. Yang sukar sedikit ialah Israel dan Vatican. Israel sebab temboknya dan Vatican City sebab di dindingnya dan juga di kepung oleh bandar Rom. Hatta USA pun sering di cerobohi sempadannya oleh orang Mexico. Negara China yang terkenal dengan Gerat wallnya sering di cerobohi orang bangsa Mongolia Nomad atau bangsa padang steppe yang berulang-alik (serupa dengan kes Lahad datu - golongan yang tidak mempunyai sempadan).



Thursday, July 12, 2012

Semporna, Sabah Julai 2012

Bajau Laut


Salam. Entry ringkas je ni. Pada 6 Julai yang lepas aku berkesempatan untuk pergi ke Semporna buat kali ke-3 tetapi kali ni hanya singgah sebentar atas tujuan bertemu dengan UMNO bahagian Semporna berkenaan kajian Bernama TV saluran 502 di Astro. Tujuan kajian ni adalah untuk mengetahui maklumbalas dan penambahbaikan serta mendapatkan pandangan wakil pihak yang berkaitan dengan politik.

Selesai tugas, kami singgah di Dragon Inn atau lebih dikenali sebagai "Floating" untuk berehat cuci mata hehe.. Kebetulan masa tu ada dua bot orang Bajau Laut datang ke Floating untuk menjual ketam suri iaitu sejenis ketam laut untuk sebuah restoran di Floating. Tengok punya tengok kami tanya harga sekilo berapa. Siap masak, pihak restoran mnegenakan cas sebanyak RM45 sahaja untuk setiap kilo ketam. Last-last kami pun cuba try test makan ketam masak butter dan masak masam-manis.. Memang dorang terer masak! Aku sangat-sangat mengesyorkan kalau sesiapa yang datang ke Semporna, sila try dia punya masakan ketam..

Ada kawan tanya betul ke Bajau Laut ni dorang tinggal di dalam bot, dia masak, mandi, basuh baju semuanya dalam bot? Macamane dorang nak survive? Jawapannya ada pada gambar pertama.. Yang korang  tak nampak dalam gambar tu ialah ada bayi kecik dalam buaian di dalam bot tu.. Serius!

Untuk tengok gambar-gambar lain di Semporna bolehlah tengok di sini (edisi Nov 2011). Sehingga berjumpa lagi dalam entry hari esok, insyaAllah :)


Dragon Inn | Floating



Floating Restaurant, Dragon Inn



Floating Restaurant, Dragon Inn



Semporna



Dragonn Inn | Floating



Ketam Suri

Friday, December 2, 2011

Pangkalangan, Semporna Sabah

Pangkalangan



Salam Jumaat. Pernah pergi Semporna? Tapi pernah tak ke tempat yang bernama Pangkalangan? Tempat ni lebih kurang dalam 20-30 minit perjalanan dari pekan Semporna nun di penghujung Semporna. Kat sini adalah tempat untuk orang yang minat camping. Tempat memang sangat chantek lagi menarik terutama bagi pecinta landscape photography. Masa ni matahari baru nak sejengkal terbenam tapi oleh kerana aku dan kawan-kawan cuma ada masa dalam 30 minit untuk ambik gambar, so ni je lah yang mampu aku rakam. Gambar dirakam menggunakan kamera Sony SLT-A77 dipasangkan dengan lens Tokina 11-16mm f/2.8.

Kekangan kerja menyebabkan aku tak boleh lama-lama kat sini tu yang buat aku rasa cam sedih sangat sebab tak boleh nak ambik gambar sebanyak mana angle yang aku mahu. Takpelah kan.. Kira 1st visit ni nanti kalau datang lagi boleh aku prepare betul-betul siap camping kat situ. So, itu sahaja untuk kali ini.. Selamat berhari Jumaat dan selamat berhujung minggu. Adios amigos, carpe manana.. Wassalam ;)



Pangkalangan



Pangkalangan

Tuesday, November 29, 2011

Cuci Mata di Semporna Sabah

Semporna



Sila baca ala-ala orang Sabah: Suda namanya mencuci mata, haruslah sambil bakarja sambil menyelam mengambil gambar. Itu barulah cuci mata, bukan curi tulang ehekk.. Bila time makan dia makan bila time round-round, dia yang gila! Aku pun nda ingat barapa kali suda aku ke Semporna. Barangkali ini yang ke 3 atau ke 4. Kami tinggal di Hotel Seafest bilik mengadap laut. Dari tingkap bilik nampak bot atau kapal "limpas" sepanjang masa. Bila tingok laut, hati tanang jaaak..

Aku bukanlah pandai menulis atau mengira bercerita. Kalau tidak, panjang suda karanganku ini mungkin sampai 100 mukasurat bah. Jadi oleh kerana itu, aku hanya sekadar berkongsi apa yang aku nampak dengan mata kepala aku kecuali gambar cewek hehehe. Hanya berkongsi melalui gambar. Kadang-kadang gambar pun belum tantu memperlihatkan kechantekan alam yang sebenar. Untuk merasai keadaan sebenar, mo nda mo kau kena pergi tingok sendiri. Untuk entry seterusnya, ada lagi tempat rahsia di Semporna yang ramai orang nda tahu. Mo tau? Jadi tunggu ja entry besok-besok bah.. Akhir kalam, kalo ada jarum yang patah, jangan disimpan di dalam peti. Kalo aku cakap Sabah salah, harap jangan aku dimarahi.. Bah.. bah.. Sehingga kita bertemu lagi. Wassalam.

Pssssttt... sakit mata tengok bendera Malaysia yang terkoyak kat Semporna Holiday Resort.. dorang tak sensitif ke benda-benda mcmni? Malu kat pelancong jerr.. :P



Semporna



Semporna



Semporna



Semporna



Seafest Hotel



Semporna



Semporna



Semporna



Semporna Holiday Resort



Semporna Holiday Resort



Monday, April 4, 2011

repost: Semporna Sabah


Ini bukan entry "Once Upon a Time in China" ehekk.. tapi sekadar catatan kenangan sewaktu menjalankan tugas negara di Semporna Sabah pada 12 Mei 2007. Ini adalah kali pertama menjejakkan kaki di sini dan ya, masa ni takde kamera dslr. Sempat tidur semalam sebelum pulang semula ke Kota Kinabalu. Ni antara sebab aku suka kerja "kerani terbang" ni. Tiap-tiap tahun gerenti pergi Sabah dan Sarawak. Lagi pedalaman lagi le aku suka sebab aku suka tempat baru, cabaran baru yerrr..

Kepada blogger yang tak tau, ni adalah blog baru walaupun dotcom masih sama, yang lama telah dipadam terus demi keselamatan negara ehekk.. So tolong aku untuk menjejaki blog korang. Sila check jika link blog korang dah dalam bloglist aku ke belum. Kalau takde, sila tinggalkan alamat blog korang dalam ruangan komen atau refollow semula blog aku (kalau sudi le, tak paksa pun).


*The Coklat Celup.. errr apa url blog awak?


| Nokia N73 | 3.2mp camera with Carl Zeiss optic |






{ My Popular Posts }