Showing posts with label kaljis. Show all posts
Showing posts with label kaljis. Show all posts

Thursday, December 29, 2011

Sunrise di Mengkabong Sabah

Sungai Mengkabong



Pada 29 November 2011 yang lalu, bergerak dari KingPark Hotel jam 3.30 pagi ke Jambatan Mengkabong di daerah Tuaran lebih kurang 20-30 minit perjalanan dari bandaraya Kota Kinabalu dengan seorang lagi kenalan dalam internet iaitu Cyril Riseng atau dikenali dengan nama panggilan Tubik. Dia adalah seorang blogger - klik sini - yang berasal dari Bau, Sarawak dah lama menetap di Kota Kinabalu dan dah jadi orang sana pun. Bertolak awal pagi sebab di Sabah jam 5 pagi lebih dah nak cerah dah. Sementara tunggu matahari muncul, aku sempat ambik gambar bintang.. Kalaulah aku main stratrail hari tu kan best :P

Di Mengkabong kami disertai oleh Tuan Haji Dzulbokhari Dzulkifli dan Srap. Keindahan pemandangan kat sini tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Jika anda seorang pecinta landscape photography, nahhh inilah tempatnya. Cuma masa aku datang kat sini time ni awan dia taklah secantik seperti kebiasaan. Biasalah, nak dapat shot yang lawa kenalah datang banyak kali barulah ok. Next time aku datang KK aku nak ambik lagilah shot kat Mengkabong ni hehe..

Kepada Tubik, terima kasih banyak daun keladi kerana sudi bawak aku JJCG (jalan-jalan cari gambar) di Mengkabong ni. Selama ni pun aku berkontek dengan Tubik pun melalui internet dan bila jumpa secara live barulah aku tau dia punya "belang" kekeke... Sebenarnya Tubik ni peramah orangnya dan kelakar memang senang bah nak masuk line.. Seperti biasa, selepas ambik2 gambar, kitaorang pun bergambar ramai2 untuk kenangan. Kredit gambar pada Tubik (Sony a77) untuk gambar kami. Tuan Haji (Sony a550) pun best mesra alam, Srap (Sony a850) pulak sekali pandang macam artis si Awie Wings tu bah kekeke...

* Foto special punyerrr Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim adalah ehsan dari blog Darul Ehsan Today Saje nak korang tengok Menteri Penerangan ni pakai kamera Sony a77.. Cayalah Datuk Seri hehehe..



Jambatan Mengkabong



Mengkabong Bridge



Mengkabong



Mengkabong

Tuesday, November 29, 2011

Cuci Mata di Semporna Sabah

Semporna



Sila baca ala-ala orang Sabah: Suda namanya mencuci mata, haruslah sambil bakarja sambil menyelam mengambil gambar. Itu barulah cuci mata, bukan curi tulang ehekk.. Bila time makan dia makan bila time round-round, dia yang gila! Aku pun nda ingat barapa kali suda aku ke Semporna. Barangkali ini yang ke 3 atau ke 4. Kami tinggal di Hotel Seafest bilik mengadap laut. Dari tingkap bilik nampak bot atau kapal "limpas" sepanjang masa. Bila tingok laut, hati tanang jaaak..

Aku bukanlah pandai menulis atau mengira bercerita. Kalau tidak, panjang suda karanganku ini mungkin sampai 100 mukasurat bah. Jadi oleh kerana itu, aku hanya sekadar berkongsi apa yang aku nampak dengan mata kepala aku kecuali gambar cewek hehehe. Hanya berkongsi melalui gambar. Kadang-kadang gambar pun belum tantu memperlihatkan kechantekan alam yang sebenar. Untuk merasai keadaan sebenar, mo nda mo kau kena pergi tingok sendiri. Untuk entry seterusnya, ada lagi tempat rahsia di Semporna yang ramai orang nda tahu. Mo tau? Jadi tunggu ja entry besok-besok bah.. Akhir kalam, kalo ada jarum yang patah, jangan disimpan di dalam peti. Kalo aku cakap Sabah salah, harap jangan aku dimarahi.. Bah.. bah.. Sehingga kita bertemu lagi. Wassalam.

Pssssttt... sakit mata tengok bendera Malaysia yang terkoyak kat Semporna Holiday Resort.. dorang tak sensitif ke benda-benda mcmni? Malu kat pelancong jerr.. :P



Semporna



Semporna



Semporna



Semporna



Seafest Hotel



Semporna



Semporna



Semporna



Semporna Holiday Resort



Semporna Holiday Resort



Friday, August 19, 2011

Jalan Kaki di Serian, Sarawak :P


Bulan Besar Besaq Besau Besai



Gambar kat tasik out, kat tepi sungai pun out sebab apa, sebab setting kamera aku lupa nak adjust, ada ka EV -1 hingga -2 camana tak gelap gambar. Pastu filter ND Grad pulak tak bukak-bukak kat lens. Pemalas betul. Faktor lain hari nak hujan, hari gelap bla bla bla.. Pendek cerita, tak pandai ambik gambar kan senang.. Mengaku je lah hahaha..

Taman Danu Serian atau dikenali juga sebagai Tasik Serian hanya berjalan kaki 10 minit dari rumah aku, manakala Batang Sadong atau Sungai Sadong hanya beberapa meter dari rumah aku. Jalan depan rumah jer. Oh Rumah aku di Kampung Hilir, Serian lebih kurang 45 minit perjalanan dari bandaraya Kuching. Dari Serian ke Kuching jalan canthek, jalan highway tu. Apa persamaan tasik dan sungai ini? Kedua-duanya terdapat buaya yang berasal-usul dari Batang Lupar, Sri Aman tempat lagenda buaya Bujang Senang. So, kalau nak ambik gambar kat tepi tasik atau sungai, sila 10 kali cek pun takpa, yang penting keselamatan. Ambik gambar bulan lagi syok.. Duk kat beranda rumah sambil rilek2 goyang kaki hehe..

Baru aku perasan, aku tak pergi Air Terjun Ranchan rupanya aiseymen.. Patutlah lain macam je koleksi gambar aku kali ni :P Okeh, esok nak post pasal makanan di Sarawak, eh masakan dan kuih-muih kat bazaar Ramadhan di Kuching. Kalau nak tau juadah sama ke tak ngan yang di KL, esok kita tengok dalam blog ni ehekk.. Jumpa lagi. Wassalam.



Tasik Serian



Tasik Serian



Tasik Serian



Batang Sadong



Batang Sadong

{ My Popular Posts }