Salam. Entry ringkas je ni. Pada 6 Julai yang lepas aku berkesempatan untuk pergi ke Semporna buat kali ke-3 tetapi kali ni hanya singgah sebentar atas tujuan bertemu dengan UMNO bahagian Semporna berkenaan kajian Bernama TV saluran 502 di Astro. Tujuan kajian ni adalah untuk mengetahui maklumbalas dan penambahbaikan serta mendapatkan pandangan wakil pihak yang berkaitan dengan politik.
Selesai tugas, kami singgah di Dragon Inn atau lebih dikenali sebagai "Floating" untuk berehat cuci mata hehe.. Kebetulan masa tu ada dua bot orang Bajau Laut datang ke Floating untuk menjual ketam suri iaitu sejenis ketam laut untuk sebuah restoran di Floating. Tengok punya tengok kami tanya harga sekilo berapa. Siap masak, pihak restoran mnegenakan cas sebanyak RM45 sahaja untuk setiap kilo ketam. Last-last kami pun cuba try test makan ketam masak butter dan masak masam-manis.. Memang dorang terer masak! Aku sangat-sangat mengesyorkan kalau sesiapa yang datang ke Semporna, sila try dia punya masakan ketam..
Ada kawan tanya betul ke Bajau Laut ni dorang tinggal di dalam bot, dia masak, mandi, basuh baju semuanya dalam bot? Macamane dorang nak survive? Jawapannya ada pada gambar pertama.. Yang korang tak nampak dalam gambar tu ialah ada bayi kecik dalam buaian di dalam bot tu.. Serius!
Untuk tengok gambar-gambar lain di Semporna bolehlah tengok di sini (edisi Nov 2011). Sehingga berjumpa lagi dalam entry hari esok, insyaAllah :)
Pernah menginap di Dragon Inn ni dulu. Rasa mcm nak mengulang lagi...
ReplyDeleteKagum dengan cara kehidupan masyarakat Bajau laut ni... All in one...
Saya pun sekali je pernah duk situ pun rasa nak mengulang lgi jugak.. Rasa mcm seronok pulak..
Deletegambar 1st ya kacak.
ReplyDeletesuma gambar awan kmk suka.
Terima kasih daun keladi :)
Deletesabah memang cantik. teringin nak g mabul island :D
ReplyDeleteSaya pun belum sampai Mabul.. bile lah nak sampai ni...
DeleteFUHHH...kacak na tempat ya. jernih aekkk!
ReplyDeleteYa baruk tepi bandarnya.. giney ndakkah mun di Pulo2 nya hoh..
Delete