Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam Ramadhan Al-Mubarrak. Selamat menjalani ibadah puasa bagi semua kawan-kawan yang beragama Islam. Cerita kali ini sekadar kenangan lama sewaktu kecil dahulu. Ni sebab aku tetiba rindu pada mak ayah kat kampung.. Rindu kat adik-beradik aku, rindu serindu-rindunyaaa.. Asal bulan puasa je mesti rasa sedih.. Kalau hari raya lagilah kot.. Maaflah kalau entry aku ni merapu-meraban dan membosankan..
Aku dilahirkan di sebuah daerah kecil yang bernama Serian, lebih kurang 45km dari bandaraya Kuching, Sarawak. Aku adalah anak yang paling sulung dalam 6 adik-beradik. 3 lelaki, 3 perempuan. Nama yang diberi ialah Abang Khairul Rijal (dengan nama gelaran "onggon" yang bermaksud anak paling tua), Dayang Noraishah (kontot), Dayang Nurhazira (tambi), Dayang Masnizah (kodek) Abang Amiruddin (luguk) dan Abang Mohd. Azhar (Pahayam).. Aku adalah seorang abang yang garang dan tegas sewaktu kecik. AKu garang pun sebab nak protect dan nak kasi tunjuk ajar pada adik-adik hehe..
Ok.. Serian terkenal dengan buah durian sehinggakan jika sesiapa yang turun dari Kuching nak ke Sri Aman dan daerah-daerah lain akan melalui bandar Serian dahulu. Maka akan nampaklah replika durian gergasi di tengah-tengah bulatan terbesar di Serian. Kat Serian juga terdapatnya Air Terjun Ranchan juga dikenali sebagai Ranchan Pool yang terkenal di kalangan orang Sarawak.Namun aku juga membesar di Sibu, Sarawak sehingga aku berumur 6 tahun dan masuk tadika di Tadika Batalion ke 15, Pasukan Polis Hutan, Kem Lanang Sibu. Bila masuk umur 7 tahun, aku bersekolah di SRK Serian. Masa tu aku dijaga oleh nenek dan atuk kesayanganku. Tinggal di kampung banyak mengajar aku erti kehidupan. Main air banjir, panjat pokok rambutan atuk, suka dengan kucing, main macam-macam permainan kampung dan sebagainya. Errrr.. mak aku akap aku ni masa kecik sangat nakal.. Ye kerrr? Apsal aku tak ingat pun? hihi..
Cepatnya masa berlalu.. kini aku dan adik-beradik yang lain meneruskan hidup masing-masing.. Ada yang di Johor, ada yang di KL, ada yang di Kuching dan ada yang di Sibu.. Alangkah indahnya zaman kita kecik-kecik dulu, takde sebarang tanggungjawab, bebas melakukan apa-apa jer.. Kalau boleh goestan ke waktu kita kecik, kita plan betul-betul perjalanan hidup kita kan best.. Tapi nanti jadik macam orang tak bersyukurlah pulak.. Apa yang dah terjadi dalam hidup kita ni pun dah sangat-sangat bagus.. Bak kata pepatah "Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah cabaran".. Tapi masih belum terlambat kalau nak "plan hidup" kita.. Rezeki, jodoh dan ajal maut semuanya di tangan Tuhan.. Aku yakin dan aku akan berusaha.. Chaiyok! Chaiyok! Itu je yang aku nak cerita. Tadi banyak yang nak aku tulis tapi sekarang aku dah takde idea pulak.. Wassalam..
Salam. Wah kenangan mengusik kalbu.. Lama tak membelek album lama.. Memang kalau jadi anak yg sulung, besar tanggungjawabnya. Jadi contoh pada adik2 yg lain. Saya terbalik, anak keenam dari 7 orang adik beradik.. Suka bila berkumpul ramai satu keluarga..
ReplyDeleteErm masuk pertandingan tadarus Al-Quran ke tu? Hebat.. Belum pernah jejak kaki ke Serian. Teringin juga nak bercuti ke Sarawak..
Salam Ramadhan. Terima kasih kerana sudi komen di blog.
Wkmslm.. Slaam Ramadhan sekali lagi.. A'aah menjadi anak sulung mmg tanggungjawab dia lain sikit dari adik beradik yang lain.. pertandingan Al-Quran wakil kem Polis peringkat Sibu.. almaklumlah anak polis hehe..
DeleteAde rezeki datanglah ke Sarawak terutama sekali di Kuching :)
seronoknya zama kita kecik2x.kamek pun nakal juak dolok. manjat pokok, main dalam parit.
ReplyDeleteHaaaa... mena-mena-mena.. lupak kmk madah main parit hihihi...
Deleteselamat berpuasa khairul. senyum kakak lihat gambar-gambar nostalgia tu. musabaqah mesti best msa tu kan:)
ReplyDeleteSelamat berpuasa jugak kak... Gambar kenangan mmg membuatkan kita tersenyum2.. Klu bukan gambar kita sekalipun mesti fikiran kita akan teringat masa kita kecik2 dulu... :)
DeleteGine ktk mlh gmbr lamak ya kedak baru? Kitak edit agik ka? Snap dr album? Kacaklah.. sik kedak gmbr lamak...
ReplyDeletep/s: Qari padu kitak ho... hehe
Kmk scan makei scanner.. dolok kmk berisik scanner kmk rajin scan2 sambil molah kerja design masa kmk masih ngan swasta dolok hehe.. Nektok dah xda gik scanner ya.. hancorr.. Qari yg kari jak hehe..
Deletesalam ramadhan pok. selamat menjalani ibadah posa.sik balit serian ka.hehe.
ReplyDeleteWaalaikumussalam.. InsyaAllah balitlah ku kelak.. Tiket belon pun ada duak free.. mun x dipakei burn pia ajak kelak.. hehe.. Bulan 10 kelak pegi Sarawak gik keja.. dah 3 dah hehe..
Deletekacak2 jak nama gelaran beradik ktk..hehe
ReplyDeletetv ya eh..lama sik nekan..ketak ketek jak bunyi..main tekan button...
terkenang zaman kecik2 hooo...
salam ramadhan onggon :)
Yumida... hihihi... adik kmk manas pun ditunggah kontot ngan tambi... hihihi... tv antik ya bah.. ada ndakkah agik.. hehe..
DeleteWa Temuk seronok benar lihat gambar-gambar & baca cerita lama tu. Dapat no berapalah agaknya masuk musabaqah tu.... Lepas ambil gambar gambar-gambar lama, gambar-gambar tu kena "touch up" tak?
ReplyDeleteHihihi.. no 2 atau 3 x ingat yg pasti bukan no.1 hihi.. A'aah lah Wa kena touch up sikit.. Klu tak gambar lagi kelam.. :)
ReplyDeletehehehe... zaman kcik dni comot :D
ReplyDeletehihihi... mesti comel dan kelakar comot kan.. hihi
Deletenostalgianya..seronk baca. Salam ramadhan kareem, moga rmadhan kali ini lebih bermakna...
ReplyDeleteterima kasih.. salam ramadhan jugak... :)
Deletelejennnnn
ReplyDeletelejen zaman kampung hihi..
Deletecute juak kitak masa kecik...hehehehe
ReplyDeleteselamat berpuasa!!!
Makasih kak Tia.. errr.. makei nama Big Momma balitkah? Selamat berpuasa juak :)
Deleterindunya zaman dolokkan....
ReplyDeleteA'aah... eh.. Onie ni Sarawakian kah?
Deleteterbaek lah entry tok bro! :D
ReplyDelete