Showing posts with label sarawak. Show all posts
Showing posts with label sarawak. Show all posts

Tuesday, September 10, 2013

INSTAGRAM: Jalan-Jalan di Kuching, Sarawak



Assalamualaikum kaki sekodeng kaki melungak kaki busy body ehekk.. Jangan marah gurau jer. Tetiba hari ni nak kecek standard BM plak. Maafkan saya di atas entry-entry bahasa in-ter-na-sio-nal iaitu bahasa Jerman darul Kenyalang baru-baru ini ehekk.. Semua gambar-gambar adalah 'petikan' dari koleksi instagram saya. Gambar adalah dirakam menggunakan iPhone 4. Entry ini ditujukan kepada mereka-mereka yang belum pernah menjejakkan kaki ke Kuching, Sarawak. Ceritanya simple, kami beli tiket on the spot, and then terus gi Kuching tanpa ada sebarang perancangan. Pergi naik MAS, balik naik Malindo Air. Saya dah tawar hati dengan Air Asia. Malindo, uols  memang best!

Sapa yang selalu mengikuti perkembangan Instagram saya yang upload gambar selaju 150km/j 24/7 pasti akan tau kegilaan saya. Mi kolok! Yezzaaaa! Sampai-sampai airport jam 12.30 tengah malam buta kitaorang terus pergi ke gerai-gerai makan yang terletak di Jalan Astana. Apalagi kalau bukan mi kolok! Orang Sarawak kata "nang nyaman sia" (memang sedap kat situ). Selepas melampiaskan nafsu perut, kami bertolak dan bermalam di rumah kawan iaitu rumah sahabat blogger terkenal dan pemos-amos Su Ijam (macamkenal.blogspot.com) dan juga rakan-rakan zaman ITM Semariang dahulu.

Keesokan harinya, memandangkan kebetulan musim hujan, maka kami disekolahkan dengan lawatan ala-ala pra-sekolah dengan melawat Muzium Sarawak dan Muzium Kucing di Petra Jaya. Bagi saya, pihak Muzium perlu mempertingkatkan lagi kualiti bahan pameran serta cara persembahan pameran. Dipendekkan cerita, pihak Muzium sendiri pernah mengutarakan isu ini kepada menteri yang berkenaan tetapi akibat kekangan kos, idea muzium untuk menjadikan muzium-muzium utama seluruh Malaysia seperti ala-ala Muzium di Taiwan dan Korea terpaksa ditangguhkan. InsyaAllah suatu hari nanti, muzium negara kita akan canggih-manggih.. Tungguuuu...


Kalau berkunjung ke Kuching, berikut adalah beberapa tempat menarik yang perlu korang lawati.

1. Kampung Budaya Sarawak - Ada rumah-rumah pelbagai kaum dan pertunjukkan kebudayaan Sarawak. (30-40 minit dari pusat bandar)

2. Damai Sentral - Kawasan riadah pantai yang cantik dan bersih dengan kemudahan ala-ala R&R gitu. (sebelah Kampung Budaya sahaja)

3. Muzium Kucing - Patung-patung, artifak dan gambar-gambar kucing dari seluruh dunia dan bangunan Dewan Bandaraya Kuching Utara yang tersergam indah di atas bukit di Semariang, Petra Jaya (20 minit dari pusat bandar)

4. Tebingan Kuching (Kuching Waterfront) - Lawa sungguh lepak kat sini sambil tengok bot penambang di Sungai Sarawak)

5. Menaiki Bot Penambang (di Waterfront) - bayaran hanya 50 sen (kalau tak silap)

6. Kek Lapis Mira Cake House dan Kek Dayang Salhah (seberang Waterfront atau berkereta ke Petra jaya 15-25 minit dari pusat bandar)

7. Taman Negara Bako - (RM10 masuk, RM90 sewa satu bot pergi dan balik.)

8. Rumah panjang Anna Rais di kaki bukit "Puncak Borneo". - aku pun tak sampai lagi.. :P

8. Semenggoh Wildlife Centre - Melawat sahabat lama korang Orang Utan.. Larikkkks!!

dan banyak lagi tempat-tempat yang menarik di Kuching korang boleh tambah sendiri ehekk..


Di Kuching juga terdapat tempat-tempat menarik untuk menikmati makanan Sarawak. Menjejakkan kaki di Kuching tak sah kalau tak makan mi kolok atau mi sapi. Antara mi kolok yang terkenal ialah Mi Kolok Haji Salleh di Restoran Sepinang Sari di Jalan Satok, Kuching. Mi jawa special di Cafe Syn Wah Hui yang terletak bersebelahan Hotel Harbour View  di Tebingan Kuching. Jangan salah sangka, adalah pemandangan biasa sesetengah cafe-cafe kaum cina menyediakan stall makanan halal yang diusahakan oleh orang Melayu. Mi Jawa special tadi antara Mi Jawa yang legend di Kuching. Mi Belacan di Ida's Corner di Kampung No.5, pelbagai makanan Sarawak seperti sayur midin, manok pansuh, bubur pedas di Barok, Kampung Gersik (berdekatan dengan Kek Lapis Dayang Salhah / Mira Kek House) dan medan selera terbesar di Kuching iaitu di Kubah Ria.

Jika korang ada masa, cuba berkunjung pula ke bandar Serian mandi-manda di Air Terjun Ranchan, lebih kurang 40 minit perjalanan dari Kuching atau 40 minit - 1 jam ke Lundu untuk ke Pantai Siar atau air terjunnya. Dari Lundu boleh pula singgah di Sematan, pekan kecil penghujung negeri Sarawak (kalau dalam peta, yang belah hujung ekor peta negeri Sarawak). 

Kesimpulan: Bercuti-cuti ke Kuching, Sarawak bolehlah dikatakan sangat menarik jikalau anda adalah seorang yang cintakan alam semulajadi dan kaki gambar. Jika korang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan kereta sewa yang berpatutan dari harga pasaran, bolehlah menghubungi sahabat-sahabat saya melalui telefon atau Whatsapp iaitu Max (atau encik Habibi) 019-8669971 atau Dedek (encik Khalik Faizal) 014-8763717. Nak diskaun? Sebut saja nama encik Onggon aka "Kayrol Sarawak" kikikiki...














Awas! Video ini mengandungi unsur-unsur18sx ehekk..





















Wednesday, January 30, 2013

Bermain Fotografi Makro dengan lens kontot Sony 30mm f/2.8

Assalamualaikum.. Ini gambar-gambar masa cuti raya tahun lepas tapi baru semalam aku ada masa sikit nak edit. So, bila dah balik kampung aku kat negara Syiria, (sila google Serian, Sarawak), apalagi rumah yang dikelilingi oleh bunga-bunga dan sayur-sayuran yang mak ayah aku tanam lah menjadi mangsa. Belek sana belek sini nak carik benda ape aku nak shoot untuk main makro.

Berbekalkan kamera Sony NEX-5N cinonet dan lens Sony 30mm f2.8 macro, maka segala "babas" (rumput lalang - bahasa Sarawak) pun diredahi sampaikan terjumpa penyengat dan serangga yang pelik-pelik. Namun oleh kerana lens ini hanya 30mm yakni kontot, maka hanya serangga-serangga lembab malas bergerak sahaja yang berjaya dirakam. Serangga-serangga aktif yang lain habis lari berterbangan bila aku nak cuba try test mendekati mereka. Alangkah indahnya kalau ade lens yang panjang seperti Sony 100mm f2.8 macro yang pernah aku miliki suatu masa dahulu.

Al-hasil, inilah sahaja yang mampu aku rakamkan selaku jurugambar tak bertauliah lagi poyo. "Ini semua  poyyooooooooooo!!!" - Johan RajaLawak :P Berpeluh jugaklah nak ambik shot serangga-serangga ni sebab bukannya boleh ambik sebarangan guna setting auto, tapi lebih kepada pemfokusan manual. Kembang-kempis aku menahan perut agar kamera aku sestabil yang boleh. Jadi, kalau nak main fotografi makro ni ape yang patut ade aarr? Lens makro 30mm? 50mm? 100mm? Ketiga-tiga ni aku pernah ade dan last sekali aku jual semua tinggal yang 30mm ni jer sebab aku jarang ade masa main makro-makro ni. Nasib baik NEX-5N ni ade skrin LCD so tak payahlah nak tilik-tilik mata kat viewfinder kamera. Maaf itu sahaja laporan poyo aku untuk hari ini. Wassalam..


DSC07642
DSC07646
DSC07664
DSC07643
DSC07640
DSC07677
DSC07670
DSC07637
DSC07629
DSC07622

Wednesday, December 12, 2012

Long Time No See Miri

DSC08497


Assalamualaikum diariku. Cepatnya masa berlalu sedar sik sedar udah 2 bulan lebih sik update blog. Maaf, sebab terlalu gago ngan kerja kebelakangan tuk. Untuk permulaan, gambar-gambar masa kerja di Miri reya bulan September 2012. Rinduk juak ati bila dapat pergi Miri. Kotan lamak dah sik ke sia rasa mok juak nangga macamney rupa Miri setelah kali pertama datang tahun 2000 dolok. Sia lah mulanya cerita masa bercan dolok. Di sia lah nemu can setelah lamak sik bertemu lekak SPM. Tapi sik sangkak yalah pertemuan pertama dan ya juaklah pertemuan terakhir. Ditakdirkan Tuhan, can ku pergi selamak-lamaknya, pergi tak kembali. Sebab ya setiap kali ninjak bumi Miri piluk jak rasa hati sebab ke siney pun aku melangkah mesti teringat ngannya. Yalah tek, barang yang lepas eboh dikenang kata orang. Hidup mesti diteruskan. Dah lamak rasanya ku sik menitiskan aik mata bila kenangan lamak datang balit dalam pikiran. Ya jaklah tek. Wassalam.


DSC08488
DSC08387
DSC08383
DSC08377
DSC08489
DSC08474
DSC08490
DSC08483
DSC08331
DSC08344
DSC08334
DSC08341

Wednesday, August 29, 2012

Selamat Hari Raya Aidil Fitri!

Berhari Raya


Assalamualaikum.. Semasa balik beraya hari tu di Serian, Sarawak, aku cuba try test Maxis berukben dan ternyata terukkkkk sesangat line tenet Maxis kat sana.. So aku try upload sampai habis raya pun belum tentu boleh upload. Hari ni dah balik KL barulah dapat upload. Jadi masih lagi dalam bulan Syawal rasanya masih belum terlewat untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua kawan-kawan blogger alam maya ni.. Sekiranya ada terkasar bahasa, terover bergurau-plentey, tersilap tutur kata maka haraplah diampunkan. Maaf zahir dan batin.. :)


WARNING! The opinions expressed herein are my own personal opinions and do not represent other people's view in anyway. Reproduction, transfer, distribution or storage of part or all of the contents in any form or medium without express written permission is prohibited except in accordance with the following permission. All other products, logos and company mentioned in this weblog may be trademarks of their respective owners. I shall not be responsible for any damages suffered as a result of your use of the information in this weblog and in no event shall I be liable for any indirect punitive or consequential damage howsoever arising from your use of this weblog or the information contained herein. All my photos are under full copyright and any downloading, blogging, unauthorized use or distribution of any image is strictly prohibited. © 2007-2012 Khairul Onggon. All rights reserved.




Kediaman Haji Bakri

Berhari Raya

Berhari Raya

Berhari Raya

{ My Popular Posts }