Assalamualaikum.. Ini gambar-gambar masa cuti raya tahun lepas tapi baru semalam aku ada masa sikit nak edit. So, bila dah balik kampung aku kat negara Syiria, (sila google Serian, Sarawak), apalagi rumah yang dikelilingi oleh bunga-bunga dan sayur-sayuran yang mak ayah aku tanam lah menjadi mangsa. Belek sana belek sini nak carik benda ape aku nak shoot untuk main makro.
Berbekalkan kamera Sony NEX-5N cinonet dan lens Sony 30mm f2.8 macro, maka segala "babas" (rumput lalang - bahasa Sarawak) pun diredahi sampaikan terjumpa penyengat dan serangga yang pelik-pelik. Namun oleh kerana lens ini hanya 30mm yakni kontot, maka hanya serangga-serangga lembab malas bergerak sahaja yang berjaya dirakam. Serangga-serangga aktif yang lain habis lari berterbangan bila aku nak cuba try test mendekati mereka. Alangkah indahnya kalau ade lens yang panjang seperti Sony 100mm f2.8 macro yang pernah aku miliki suatu masa dahulu.
Al-hasil, inilah sahaja yang mampu aku rakamkan selaku jurugambar tak bertauliah lagi poyo. "Ini semua poyyooooooooooo!!!" - Johan RajaLawak :P Berpeluh jugaklah nak ambik shot serangga-serangga ni sebab bukannya boleh ambik sebarangan guna setting auto, tapi lebih kepada pemfokusan manual. Kembang-kempis aku menahan perut agar kamera aku sestabil yang boleh. Jadi, kalau nak main fotografi makro ni ape yang patut ade aarr? Lens makro 30mm? 50mm? 100mm? Ketiga-tiga ni aku pernah ade dan last sekali aku jual semua tinggal yang 30mm ni jer sebab aku jarang ade masa main makro-makro ni. Nasib baik NEX-5N ni ade skrin LCD so tak payahlah nak tilik-tilik mata kat viewfinder kamera. Maaf itu sahaja laporan poyo aku untuk hari ini. Wassalam..
pinjam lens lok pok.
ReplyDeleteOit boleh jak pok... Mun 50mm nyaman gik pok.. Nyesal letgo reya...
Deletewah gambar mmg terbaik!. lepas tgk gambar2 ni.. terus nak buat makro juga
ReplyDeleteWahhh... Klu kat KL?Selangor kat Taman Pendidikan Bukit Gasing di Petaling Jaya best main makro :)
Deletewahh rindu lens ni broo..
ReplyDeleteAhmIke.. hehe... Kan... :)
Deletekacak gambar eh...
ReplyDeleteMakasih Umie.. kmk pun nemiak baruk belajar bah.. :)
DeleteAssalam Khairul
ReplyDeleteCerita Kahirul itu tentunya satu info tambahan yang bermanfaat bagi orang yang amat amatur macam Wa Temuk ni. Seronok membaca perkara-perkara teknikal mengenai fotografi dalam majalah, internet dsb (spt mengenai depth of field, aperture...), tapi cepat lupa. Kena fokus kepada praktis nampaknya, berbanding teori. Wa Temuk sangat suka gambar hitam-putih bunga belimbing (yakah belimbing?) dan gambar pucuk ubi muda tu! Thanks for sharing.
Waalaikumussalam Wa.. Ya betul mmg gambar bunga belimbing... Sama-sama kasih Wa :)
Deleteini bukan poyo..ini power!!!
ReplyDeletehehe..cun makro tok!!
amatur jak tuk pok.. terima kasih :)
DeleteMakasih kak.. :)
ReplyDeletegamba no.3 ya benar2 pelik huehue..
ReplyDeletecam rupa skull jak mata serangga ya ohhh~
nang kachak la shoot makro.. terbaek bro ")
Terimak kasih :)
Delete