Monday, January 28, 2013

Sebarkan: Penjelasan Isu kalimah Allah oleh Datuk Dr Harun Din

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kepada pembaca blog sekalian, entry kali ini hanya sekadar berkongsi video penting ini, iaitu penjelasan isu kalimah Allah oleh Datuk Dr Ustaz Haron Din. Marilah kita ketepikan perbezaan politik kita sebentar dan bersatu atas nama saudara seIslam.




 Firman Allah SWT:

إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ إِخۡوَةٌ۬ فَأَصۡلِحُواْ بَيۡنَ أَخَوَيۡكُمۡ‌ۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ

Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat.” - (Surah al-Hujuraat 49:10)




Aku sendiri pernah berbincang tentang perkara ini dengan kawan-kawan yang lain dan masing-masing memberikan reaksi yang berbeza. Ada yang menyokong dan ada yang tidak. Isu ini adalah suatu isu yang sangat sensitif bagi orang Islam yang cintakan agamanya kerana ia melibatkan tauhid iaitu perkara paling pokok dalam Islam serta bukanlah isu yang boleh ditaakul oleh logik akal semata-mata atau bersandarkan cakap-cakap orang yang bukan ahli agama. Kalaupun beliau adalah ahli agama, beliau mestilah benar-benar pakar dan mempunyai hati yang sangat bersih tanpa mengira politik kepartian itu atau ini. Bagi mereka yang masih tidak faham, maka dengar dan lihat video penjelasan di bawah ini. Lihat dan dengar sendiri rayuan Datuk Dr Haron Din mengenai isu ini. Jelas terpancar pada wajah beliau yang beliau sangat khuatir lagi sangat mengambil berat mengenai isu ini. Apa yang kita risau ialah, takut jatuh syirik pada mereka yang menyokong isu penggunaan kalimah Allah untuk digunakan oleh agama lain.

Teringat salah satu pesan Luqman Al-Hakim pada anaknya iaitu “Wahai anak! janganlah engkau mempersekutukan Allah SWT (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar.”




No comments:

Post a Comment

Terima kasih ;)

{ My Popular Posts }