Sunday, February 3, 2013

Gempar! Kejadian Tembak-Menembak Harimau di Putrajaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada hari Selasa bersamaan 29 Januari 2013 yang lepas, telah berlaku satu kejadian tembak-menembak di Putarajaya.  Sebenarnya dah 2-3 hari aku intai-intai kat belakang rumah aku si rimau yang comel ni lalu-lalang main kat kolam ikan belakang rumah aku. Errr.. Tajuk jer entry nih kemain gempak saje je nak mengusik kalbu korang kekeke... Sebenarnya aku sedang menyiasat satu kes samun dan bunuh ikan-ikan emas aku yang mati digigit sesuatu. So mula-mula anak kucing ni lah yang menjadi suspek utama. Intai punya intai rupanya bukan. Ada kucing jantan lain yang suka cakar-cakar ikan aku.

Maka pada hari yang tersebut, setelah melihat kelibat si comel ini, maka aku pun terus berlari-lari anak kucing mengambil kamera Sony a300 aku dan dipasangkan dengan lens Minolta 50mm f1.7 RS version. Ya, sekali lagi Minolta adalah Sony. Kamera Sony Alpha adalah kesinambungan teknologi Minolta yang banyak mencetuskan inovasi kamera DSLR, antara kamera terawal yang pernah digunakan oleh angkawan di angkasa lepas. Maka, berlakulah kejadian tembak-menembak. Semakin ditembak semakin itu jugalah si comel ini memberanikan diri makin dekat dan makin dekat sampailah aku peluk si comel ini hehehe... Sampaikan lens 50mm aku tu dah tak boleh fokus sebab terlampau dekat.. Itu sahaja laporan tembak-menembak kali ini.. Wassalam.. ;)



Meow
Meow
Meow
Meow

10 comments:

  1. first pic tu mmg thumbs up!! nak pengsan tgk bokeh yang cantik banget

    ReplyDelete
  2. hehe.. dr belakang nang kedak si Kuchi meow mak kmk ;)
    da pakej fotoshoot utk meow2 kah ktk? hihi..
    seyes! ur shoot telah menyerlahkan lagik kechomelan si meow itew :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makasih Terompah Biru.. Kmk xda photoshoot meow shoot terus ngan senapang patah kikiki...

      Delete
  3. Tembak menembak macam inilah yang bagus. Tak ada yang hilang nyawa. Yang menonton kejadian, hilang kesedihan, timbul keseronokan. Memang seronok melihat sempadan berlakunya "merging" antara bahagian yang "blurr" dengan yang "sharp" dalam foto-foto Khairul.

    ReplyDelete

Terima kasih ;)

{ My Popular Posts }