Friday, February 15, 2013

Video Terakhir sob.. sob.. sob.. :(

Cheewahhh.. Tajuk sedih jer kan.. Ini adalah video terakhir yang berjaya aku edit. Sebenarnya video ni dirakam oleh seorang kawan. Sepatutnya aku join dorang haritu tapi disebabkan aku ada hal lain, so aku amanahkan kat dia suruh buat begitu suruh buat begini. Cuma kalau aku sendiri berpeluang merakam dengan kamera Sony a77 dipasangkan dengan mikrofon Rode mungkin akan ada lebih kepuasan. Sekurang-kurangnya kawan aku berjaya jugak rakam. So, sehari selepas rakaman ini, kawan aku pun bercuti kahwin sebab dia kahwin selang beberapa hari selepas rakaman ini dibuat. Nak tau gadis comel yang first sekali dalam video tulah bakal isteri dia (sekarang dah sah jadi isteri dia lah). Tahniah Farid dan Efa.. Selamat pengantin baru dan semoga berbahagia hingga ke hujung nyawa, dunia dan akhirat..




Bila time edit ler yang aku paling suka. Walaupun agak lari dari skrip asal (seperti yang kitaorang bincang) dan shot yang sepatutnya  diambil 2-3 kali tapi dia ambik sekali sahaja, ada yang out of focus, tak apalah, akhirnya berjaya jugak aku edit. Sebab tu durasi video ini sangat pendek. Mungkin next time kena ada apo bondo orang nogori panggil "stabilizer" atau slider untuk mencantikkan lagi video. Bukan untuk bisnes pun setakat hobi-hobi kitaorang jer. Itu untuk next projek insyaAllah. Harga slider tu pun dalam RM700 ke atas *pengsan*.


Bagi yang masih tak tau, ni aku copy paste kat sini pertandingan apa yang aku maksudkan ni:


Blog for FT Ekspresi ialah kempen yang dilancarkan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar untuk orang ramai terutama warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan untuk meluahkan rasa sayang mereka kepada Wilayah Persekutuan melalui media sosial. Peraduan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu imej dan video dan ia terbuka kepada orang awam dan persatuan penduduk. Gunakan ekspresi paling kreatif anda! Luahkan rasa sayang anda kepada Wilayah Persekutuan untuk tatapan seluruh dunia dan menang hadiah wang tunai lumayan! - http://www.blog4ft.com/v3/



Maka berakhirlah projek cuba try test "I LOVE PUTRAJAYA" pada kali ini. Aku betul-betul teruja sebab bila ada pertandingan macamni baru rasa cam rajin dan tercabar nak keluar ambik gambar atau video. Siap apply cuti lagi tu haha.. Cuma yang sedihnya (ini baru betul sedih) aku tak berpeluang nak shoot gadis-gadis comel tu untuk sesi fotografi sambil memegang kad bertulis "I love Putrajaya" tu. Takpelah, next time. Amboi banyak next time nampak? Oklah sehingga kita berjumpa lagi next time.. haha.. next time lagi.. Byeee ;)







Moroccan Pavilion, Putrajaya Botanical Gardens
Putra Mosque

6 comments:

  1. canteknyer gambar2...girl2 tu sweet..


    xmampu la nk beli kemre mhl2 cam kerol onggon..T_T

    minat tu mmg minat..tp...huwaaaaaa :(=

    btw.. pic2 sgt cantek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih... InshaAllah.. biar lambat asal selamat.. eh... masud dia bersabar dulu nanti boleh beli hehe..

      Delete
  2. Wa Temuk pula nak kata sayang kat Khairul kerana daya kreativitinya yang cun! Hasil kerjanya dan ilmunya jadi pendorong hebat kepada Wa Temuk yang amat amatur ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun amatur juga Wa... Kita belajar sama2.... :)

      Delete

Terima kasih ;)

{ My Popular Posts }