Thursday, February 28, 2013

Foto dan Video Semasa Kembara Hutan Lipur Gunung Nuang di Hulu Langat

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sibuk kebelakangan ini. So, lambat sikit nak update blog. Ni just nak share pengalaman ke Gunung Nuang yang terletak di Hulu Langat, Selangor. Tujuan kitaorang bukanlah nak menakluk puncak Nuang, tapi target nak ke air terjun mandi-mandi. Nak masuk kat hutan lipur ni kena daftar nama dulu, tulis kat buku log, senang renjer nak selamatkan kita ke kalau-kalau kita sesat atau tak keluar-keluar dari hutan kan.. Tiket masuk cuma RM2.00 sahaja dan bayaran untuk parking kenderaan adalah percuma. Kenderaan boleh parking kat area pintu masuk hutan simpan.. 


Sebelum nak mula bergerak, apalagi ambik gambar ramai-ramai dulu. Aku suka betul gambar yang first ni sebab masa ni aku set timer tapi aku tak sempat nak berdiri mengadap kamera.. hahaha.. Masa ni semua tengah bersemangat waja nak meredah hutan belantara. Korang boleh tengok video kat bawah kalau nak tengok dari mula sampai habis bagaimana kitaorang struggle nak keluar dari hutan hahaha..

Kalau nak pergi masuk hutan ni patutnya kena pakai kasut yang bersesuaian. Toksahlah nak pakai kasut jogging ke, kasut sekolah ke, kang tercabut tapak kasut macam gambar kat bawah ni. Kasut pun memainkan peranan jugak kalau nak buat aktiviti lasak macamni. Adalah diingatkan gunakanlah kasut khas untuk hiking atau jungle tracking, kalu boleh yang jenis bergam dan berjahit tapaknya. Pastu jgn lupa bawak selipar untuk spare time-time emergency.

Macam-macam rintangan yang ditempuhi sepanjang kitaorang bergerak. Bermula dengan jalan hutan yang menaik sampaikan kepala lutut rasa nak tertanggal. Pastu ada batang kayu yang melintang tengah jalan, pokok-pokok buluh yang tumbang, askar-askar pacat yang sedia menanti darah manis dan terpaksa meniti tepian curam dan tepian batu-batu serta menyeberang sungai beberapa kali. Kalau ikutkan aplikasi Endomondo, perjalanan kami ibarat zig-zag dan perjalanan dari mula jam 9 pagi dan berakhir 6.30 petang adalah lebih kurang 8-10km atau lebih. Tapi semua itu berbaloi-baloi apabila dapat mandi-manda kat Air Terjun Berimbun yang terletak agak tersorok. Nasib baik yang bawak kitaorang ni adalah yang berpengalaman dan dah banyak kali dah keluar masuk Gunung Nuang ni. Terima kasih Zali dan adiknya.. :)

Kesimpulan: Kalau nak pergi aktiviti lasak macamni kena rajin buat fitness dulu.. Jogging ke, apa-apa lah. Pastu kena ada kasut yang bagus, bukan kasut biasa-biasa.. Pastu hati-hati bawak gajet korang macam henpon, kamera dan sebagainya sebab sorang geng aku ni bawak kamera Nikon dia, lens dia sampai terpatah.. Barulah aku tau bukan senang nak ambik gambar atau video masa kat dalam hutan. So pasni kalau aku pergi lagi aku akan cuba bawak muatan beg seringan yang mungkin. Ok.. Itu sahaja yang arif! Wassalam.. Carpe manana.. Adios amigos! ;)


















































10 comments:

  1. terbaik la bro.mun aku tek sik larat agik nak angkat kamera.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih pok.. cabaran utama dalam aktiviti lasak tuk ialah ngembak kamera.. nang rasa nak leputlah.. nak jaga kamera gik takut masa kita nyeberang sungei tergugokkah apa, licin.. :)

      Delete
  2. Perghhh.... Menarik2.... Tapi bab pacak tu kurang menarik... Geli siuttt....

    Bilalah rasanye nak tawan puncak ni...???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi... Puncak insyaAllah akan buat susulan dalam tahun ini.. Mungkin kena bermalam kot hihihi...

      Delete
    2. Kalau dalam kondisi macam saya, memang kena bermalam dulu... Esok pagi2 baru bertolak naik... Lebih perit dari yang ada sekarang... Terus naik takde mendatar...

      Delete
  3. berjaya x sampai ke puncak gunung Nuang? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Erkkk! kami tak berhasrat nak menawan puncak sebab semua masih amatur first time naik gunung.. kaki gunung pun ok kan... hihi..

      Delete
  4. akhirnya kambing sudah tidak takutkan air. tahniah.

    ReplyDelete

Terima kasih ;)

{ My Popular Posts }