Wednesday, February 13, 2013

Rakaman di sekitar Putrajaya Menggunakan Sony NEX-6

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Seperti yang aku ceritakan pada entry sebelum ni, ni lah dia video ketiga pulak hasil dari kamera Sony NEX-6 digabungkan dengan lens Sigma 10-20mm dan Sony 30mm. Ini adalah hasil dari seorang noob, amatur jalanan bukan pro ye. Simple-simple jer aku main belasah. Video ini mengambil masa selama 3 hari untuk disiapkan. Dua hari untuk ambil video, 1 hari suntuk untuk editing. Krem punggung aku edit video ni tau. Sape yang follow instagram aku tau ler ke mane aku merayau.. Follow IG aku --> @gigilasi




Video ini aku tak share ngan kekawan ofis sebab dorang semua cuti bergumbira, aku sorang yang rakam video ni sampailah ke editing pun sorang-sorang so aku decide video ini gue ngak mo campur dengan mereka. Ini pengajaran untuk mereka haha.. Tidak dinafikan kamera Sony NEX-6 ni memang bagus untuk gambar (still picture) tapi bukan untuk video. Masih banyak kekangan yang aku rasakan bila ambik video menggunakan NEX-6 ni. Menurut  Johnnie Behiri, seorang editor dan juga jurugambar BBC yang pernah mencuba kamera ini mengatakan bahawa kamera NEX-6 tidak cukup bagus untuk penghasilan video. So, kalau pro pun dah cakap macamtu, kenalah terima hakikat.

Kelemahan yang paling ketara, NEX-6 tidak ada lubang (jack) 3.5mm untuk mikrofon luaran (external microphone). Ni lah kelemahan terbesar dalam line-up NEX ni (kecuali NEX-7). Sony dikatakan sedang dalam perancangan untuk membuat mikrofon khas untuk NEX ni. Antara spekulasi yang berlegar dalam internet ialah mikrofon model ECM-XYST1M yang bercabang dua macam tanduk Hellboy. Piirahhh!

Berbalik kepada cerita video aku tadi. Aku tau ramai yang pro dan perogol bersiri video kat luar sana dan masing-masing ada kelebihan dan kreativiti tersendiri. Aku cuma poyographer picisan biasa-biasa aja donk. Sebarang tunjuk ajar amatlah dialu-alukan. Korang jangan lupa join pertandingan di www.blog4ft.com dan hantar seberapa banyak gambar instagram, foto dari kamera dan video sebelum tarikh tutup 16hb Februari ni. Tak semestinya korang tak tinggal kat Wilayah Persekutuan Labuan/Kuala Lumpur/Putrajaya korang tak boleh join. Korang just copy and paste je logo "I Love" atau bendera kat gambar korang pun boleh berpeluang untuk menang. Aku sekadar nak memeriahkan pertandingan jer. Sebarkan... Sebarkan... ;)

P/s:  owh... logo I Love Putrajaya tu memang sengaja letak banyak-banyak sebab memang itu si penganjur nak hehe..

20 comments:

  1. cantik putrajaya... dni tak pernah pegi sana lagi :)

    p/s: tinggal di miri kerja sini.. asal kelantan ehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh Kelantan.. mesti dah pandai kecek Sarawok kannn? hehe..

      Delete
  2. Follower #84.
    Cantik jgk gambar dlm video ni....

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Hai Syafiqakarim... Meh beli Sony nanti dpt workshop free seumur hidup hehe :)

      Delete
  4. tahniah...tiap org melihat dari sudut yg berbeza..bg org lain..mungkin biasa2 ja..sesetengah yg lain..dianggap kreatif...
    follower ke 85 kat sini

    ReplyDelete
  5. kacak juak video ya..

    ktk pun makan omega juak ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umie.. makasih.. kmk lom madak penah makan ya koh.. Ya lah tgh maca2 khasiatnya juak :)

      Delete
  6. Replies
    1. Terima kasih bunga... Tapi muzik background kureng sikit kan... :)

      Delete
  7. wah,,fall in love sudaaa,,cantiknya guna sony nieyh,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Istiqomah... Beli jgn tak beli hehe..

      Delete
  8. dah nampak dah bau bau bakat..keep it up bro!! :)

    ReplyDelete
  9. wow..kretip...:) boleh di asah lagi nie...:)

    ReplyDelete
  10. kmk rasaaa nak~ video tok ada komersil value koh.. boleh menang bideo tok :)
    rasa cam nangga promo Putrajaya d'TV koh ;D

    ReplyDelete

Terima kasih ;)

{ My Popular Posts }