Kali ni saje nak kongsi pasal kamera Nikon D5200 ni sebab dah takde idea nak tulis sebenarnya. Jiwa berblog sebenarnya dah ibarat zombie Kampung Pisang, jiwa mati tapi hidup bangkit semula jadi zombie. Faham tak? Ditambah lagi dengan blog-blog beberapa geng yang lain pun ibarat nyawa-nyawa ikan atau hidup segan mati tak mahu.. Dulu terasa meriah dunia blog tapi semenjak dua-menjak kewujudan facebook, twitter dan yang terkini instagram, maka blog dah macam pilihan lasttttttttttttt sekali.. Eh, dah keluar tajuk pulak..
![]() |
Gambar diambil dari www.nikon.com.my |
Oklah.. Hasil dari pembacaan aku di beberapa blog penganalisa kamera yang lain, sensor Nikon D5200 kali ini bukanlah menggunakan sensor Sony seperti kebiasaan (at the Sony's heart of image opps!) tetapi kali ini dikatakan Nikon menggunakan sensor Toshiba. Pasni pengguna Nikon bolehlah menarik nafas lega sebab jantung utama dalam kamera mereka tidak lagi menggunakan sensor Sony, sekurang-kurangnya untuk model D5200 kali ini. Tidak diketahui secara rasmi sama ada Nikon berkolaborasi dengan Toshiba ke ape.. Tapi yang menariknya, sensor dari Toshiba ni ada keistimewaannya yang tersendiri. Hasil dari pembacaan aku lagi, dikatakan sensor Toshiba ni sungguh cemerlang gemilang dan terbilang dari sudut videografi hingga boleh mengalahkan kualiti video kamera full-frame Nikon D600, Canon 6D dan Nikon D800. Wahhhh hebakkk! hebakkk! (Kelate).
Kamera D5200 ni pun tak nak ketinggalan zaman sebab dah ade fungsi kontrol ngan app melalui wifi smartphone sama ada android atau iOS macam kamera Sony NEX-5R, Sony NEX-6 dan Canon 650D. Skrin pun boleh pusing-pusing, layout menu pun dah makin cantik, noise reduction pun makin bagus, warna gambar pun semakin bagus berbanding dengan model-model Nikon yang sebelum ni. Aku pun dah macam tergoda ngan Nikon ni.. Adussss...
Berikut adalah spesifikasi D5200:
24.1MP DX format CMOS sensor
EXPEED 3 processing
ISO 100-6400 standard, up to 25600 expanded
5 fps continuous shooting
39 point AF system, 9 sensors cross type
2016 pixel RGB metering sensor
1080p30 video recording, built-in stereo mic
921k dot 3" vari-angle TFT monitor, 170° viewing angle
![]() |
Gambar diambil dari www.nikon.com.my |
beli la cgek.kelak dapat kongsi kongsi make.hahaha
ReplyDeleteBelilah Labuk... Mun Nikon ngeluar model D7100 atau D7200 ada juak rasa dup-dap dup-dap mok melompat kapal tok hihihi...
Deleteaihhhhh...caer dah kmk dgn nikon tokkkk! di racunnnnn ktk udahhh..
ReplyDeletekikiki.. sik sia-sia kmk bukak kedei rachun semenjak balit dari Miri reya kikiki...
Delete