Assalamualaikum dan salam sejahtera. Jom kita ramai-ramai pakat pergi ke Karnival WOW Putrajaya 2013 dengan temanya tahun ini iaitu "Putrajaya Undiscovered Jewel". Ianya diadakan bertempat di Laman 1Malaysia, Presint 2, Putrajaya atau senang cakap kat sebelah tapak Pasar Tani Putrajaya. Karnival ini berlangsung dari 28 Mac 2013 hingga 3 April 2013.
Berikut adalah petikan dari akhbar Utusan Malaysia:
"PUTRAJAYA 6 Feb. - Karnival Wow! Putrajaya 2013 akan kembali menemui orang ramai pada 28 Februari hingga 3 Mac ini bertemakan Undiscovered Jewel.
Karnival anjuran Perbadanan Putrajaya (PPj) itu bertujuan mempromosikan keistimewaan dan keunikan Putrajaya yang berpotensi menjadi destinasi pelancongan menarik di dunia.
PPj dalam kenyataannya memberitahu, selain mempromosikan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, penganjuran Karnival Wow! juga bersempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan.
''Kita juga mahu mempromosi Putrajaya sebagai destinasi pelancongan terunggul serta badan raya bersemangat dan bertenaga,'' kata kenyataan itu.
Bertempat di Laman 1Malaysia, Presint 2, pelbagai acara menarik telah diatur untuk mengisi permintaan orang ramai berikutan sambutan hangat Karnival Wow! pertama yang diadakan pada tahun lepas.
Pertunjukan bunga api, konsert Wow! Putrajaya, peluang menaiki helikopter, sukan lasak 4 x 4 dan belon panas antara acara yang ditunggu-tunggu oleh pengunjung.
Selain itu, pelbagai pertandingan turut diadakan sesuai dengan pengunjung pelbagai peringkat umur serta penyertaan pasukan keselamatan negara seperti Polis Diraja Malaysia.
Pencarian Bintang Wow! juga akan dilangsungkan bagi memeriahkan suasana serta mencungkil bakat terpendam di kalangan pengunjung yang gemarkan aktiviti karaoke.
Turut dianjurkan sukaneka kanak-kanak, pameran pelancongan cuti-cuti Malaysia, showcase Upin & Ipin, serta lawak Wow! yang akan membariskan pelawak terkenal seperti Shuib Sepahtu, Abon dan Jambu.
Karnival Wow! Putrajaya 2013 akan dirasmikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin pada 28 Februari ini."

Banyak program-program yang menarik diadakan seperti Pameran "Putrajaya Undiscovered Jewel", Festival Makanan Antarabangsa, Pertunjukan Bunga Api, Belon Udara Panas, Kiddy Waterpark, Upin dan Ipin, Go Kart, persembahan Tatu ATM dan banyak lagi. Korang juga boleh join pelbagai pertandingan seperti WOW! Star Search (Karaoke), WOW! Sausage Warrior, WOW! Crazy Chef, WOW! Arm Wrestling, WOW! Auto Saloon, WOW! Photography, WOW! Explorace , WOW! Kids Telematch, Paintball, Brassband, Kompang dan lain-lain lagi.
Seperti biasa, karnizal ini akan dimeriahkan lagi dengan kehadiran pelawak-pelawak dan artis-artis terkenal seperti Shuib Sepahtu, Abon, Jambu, Najwa Latif, Aizat, Azlan & The Typewriter, Mas Idayu, Dato' M. Daud Kilau, Dato' Jeffry Din, Reshmonu dan lain-lain. Tun Dr. Mahathir Mohamad juga akan berada di karnival ini untuk sesi perbincangan Forum isu Gaza. Jadi apa lagi? Tinggal hanya 2 hari saja lagi. Datnglah beramai-ramai. Wassalam.. ;)
Pssst... Video kat atas tu aku rakam sepintas lalu jer masa pergi kat Karnival ni untuk makan makanan Sarawak yang paling pemos iaitu Mi Kolok. Manakala gambar kat bawah ni pulak hanyalah quick shot jalan pegang kamera sambil snip-snap macam orang gila. Korang boleh try makan manok pansuh dan minum 'air Teh C gulapong peng'.. Sedapppp! Cari gerai yang ada banyak bendera Sarawak.. Nama gerai tu Dapur Sarawak ;)
wow best ni tp kne la sdiakan ongkosnya juge..ehehe
ReplyDeletehahaha... ongkos ye....
Deletehot air balloon
ReplyDeletebila lah dapat naik agaknya
Haaa samalah kita hihi...
Delete